Saturday, September 27, 2008

Majlis Iftar Bersama YB Timbalan Presiden PAS

Pada 13 September 2008 (Sabtu) yang lalu PAS Kawasan Jelebu telah mengadakan satu majlis Iftar bersama YB Timbalan Presiden PAS Ustaz Nasaruddin Mat Isa bertempat di rumah Tuan Haji Kateran Bin Marman (Pemangku YDP PAS Jelebu) di Felda Pasoh 1, Simpang Pertang. Walaubagaimana pun atas sebab2 yang tidak dapat di elakkan YB Timbalan Presiden tidak dapat hadir ke program yang telah di tetap kan tersebut. Beliau telah mewakilkan Ustaz Abu Bakar Chik (AJK PAS Pusat) untuk menggantikan beliau.

Ustaz Abu Bakar Chik sedang menyampaikan ceramah

Majlis bermula seawal jam 6.45 petang di mulai dengan Tazkirah Ramadhan serta berbuka puasa dan diikuti oleh solat isya' dan tarawih. Majlis berakhir pada jam 11.45 malam dengan ceramah oleh Ustaz Abu Bakar Chik. Seluruh AJK PAS Kawasan Jelebu serta MTD-MTD dan Cawangan2 di Jelebu telah hadir beramai-ramai ke majlis tersebut. Saudara Zulkefly Mohamad Omar Pesuruhjaya PAS NS dan juga Saudara Shamsul Kamal Idris Setiausaha BPPNS telah turut hadir bersama.

Saudara Zulkefly Mohamad PJNS menyampaikan sumbangan

Dalam majlis tersebut Saudara Zulkefly telah menyampaikan sumbangan berupa beras dan barang2 makanan yang lain daripada BPPNS kepada Tuan Haji Kateran dengan tujuan untuk di sampaikan kepada individu2 yang perlukan bantuan di Jelebu sewaktu musim perayaan ini.

AJK PAS K.Pilah Tn Hj Mat Som sedang menikmati juadah morey selepas tarawih


Hj Kateran sibuk menyediakan makanan

Sebahagian tetamu dan AJK PAS yang hadir sedang mendengar ceramah.

http://pasjelebu.blogspot.com/

3 comments:

Anonymous said...

banyak lagi kojo yg PAs jelebu patut buek untuk tarik orang ramai turun ke program PAS Jelebu...

kehadiran nampak 'memuaskan'...

kerjasama rakan2 dari PKR wajar ditagih untuk menjana kemenangan PR di Jelebu...

Anonymous said...

banyak lagi kojo yg PAS jelebu patut buek untuk tarik orang ramai turun ke program PAS Jelebu...

kehadiran nampak 'memuaskan'...

kerjasama rakan2 dari PKR wajar ditagih untuk menjana kemenangan PR di Jelebu...

Anonymous said...

Moga pakaian takwa bersama kita dalam mengharungi perjuangan yang seterusnya.Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin.

S/U BPPNS