Thursday, July 28, 2011

Brainstorming PAS NS

PAS NS telah mengadakan program “Brainstorming” di sebuah hotel di Sepang pada 23 – 24 Julai baru-baru ini.. Semua PAS Kawasan2 dan Dewan2 telah menghantar pesertanya untuk program tersebut. PAS Kawasan Jelebu telah menghantar 5 orang peserta terdiri daripada YDP, Naib YDP, Setiausaha Kawasan, Ketua Urusan Ulamak dan Penolong Setiausaha Kawasan ke program tersebut.

Peserta brainstorming dari semua peringkat kepimpinan PAS NS memberikan

perhatian kepada penggulungan moderator di akhir kursus.


Keseluruhan program berjalan dengan lancar dan baik. Para peserta memberikan respon yang positif dan aktif untuk memberikan satu nafas baru kepada PAS NS dalam mengharungi PRU 13 yang bakal mendatang. Selain itu peserta juga memberi respon yang hangat kepada penambah baikan jentera dan pentadbiran PAS NS. Hasrat para peserta adalah untuk melihat PAS NS terus bergerak maju sesuai dengan kehendak dan sokongan rakyat.

Sdra Hassan (Urusetia Program) menyerahkan resolusi Al-Fateh yang telah

dipersetujui oleh kepimpinan PAS NS kepada YB Taufek (PJ) sambil

diperhatikan oleh Dr Rosli Yaakop (TPJ 1)


Pesuruhjaya PAS NS, YB Taufek semasa menutup program mengucapkan terima kasih kepada semua peserta yang hadir dan berikrar akan berusaha membaik pulih perjalanan dan pentadbiran PAS NS sesuai dengan hasrat dan kehendak pemimpin PAS tempatan dan ahli akar umbi.

YB Taufek memberikan ucapan menutup program brainstorming


Saturday, July 23, 2011

Ceramah Hj Mat Sabu di Simpang Pertang

Pada 6 hb Julai yang telah lalu Tuan Hj Mohamad Sabu telah mengadakan ceramah beliau di Simpang Pertang bersama dengan kepimpinan Pakatan Rakyat. Turut hadir sama dalam ceramah tersebut adalah YB Hj Taufek Ghani (Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan), Dato’ Kamarul Baharin (Pengerusi PKR NS), YB Teoh (ADUN Bahau) sebagai wakil DAP NS.

Hj Kateran (YDP Jelebu) bersama YB Hj Taufek (Pesuruhjaya) bersama

dengan Tuan Haji Mohamad Sabu

Dalam ceramah tersebut Hj Mohamad Sabu telah menegaskan tentang himpunan Bersih 2.0 dan mengharapkan seluruh rakyat Jelebu dan juga ahli-ahli PAS NS akan turun untuk sama-sama menyertai Bersih 2.0. Beliau menegaskan bahawa PAS akan menyokong himpunan Bersih 2.0 kerana Bersih menuntut supaya sistem pilihanraya di Malaysa ini di bersihkan dan di kemaskini. Sekarang ini menurut Hj Mohamad Sabu kita bertanding dalam satu pilihanraya yang tidak adil dan tidak telus. Terdapat ramai yang telah mati tetapi nama masih ada dalam daftar pengundi, kata Hj Mohamad Sabu.

Hj Mohamad Sabu sedang berceramah


Sebahagian daripada hadirin yang hadir mendengar ceramah

Monday, July 11, 2011

Kenyataan PAS Kawasan Jelebu

Kami dengan ini Parti Islam SeMalaysia (PAS) Kawasan Jelebu MENGUTUK DENGAN SEKERAS-KERASNYA perbuatan KASAR, GANAS, ZALIM, KEJAM DAN TIDAK BERPERIKEMANUSIAAN pasukan Polis Di Raja Malaysia ke atas peserta-peserta dan pemimpin-pemimpin NGO serta parti-parti politik yang menyertai himpunan aman BERSIH 2.0 di Kuala Lumpur pada 9 Julai 2011 bersamaan hari sabtu yang lepas.

Tindakanpasukan polis mengejar, memukul, menangkap, menggari, menembak gas pemedih mata serta menembak air beracun terhadap peserta himpunan aman BERSIH 2.0 adalah satu perbuatan yang tidak bertanggung jawab dan diluar batas-batas kemanusiaan. Sepatutnya pasukan polis membenarkan BERSIH 2.0 mengadakan perhimpunan di Stadium Merdeka sepertimana TITAH Yang Di Pertuan Agong yang meminta BERSIH 2.0 diadakan di Stadium.

Oleh kerana pintu Stadium Merdeka dan jalan ke Stadium Merdeka semuanya telah ditutup oeh pasukan polis maka peserta dan pemimpin BERSIH 2.0 terpaksa berarak di jalanan walaupun itu bukanlah niat sebenar penganjur BERSIH 2.0 Pihak pemimpin BERSIH 2.0 ingin menjunjung TITAH DULI TUANKU tetapi apakan daya pasukan polis dan penguasa kerajaan UMNO dan Barisan Nasional tidak menghormati dan telah MENDERHAKA kepada TITAH Duli Tuanku.

Kematian Pak Baharudin Ahmad dari Keramat AU3 adalah kerana sesak nafas akibat dari di kejar dan kumpulannya telah ditembak dengan gas pemedih mata oleh pasukan polis. Jika perhimpunan di Stadium Merdeka di benarkan adakah perkara seperti ini akan berlaku. Pihak pasukan polis dan kerajaan UMNO/BN adalah bertanggung jawab sepenuhnya atas kematian Pak Baharuddin Ahmad. Kami PAS Kawasan Jelebu menuntut Pasukan Polis dan Kerajaan BN memohon maaf secara terbuka kepada keluarga dan sahabat handai Pak Baharudin Ahmad atas kejadian yang telah menimpa kepada Arwah.

Sekian. Wasalam.

Yang benar,

SAIFUL BAHRI BIN HJ JAAMAN

NAIB YDP PAS

KAWASAN JELEBU

http://pasjelebu.blogspot.com

http://orangklawang.blogspot.com

Monday, July 4, 2011