PAS Kawasan Jelebu telah mengadakan satu ceramah di rumah Hj Jamalus, di Kg Chenor. Ceramah ini diadakan untuk memberikan penerangan kepada rakyat Jelebu tentang bala yang menimpa rakyat ekoran dari kenaikan harga minyak yang melampau.
Ustaz Abdul Ghani Bin Abdul Rahman AJK PAS Pusat dalam ceramah beliau menyatakan kenaikan harga minyak yang melampau ini adalah hadiah terbesar kerajaan UMNO/BN kepada rakyat
Dalam ceramah beliau juga Ustaz Ghani menyeru supaya orang Melayu dan orang Islam ini menggunakan akal fikiran dan berfikir dengan waras. Allah swt memberikan manusia ini akal fikiran untuk kita semua berfikir, ini lah yang membezakan antara manusia dan binatang, kata Ustaz Ghani. Banyak ayat-ayat dalam Al-Quran yang menyuruh manusia ini berfikir, kata Ustaz Ghani. Ada ayat yang menyuruh manusia itu berfikir tentang kejadian manusia itu sendiri. Ada pula ayat yang menyuruh manusia berfikir tentang kejadian langit dan bumi serta kejadian alam, tambah Ustaz lagi. Oleh itu dalam memberikan undi juga kita sebagai orang Melayu dan orang Islam sepatutnya boleh berfikir dengan waras dan bijaksana, kerana keputusan undian kita akan memberi kebaikan atau padah keburukan kepada kita seperti apa yang berlaku sekarang ini, tambah Ustaz Ghani lagi.
1 comment:
assalamualaikum wrwb...
boleh tak gambar-gambar hadirin yg menghadiri program ceramah PR di Jelebu disiarkan?...
sekurang2nya orang tau mentaliti masyarakat Jelebu terhadap isu-isu semasa...
terima kasih...
Post a Comment