Friday, August 29, 2008

Permatang Pauh Siri 2

Pesuruhjaya PAS N9 telah melawat ke kawasan kebun sayur di Cross Street 2 bersama-sama dengan Petugas-petugas PAS N9 untuk bertemu dengan pengundi kaum Tionghua di sana.Sambutan masyarakat tionghua kebun sayur sangat menggalakkan.

Pesuruhjaya PAS N9 & Petugas2 PAS N9 bergambar bersam-sama Ketua Tokong dan
penduduk Tionghua di Kebun Sayur Cross Street 2

Pesuruhjaya PAS N9 Sdra Zulkefly dan Ustaz Wan Azhar telah berbincang dan berbual mesra dengan ketua penduduk setempat yang juga menjadi ketua di tokong kebun sayur tersebut.Penduduk Kebun Sayur menyatakan sokongan tidak berbelah bagi kepada DSAI dalam pilihanraya Parlimen Permatang Pauh.

Bendera 3 parti tonggak Pakatan Rakyat berkibar di Taman Ciku, Permatang Pauh

Ketua Tokong tersebut menyatakan rasa gembiranya kerana orang PAS, DAP dan KeAdilan dapat duduk bersama dan berjuang bersama-sama untuk keharmonian dan membela nasib rakyat. Saudara Zulkefly pula menyatakan harapan beliau agar seluruh penduduk di kebun sayur dapat keluar mengundi pada 26 Ogos ini dan memberikan undi sebanyak-banyaknya kepada DSAI demi untuk menundukkan kerajaan BN.

DSAI dan YAB Lim Guan Eng melawat pengundi di Taman Ciku

Petugas PAS N9, AJK PAS Cawangan Kg Paya dan Penduduk Tionghua Kebun Sayur
bergambar mesra semasa lawatan PJ N9 ke Kawasan Kebun Sayur.

Dari kiri Hj Zainal, Cikgu Hassan (Ketua Penerangan PAS N9) dan Hj Daud (Ketua PAS
Cawangan Pantai) sedang berehat di Balai Islam

http://orangklawang.blogspot.com

4 comments:

kalawangi said...

segalo pengalaman di Permatang Pauh harap digunakan untuk Projek Tawan Parlimen Jelebu(PTPJ 2012) nanti...

Saiful Bahri Jaaman said...

Insyallah tapi ustaz pun kono bantu yo.Dapek jadi penceramah berkelompok pun jadilah yo....

kalawangi said...

insya-allah...cumo kedatangan ana tak payahlah diwar-warkan...enta pun tontu faham maksud ana...

selagi BN jadi kerajaan(insya-Allah sampai 17 Ramadhan ni) selagi itu penjawat awam negaro kito bokojo penjawat awam di Soviet Union dulu...

kalawangi said...

insya-allah...cumo kedatangan ana tak payahlah diwar-warkan...enta pun tontu faham maksud ana...

selagi BN jadi kerajaan(insya-Allah sampai 17 Ramadhan ni) selagi itu penjawat awam negaro kito bokojo macam penjawat awam di Soviet Union dulu...