Monday, August 11, 2008

PAS Jelebu hantar Perwakilan ke Muktamar dan Petugas ke Permatang Pauh

Kuala Klawang: 10 Ogos 2008 : PAS Kawasan Jelebu sehingga ke hari ini telah mengesahkan akan menghantar seramai 5 orang perwakilan ke Muktamar Agong PAS Pusat kali ke-54 yang akan di adakan di Ipoh bermula dari 15 - 17 Ogos ini.
Perwakilan PAS Kawasan Jelebu akan diketuai oleh Pemangku YDP PAS Kawasan Jelebu Tuan Haji Kateran Bin Marman. Antara perwakilan yang lain adalah :-

1) Tuan Haji Zainuddin Bin Hassan - Naib YDP Kawasan Jelebu
2) Tuan Hj Jamalus Bin Mansor - Ketua Penerangan PAS Kawasan Jelebu
3) Sdra Saiful Bahri Bin Jaaman - Setiausaha PAS Kawasan Jelebu
4) Sdra Nor Anif Bin Selamat - Penolong Setiausaha PAS Kawasan Jelebu.

Para perwakilan ini akan berada di Ipoh sehingga ke hari Ahad untuk mengikuti perjalanan dan perbahasan muktamar tersebut.

Selain dari itu PAS Kawasan Jelebu juga akan menghantar petugas pilihanraya untuk membantu kempen pilihanraya Pakatan Rakyat di Permatang Pauh. Sehingga hari ini seramai 8 orang telah mendaftarkan diri untuk bertugas di Permatang Pauh. Jumlah ini mungkin akan meningkat lagi kerana masih banyak lagi cawangan-cawangan PAS di Kawasan Jelebu yang masih belum dapat mengesahkan kehadiran ahli-ahli cawangan mereka untuk bertugas di Permatang Pauh.

Walaubagaimana pun ahli-ahli PAS Kawasan Jelebu yang ingin turut sama menyumbangkan tenaga untuk membantu kempen pilihanraya Pakatan Rakyat khususnya DSAI di Permatang Pauh, boleh mendaftarkan nama, no. I/C serta nombor hp dengan Sdra Saiful Bahri Setiausaha PAS Kawasan Jelebu melalui sms ke hp nombor 019-617 4178

Yang benar,
Saiful Bahri Bin Jaaman
Setiausaha
PAS Kawasan Jelebu

10 comments:

Anonymous said...

insya-allah ada rezeki kita akan bertemu di Ipoh pada 15 Ogos nanti...ana tunggu di Masjid Negeri.

TAKBIR!!!

Saiful Bahri Jaaman @ Angah said...

Insyaallah.Kita jumpa di sana....di sana....

Anonymous said...

jangan lupo bawak skali durian Jolobu...dah lamo x makan durian Jolobu....heheheheh...

Anonymous said...

donga2 rais bogaduh dongan apak, boto ko?...

Anonymous said...

rais temberangkan org jolobu idup2...dulu ameno,pas tu 49,pas tu ameno....lakunyo samo jo...org jolobu memamg tak cordek...nak2 puak2 ameno...sampai sudah kono tipu...moh nyobonranglahhh....
pakatan rakyat!!!

angahcipoi said...

Apo yang ponting ialah kita mengukuhkan Pakatan Rakyat di Jolobu dan NS amnya.Ustaz durian ana pun tak ado.Itu hari puas makan kek rumah Abg Sudin Ulu Jelebu maso usrah.Durian kg, kocik2 yo tp manis....

Anonymous said...

kito buek pobandingan antaro durian jolobu dongan durian batu kurau..amacam?...

cadangan untuk muktamar ni...:-)

Anonymous said...

apa kabar sahabat kita pkr dan dap jelebu?halim 'yb' pertang tu apo kaba? cino dap TT amacam? mohla pakat2 konvoi sesamo ko pematang pauh...

mari jolobu mulokan langkah baru bopakat ke arah tujuan yg samo..kalau tak camtu camno nak momerintah, sobab bopakat ni keno slalu...bukan time pilihanrayo jo...boto tak?

angah...!apo cito rais ngan apak unuih???

angahcipoi said...

A'kum sekarang ni kontigen PAS Jelebu ramai yang ada di Ipoh ni hadir muktamar sebagai perwakilan/pemerhati. Ramai gak yang akan pergi ke permatang pauh nanti

Anonymous said...

somogo dongan membantu PKR di Permatang pauh, satu masa nanti Parlimen dan DUN-DUN di jelebu akan jadi milik PR.amin.

p/s : MJKK dalam kenangan 2004-2008.