Saturday, August 2, 2008

LAWATAN KE SIMPANG DURIAN

Simpang Durian : 27 Julai 2008 : AJK PAS Kawasan Jelebu telah mengadakan lawatan kerja untuk mengeratkan silaturrahim diantara AJK PAS Kawasan Jelebu dan AJK-AJK Cawangan-cawangan PAS di Simpang Durian. Antara cawangan yang terlibat di dalam program tersebut adalah PAS Cawangan Kg Jerang, Cawangan Kg Sg. Buloh dan Cawangan Simpang Durian. Pertemuan telah diadakan di markas PAS Cawangan Kg Jerang pada jam 3 petang hari tersebut.



Pemangku YDP PAS Kawasan Jelebu dalam ucapan beliau mengucapkan terima kasih kepada ketiga-tiga cawangan kerana sudi menerima kunjungan PAS Kawasan Jelebu. Beliau menegaskan program lawatan ke cawangan-cawangan PAS di seluruh Jelebu ini akan diteruskan sepanjang tahun ini. Lawatan ini selain dari untuk mengeratkan silaturrahim juga untuk mengemaskini kan data maklumat ahli dan AJK Cawangan-cawangan serta untuk membaik pulih jika terdapat kelemahan pada jentera pentadbiran cawangan tegas Hj Kateran Pemangku YDP Jelebu.

Setiausaha PAS Kawasan Jelebu Saudara Saiful Bahri menyatakan selain dari aktiviti ceramah yang akan diteruskan dari semasa ke semasa, program mengemaskini dan memantapkan jentera cawangan adalah sangat penting dalam satu-satu organisasi PAS Kawasan.



Perjumpaan pada petang tersebut juga telah dihadiri oleh Tuan Haji Jamalus Bin Mansor Ketua Penerangan PAS Kawasan Jelebu, Saudara Nor Anif Penolong Setiausaha PAS Kawasan, Hj Jamal Nasir Ketua Cawangan PAS Kg Simpang Durian, Tuan Syed Alias Naib Ketua Cawangan Kg Jerang serta AJK dan ahli-ahli ketiga-tiga cawangan.

3 comments:

Anonymous said...

assalamualaikum wrwb...

saya cadangkan agar cawangan2 PAS di kawasan sekitar DUN Klawang ditonjolkan dalam laman web ini supaya PAS jelebu lebih bertenaga.induk PAS jelebu terletak di DUN Klawang.tambahan pulak BN menang di DUN klawang tak sampai 1000undi. maka peluang PAS/BA menang di DUN klawang lebih besar dibandingkan dengan DUN Pertang dan DUN Lui.maka sewajarnya cawangan2 PAS dibanyakkan di DUN klawang.kalau boleh biar sepanjang jalan Kuala Klawang ke arah Jeram Toi penuh dengan papan tanda PAS Cawangan...

TAKBIR!!!ALLAHU AKBAR!!!

p/s : MJKK dalam kenangan 2004-2008.

angahcipoi said...

Satu cadangan yang baik ustaz.Kami tongah usaha kan lah ni
Baru2 ni ada 21 orang lai masuk PAS di Klawang.
Harap2 berkekalan semuo eh dalam jemaah Islam

Anonymous said...

saya doakan PAS/BA terus maju di DUN Klawang dan Parlimen Jelebu.amin....