Ramai pengundi dari Cross Street 2 dan juga pengundi dari UPU yang lain telah datang ke Bilik Gerakan UPU Cross Street 2 untuk memeriksa nama mereka dalam daftar pengundi. Hasil dari gerakerja yang dijalankan didapati ramai pengundi yang mengundi di Permatang Pauh pada bulan Mac (PRU-12) telah di pindahkan tempat mengundi. Seorang pengundi Cina telah dipindahkan tempat mengundi di kawasan Bukit Bendera Pulau Pinang walaupun pada bulan 3 beliau mengundi di Kubang Semang dalam Parlimen Permatang Pauh. Terdapat 2 orang pengundi Cina yang nama mereka hilang terus dari daftar pengundi induk SPR. Seorang penduduk kebun sayur pula mengadu bahawa kakaknya yang telah berpindah selama 30 tahun ke Hong Kong juga menerima surat dari BN untuk keluar mengundi pada 26 Ogos tersebut. Terdapat ramai lagi setelah diperiksa, nama mereka telah dipindahkan ke Parlimen Bukit Mertajam walaupun dahulu dalam PRU-12 mereka mengundi di Parlimen Permatang Pauh.
Kerja-kerja semakan daftar pemilih UPU Cross Street 2 berjalan dari jam 11 pagi hingga jam 5 petang pada waktu siang nya. Oleh kerana permintaan yang menggalakkan dari masyarakat Cina semakan daftar pemilih ini juga di buka pada waktu malam dari jam 9.00 malam hingga jam 12.00 tengah malam.
Saudara Hu Pang Chow (Pegerusi Kelab Penyokong PAS Malaysia) bersama kawan2
beliau turut melawat Bilik Gerakan UPU Cross Street 2 pada malam sebelum mengundi.
beliau turut melawat Bilik Gerakan UPU Cross Street 2 pada malam sebelum mengundi.
http://orangklawang.blogspot.com
1 comment:
harap Pakatan Rakyat Jelebu mencontohi Pakatan Rakyat PP yang mempunyai perancangan terancang untuk mengekalkan Permatang Pauh dalam tangan PKR...
ingat "kebatilan yang tersusun akan mengalahkan kebenaran yang tidak tersusun"
Post a Comment