Wednesday, August 26, 2009

Tahniah YB Ustaz Salleh Man

PAS Kawasan Jelebu dengan sukacita nya merakamkan ucapan tahniah kepada YB Ustaz Salleh Man kerana memenangi kerusi N11 Permatang Pasir dengan majoriti yang besar.

PAS Kawasan Jelebu juga mengucapkan tahniah kepada seluruh jentera PAS dan Pakatan Rakyat dari seluruh negara yang telah bertungkus lumus membantu kemenangan YB Ustaz Salleh. PAS Kawasan Jelebu juga tidak ketinggalan dalam membantu calon. YDP PAS Kawasan Jelebu Tuan Hj Kateran dan juga Timbalan YDP Hj Jamalus Mansor telah berada di sana selama 5 hari untuk membantu kempen. Terdapat juga AJK PAS Kawasan Jelebu yang berada di Permatang Pasir semenjak dari hari penamaan calon lagi.

Kemenangan PAS di DUN Permatang Pasir membuktikan penolakan secara total rakyat terhadap kepimpinan Najib dan Barisan Nasional. Walau apa pun alasan yang cuba dikemukakan oleh Najib dan BN tetapi suara rakyat telah dinyatakan dengan jelas sekali oleh rakyat Permatang Pasir. BN kira-kira terselamat kerana pada hari tersebut adalah hari bekerja.Maka penduduk Permatang Pasir yang bekerja di Alor Setar dan Sg Petani susah atau tak dapat untuk pergi mengundi. Begitu juga pengundi Permatang Pasir yang duduk di KL ataupun diluar Pulau Pinang. Jika tidak kemungkinan majoriti yang akan diperolehi oleh PAS akan lebih besar. Ini akan bertambah besar lagi malu Najib dan BN.