Wednesday, September 5, 2007

MAJLIS DAERAH JELEBU ZALIM

9/7/2007 Kuala Klawang : MAJLIS DAERAH JELEBU BERSIKAP ZALIM

Pihak Majlis Daerah Jelebu (MDJ) pada 9hb Julai (Isnin) jam 7.00 petang telah bertindak menurunkan bendera PAS dan mengoyak-ngoyakkan poster PAS untuk program Ceramah Perdana sempena meraikan kemenangan PAS dalam perbicaraan di mahkamah Jelebu yang berlanjutan selama 6 tahun. Program Ceramah Perdana ini turut dihadiri oleh Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang dan bersempena meraikan kedatangan beliau ke Daerah Jelebu, PAS Kawasan Jelebu telah menaikkan bendera PAS dan menampal poster program disepanjang jalan dari Bukit Tangga hingga ke Kg Chenor tempat program diadakan.

Tetapi pihak MDJ telah bertindak zalim dengan menurunkan bendera PAS dan mengoyak-ngoyakkan poster program ceramah tersebut dari Bukit Tangga hingga ke Pekan Kuala Klawang. Yang Dipertua PAS Kawasan Jelebu Cikgu Jaaman setelah mendapat maklumat dari orang ramai tentang perbuatan MDJ tersebut dan telah mengarahkan sepasukan petugas PAS untuk memantau perbuatan zalim MDJ tersebut. Petugas-petugas PAS telah terserempak dengan lori pick-up MDJ yang membawa 4 orang penguatkuasa MDJ lengkap berpakaian seragam di Bukit Tangga. Terdapat bendera-bendera PAS yang telah diturunkan di dalam lori pick-up MDJ tersebut.

Petugas-petugas PAS telah merayu dan meminta supaya penguatkuasa MDJ yang diketuai oleh Encik Isa supaya berhenti dari menurunkan bendera-bendera PAS tersebut tetapi telah ditolak oleh beliau dan menyatakan bahawa beliau telah mendapat arahan dari Pegawai Daerah Jelebu supaya menurunkan semua bendera PAS dan mengoyakkan semua poster PAS yang ditampal disepanjang jalan dari Bukit Tangga ke Kg Chenor. Encik Isa menunjukkan sms arahan yang beliau terima dari DO Jelebu sebanyak 2 kali untuk menurunkan bendera dan poster PAS tersebut. Petugas-petugas PAS tersebut telah berjanji sekiranya pihak MDJ boleh bertimbang rasa dalam hal ini mereka sendiri akan melakukan kerja-kerja menurunkan bendera tersebut setelah program ceramah tersebut selesai sekitar jam 12.00 tengah malam. Tetapi permohonan petugas PAS ini dinafikan oleh Encik Isa dengan berkeras menyatakan bahawa beliau hanya menjalankan arahan Pegawai Daerah Jelebu. Pertengkaran antara Petugas PAS dan Penguatkuasa MDJ tersebut berlarutan hingga lewat maghrib. Oleh kerana urusan ALLAH (solat maghrib) lebih besar dari segala urusan maka Petugas PAS Jelebu telah berundur untuk menunaikan solat maghrib manakala pihak MDJ terus tinggal di kaki bukit tangga itu untuk meneruskan kerja-kerja zalim mereka.

Setelah selesai program ceramah sepasukan Petugas PAS telah menjalankan rondaan dari Pekan Kuala Klawang sehingga ke Bukit Tangga dan mendapati seluruh bendera PAS yang dinaikkan di sepanjang jalan tersebut telah hilang. Mengesyaki kehilangan bendera PAS ini adalah berpunca dari perbuatan pihak Majlis Daerah Jelebu, pihak PAS Kawasan Jelebu diketuai oleh YDP Kawasan Cikgu Jaaman telah membuat satu lapuran polis di pejabat Polis Daerah Jelebu pada malam itu juga.

1 comment:

Anonymous said...

Sebelum activity memasang bendera dan banner ni dibuat, sudahkah PAS Jelebu meminta izin daripada MDJ terlebih dahulu? Kalau main pasang saja atas alasan parti berdaftar sudah tentu tidak boleh diterima oleh pihak berkuasa di sana. Sebagai sebuah parti yang berlandaskan Islam PAS mestilah terlebih dahulu menunjukkan sikap berbudi bahasa seperti yang dianjurkan oleh Islam. Jika izin sudah diminta mereka kacau jugak saya pasti mereka ditekan oleh pihak yang lebih berkuasa dari mereka.