Friday, August 29, 2008

Permatang Pauh - Hari Mengundi

Sehingga pagi hari Ahad 24 Ogos 2008 seramai 74 orang petugas N9 telah melaporkan diri di UPU Cross Street 2. Sehingga pada pagi hari mengundi sejumlah 120 orang petugas PAS N9 telah pun berada di UPU Cross Street 2. Ada yang datang dengan keretapi dan sampai pada pagi hari mengundi dan ada juga yang sampai pada malam sebelum mengundi. Ustaz Mustapa Dolah dan Saudara Ali telah datang dari Seremban menaiki keretapi dengan rombongan seramai 11 orang dan tiba di UPU Cross Street pada pagi hari mengundi. Saudara Zul Sg. Buluh telah sampai dengan rombongan petugas dari DUN Paroi. Hj Razak dan Abang Karim juga telah datang dari Jelebu dengan membawa petugas tambahan dari MTD Klawang. Boleh dikatakan petugas N9 telah berjaya meramaikan petugas Pakatan Rakyat di Cross Street 2 pada hari mengundi tersebut. Ini telah menambahkan semangat petugas N9 yang telah sedia ada di sana.

PJ N9 Sdra Zulkefly, Pak Andak Ad dan Taufek pagi2 lagi telah berada di Bilik Gerakan
untuk menentukan semuanya berjalan lancar.

Ramai pemimpin kanan Pakatan Rakyat telah singgah di UPU Cross Street 2 untuk memberikan semangat kepada petugas selain dari menanyakan tentang situasi perjalanan pengundian di UPU Cross Street 2. Antara pemimpin yang telah datang ke Bilik Gerakan Cross Street 2 pada hari mengundi tersebut adalah YB Hamdan ADUN Permatang Pasir, YB Mujahid Yusuf Rawa dan YB Tian Chua. YB Tian Chua sempat merakamkan ucapan terima kasih kepada semua petugas N9 yang telah datang dari jauh untuk membantu kempen DSAI. Petugas-petugas N9 juga telah mengambil kesempatan untuk bergambar dengan YB Tian Chua.

YB Hamdan ADUN Permatang Pasir telah singgah di Bilik Gerakan UPU Cross Street 2
untuk mengetahui perkembangan perjalanan pilihanraya.

Pada jam 12.00 tengahari hasil dari lapuran dalaman UPU Cross Street 2 mendapati hanya 50% pengundi Cina yang telah keluar mengundi.Terdapat ramai lagi yang masih belum keluar mengundi. Maklumat yang diperolehi mengatakan pengundi Cina telah disekat untuk keluar pengundi oleh petugas BN, kerana BN tahu pengundi ini adalah pengundi tegar DSAI.
Hasil gerakan kilat petugas tempatan diketuai oleh Pak Andak Ad dan Taufek beberapa pasukan telah dihantar untuk menjemput dan menghantar pengundi Cina tersebut ketempat pengundian dijalankan.

YB Tian Chua melawat Bilik Gerakan UPU Cross Street 2.

Pada jam 5.00 petang beratus petugas juga telah dihantar ke pintu masuk Sekolah Agama Masriyah apabila tersebar sms yang mengatakan tempoh pengundian akan dilanjutkan sehingga jam 6.00 petang. Pesuruhjaya PAS N9 yang berada di pintu masuk Sekolah tersebut menyatakan walau apa pun yang terjadi tempoh mengundi mesti tamat pada jam 5.00 petang dan beliau telah mengarahkan petugas menahan kenderaan atau orang yang cuba masuk atau keluar dari Sekolah tersebut selepas jam 5.00 petang.

Akhirnya pada jam 6.30 petang keputusan pengiraan undi di Sekolah Agama Masriyah telah diterima dengan keputusan DSAI telah menang dengan mendapat perbezaan majoriti sebanyak 1,234 undi. Walaupun keputusan tersebut bukan lah keputusan resmi tetapi ia telah cukup untuk mengembirakan petugas PAS N9 dan juga menggegarkan "Balai Islam" Kg. Paya dengan laungan Takbir dan REFORMASI. Seorang petugas PR berbangsa Tionghua yang berada di gerai minum bersebelahan Bilik Gerakan UPU Cross Street 2 telah membelanja setiap orang yang makan dan minum di gerai tersebut sebagai meraikan kemenangan DSAI.

3 comments:

Anonymous said...

tahniah buat semua petugas dari PAS & PR Jelebu di Permatang Jauh...

Barakallahu fikum...

Saiful Bahri Jaaman @ Angah said...

Pada 6 Setember ni kto buek kenduri untuk raikan Petugas2 PAS di Permatang Pauh.Ada hamba Allah tu bagi sekor lombu untuk di jadikan lauk kenduri tu.Mungkin makan nasi briyani tuh...Ustaz datng lah jonguk kengkawan lamo.Kito buek program ni di Surau Hitam.Buka puasa hingga Tarawih.
13 September ni pulak kito Jolobu buek majlis IFTAR di rumah Hj Kateran di Pasoh 1. YB Ustaz Nasaruddin Timbalan Presiden akan bersama kito di sana.. Datang lah meraikan..nyo. Jadi IMAM solat tarawih malam tu pun boleh yo ustaz..

Anonymous said...

insya-allah kalau Allah izinkan sampai kembali ana ke bumi Jolobu...

p/s : MJKK dalam kenangan 2004-2008