Tuesday, September 30, 2008

MTD Klawang Sampaikan Sumbangan Kepada Warga Emas dan OKU Sempena Kedatangan Syawal

Pada 21 dan 22 hb September yang lalu PAS MTD Klawang telah menjelajah di sekitar DUN Klawang untuk menyampaikan sumbangan derma berupa wang ringgit dan makanan asas kepada warga emas dan OKU yang menetap di sekitar DUN Klawang. Rombongan menjelajah ini di ketuai oleh Tuan Hj Jaaman Abu. Antara yang turut serta dalam jelajah tersebut adalah H j Zainuddin Hassan (Timb Pengarah 1 MTD), En Jawa (Bendahari PAS Jelebu), Sdra Saiful Bahri (S/U MTD Klawang), Hj Razak, Angah Rohan, Puan Zainon serta lain2 AJK MTD.

Cikgu Jaaman menyampaikan sumbangan kepada En Abu Bakar Baginda
di Kg Pianggu.

Dalam ekspedisi tersebut sebanyak 22 sumbangan telah dapat di sampaikan demi untuk membantu memberikan sedikit sinar keceriaan kepada warga emas dan golongan OKU untuk merayakan bulan Syawal yang kian menjelang. Dalam keadaan yang serba dhaif dan tiada daya upaya golongan ini masih dapat mengukirkan senyuman menerima sumbangan daripada PAS MTD Klawang. PAS MTD Klawang berharap dengan sumbangan yang tidak seberapa ini dapat membantu meringankan sedikit bebanan perbelanjaan yang ditanggung oleh golongan ini dalam merayakan Syawal.

Puan Zainon Bendahari HELWA MTD Klawang menyampaikan sumbangan pada
Puan Roziah Halim di Kg Bukit, Ulu Jelebu.


Cikgu Jaaman & Pakcik Jawa sedang berbual dan bertanya kan khabar dengan
En Abu Bakar Baginda.

Sdra Saiful menyampaikan sumbangan kepada Puan Ariah di Bandar Tinggi.




Angah Rohan, Nazri dan Saiful bersama seorang warga tua di Kg Kuala Pah.


Hj Razak (kanan) bersama dengan ayah adik Norhanim ketika menyampaikan
sumbangan kepada adik Norhanim di Kg Purun.


Adik Norhanim yang berusia 12 tahun bersama nenek beliau Puan Saodah Rashid.
Adik Norhanim cacat setelah mengidap demam panas.


http://orangklawang.blogspot.com/

MTD Klawang Edar Bubur Lambuk

20 September 2008, Kuala Klawang :
PAS MTD Klawang dengan kerjasama AJK dan ahli-ahli PAS di DUN Klawang telah bergotong royong memasak dan mengedarkan bubur lambuk di Bazar Ramadhan Pekan Kuala Klawang pada hari Sabtu 20 Ramadhan 1429 yang lalu. Program memasak bubur lambuk ini telah di adakan di Markaz MTD Klawang di Kg. Larong.

AJK MTD dari kiri Nazri, Wak Hassan, Hj Ismail, Hj Mat Tan dan Hj Razak sedang
bergotong royong membungkus bubur lambuk untuk di edarkan.

Sebanyak 300 bungkus bubur lambuk telah berjaya diedarkan. Respon dari orang ramai sangat menggalakkan dan dalam masa 15 minit sahaja seluruh bubur lambuk telah dibahagi-bahagikan kepada orang ramai di situ.

Sdra Saiful (S/U MTD) memberikan bubur lambuk kepada seorang pengunjung
Bazar Ramadhan tersebut

Menurut Tuan Hj Zainuddin (NYDP PAS Kawasan Jelebu) ini lah kali pertama program seperti ini di adakan oleh PAS di Daerah Jelebu ini. Program seperti ini patut di adakan oleh MTD-MTD PAS yang lain dalam Kawasan Jelebu ini kata beliau. Dengan adanya program seperti ini PAS akan berada lebih dekat di hati masyarakat menurut beliau lagi.

Masyarakat Tionghua juga tidak ketinggalan, turut di berikan bubur lambuk.


Hj Zainuddin (NYDP PAS Jelebu) turut datang membantu membungkus bubur
lambuk di Markaz MTD Klawang.

