Friday, May 16, 2008

Ceramah Umum

Ceramah Umum akan diadakan pada ketetapan berikut :-

Tarikh : 22 Mei 2008 (Khamis)
Masa : 9.00 malam
Tempat : Kg Sg Buluh, Spg Durian, Jelebu.

Penceramah :-
  1. Ustaz Nasrudin Hassan Al-Tantawi - Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat
  2. YB Taufek Ghani - ADUN Paroi
Semua di jemput hadir.

Yang benar,
Saiful Bahri Bin Jaaman
S/U PAS Jelebu

Wednesday, May 14, 2008

Mesyuarat Agong PAS Kawasan Jelebu 2

Mesyuarat Agong PAS Kawasan Jelebu telah dapat diadakan dengan jayanya.Perasmian telah disempurnakan oleh En Zulkifli Mohamad Bin Omar Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan.Antara pemimpin-pemimpin PAS Negeri Sembilan yang hadir adalah Cikgu Hassan Bin Taha (Ketua Penerangan PAS N9) dan juga Saudara Suhairi (SUK PAS N9).

Dalam ucapan beliau En Zulkifli menyatakan pemimpin tugas nya adalah untuk memimpin orang yang dibawahnya serta menunjukkan jalan yang betul kepada orang yang dipimpin sementara orang yang dipimpin pula tugasnya adalah untuk menegur pemimpin jika pemimpin tersebut telah tersalah jalan atau terpesong dari jalan yang sebenarnya. Menurut beliau lagi ahli PAS tidak perlu takut untuk menegur pemimpin kerana PAS mengamalkan sikap terbuka dan sesiapapun boleh menegur sesiapapun dengan tujuan untuk membetulkannya.Tetapi cara menegur mestilah bijaksana iaitu dengan tidak menjatuhkan air muka pemimpin tersebut, kata beliau lagi.

Tuan Hj Kateran Marman (Pemangku YDP Jelebu) dalam ucapannya meminta semua ahli PAS terutamanya di Jelebu istiqamah dalam perjuangan.Ahli PAS mestilah bersatu padu baik dalam senang mahupun dalam kesusahan untuk perjuangan Islam, kata beliau.Pengerusi majlis dan juga pengerusi tetap mesyuarat adalah Tuan Hj Jamalus Bin Mansor yang merupakan Ketua Penerangan PAS Kawasan Jelebu.

Semua cawangan telah menghantar perwakilan masing-masing.Suasana meriah terutamanya selepas menghadapi pilihanraya dapat dirasakan.

Dari kiri PJ, Pemangku YDP dan Ketua Penerangan N9 sedang
berbincang sebelum mesyuarat agong sambil minum air kelapa
yang dihidangkan

Sebahagian perwakilan yang hadir. Depan sekali Tn Hj Hassan Bendahari PAS Jelebu

Perwakilan Muslimat yang hadir. Kak Pah Ketua Muslimat MTD Klawang kiri sekali kelihatan ceria.

Cikgu Hassan Ketua Penerangan PAS N9 tak puas hati minum air kelapa aje.
Makan pulak isi kelapa muda kat bawah pokok tu. Kat markaz MTD Klawang ni memang banyak pokok kelapa.

Kanan sekali Abdul Hafiz anggota Unit Amal jelebu sedang menjalankan tugas beliau .

Friday, May 9, 2008

Mesyuarat Agong PAS Kawasan Jelebu

Mesyuarat Agong PAS Kawasan Jelebu untuk tahun 2008 akan diadakan pada ketetapan yang berikut :

Tarikh : 10/5/2008 (Sabtu)
Masa : 2.00 petang
Tempat : Markaz MTD Klawang, Kg Larong
Perasmi : Saudara Zulkefly Mohamad Bin Omar (PJ NS)

Semua perwakilan dan pemerhati dari cawangan-cawangan di seluruh PAS Kawasan Jelebu adalah di jemput hadir.