Sdra Mazlan dan AH LENG (Kelab Penyokong PAS Jelebu) memberikan bubur lambuk
kepada 2 orang peniaga yang berniaga di Bazar Ramadhan tersebut.

http://orangklawang.blogspot.com/

Saturday, September 27, 2008

Majlis Iftar Bersama YB Timbalan Presiden PAS

Pada 13 September 2008 (Sabtu) yang lalu PAS Kawasan Jelebu telah mengadakan satu majlis Iftar bersama YB Timbalan Presiden PAS Ustaz Nasaruddin Mat Isa bertempat di rumah Tuan Haji Kateran Bin Marman (Pemangku YDP PAS Jelebu) di Felda Pasoh 1, Simpang Pertang. Walaubagaimana pun atas sebab2 yang tidak dapat di elakkan YB Timbalan Presiden tidak dapat hadir ke program yang telah di tetap kan tersebut. Beliau telah mewakilkan Ustaz Abu Bakar Chik (AJK PAS Pusat) untuk menggantikan beliau.

Ustaz Abu Bakar Chik sedang menyampaikan ceramah

Majlis bermula seawal jam 6.45 petang di mulai dengan Tazkirah Ramadhan serta berbuka puasa dan diikuti oleh solat isya' dan tarawih. Majlis berakhir pada jam 11.45 malam dengan ceramah oleh Ustaz Abu Bakar Chik. Seluruh AJK PAS Kawasan Jelebu serta MTD-MTD dan Cawangan2 di Jelebu telah hadir beramai-ramai ke majlis tersebut. Saudara Zulkefly Mohamad Omar Pesuruhjaya PAS NS dan juga Saudara Shamsul Kamal Idris Setiausaha BPPNS telah turut hadir bersama.

Saudara Zulkefly Mohamad PJNS menyampaikan sumbangan

Dalam majlis tersebut Saudara Zulkefly telah menyampaikan sumbangan berupa beras dan barang2 makanan yang lain daripada BPPNS kepada Tuan Haji Kateran dengan tujuan untuk di sampaikan kepada individu2 yang perlukan bantuan di Jelebu sewaktu musim perayaan ini.

AJK PAS K.Pilah Tn Hj Mat Som sedang menikmati juadah morey selepas tarawih


Hj Kateran sibuk menyediakan makanan

Sebahagian tetamu dan AJK PAS yang hadir sedang mendengar ceramah.

http://pasjelebu.blogspot.com/

Friday, September 5, 2008

Kembali nya Seorang Pejuang

AL-FATIHAH untuk Saudara Yunus Yahya Pengarah MTD Sg Lui yang telah kembali ke rahmatullah pada pagi 3 September 2008 / 3 Ramadhan 1429 (Rabu)

Saudara Yunus Yahya adalah seorang yang kuat memperjuangkan PAS di Kawasan Jelebu. Beliau adalah Pengarah MTD Sg Lui dan juga AJK PAS Kawasan Jelebu. Sebelum ini pada zaman Cikgu Mansor Khaliwon menjadi PJ N9 beliau pernah memegang jawatan sebagai YDP PAS Kawasan Jelebu.Orang lama dan pejuang yang hebat dalam PAS Jelebu. Kritikan dan saranan beliau dalam tiap-tiap Mesyuarat Agong PAS Kawasan Jelebu biasa nya adalah untuk membawa kebaikan dan pembaharuan kepada PAS Kawasan Jelebu itu sendiri.

Beliau sempat menghadiri Muktamar PAS Kali ke-54 yang di adakan di Ipoh baru-baru ini sebagai pemerhati. Dalam PRU-12 baru-baru ini arwah berusaha keras membantu calon PAS Hj Kateran Marman yang bertanding di DUN Sg Lui dan Saudara Norman Ipin yang bertanding Parlimen Jelebu.

Jenazah beliau di kebumikan di makam Felda Lui Timur. Solat Jenazah beliau telah di imamkan oleh Ustaz Esa Jaafar Ketua Urusan Ulamak PAS Jelebu dan hampir 200 orang telah hadir untuk solat jenazah tersebut yang di adakan di Masjid Felda Lui Timur.

PAS Kawasan Jelebu merakam ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham dan berdoa semoga roh Allahyarham di tempat kan bersama orang-orang yang saleh.

AL-FATIHAH....