Memang tak patut langsung kerajaan BN (Babi Negara) ni menaikkan harga minyak. Daripada harga sekarang yang dah sedia tinggi RM1.92 sen seliter naik 78 sen lagi dah jadi RM 2.70 seliter.Ini bukan nak menolong rakyat namanya.Malah nak membunuh dan menyusahkan rakyat adalah.Baru-baru ni harga beras naik dan seribu satu macam lagi akan naik akibat dari kenaikan harga minyak ini.Adakah ini yang dikatakan kerajaan yang prihatin kepada masalah rakyat?
Pak Lah semasa mengumumkan perkara ini di TV nampak mimik mukanya penuh selamba macam tak ada apa-apa yang besar berlaku.Maklumlah Pak Lah nak pergi mana-mana tak payah nak bayar harga minyak,tol dan sebagainya maka beliau tidak akan terasa dengan kenaikan harga minyak atau barang2 ini.Pak Lah pun tak payah makan dirumah macam rakyat biasa, sebab hari2 ada jamuan dan jemputan untuk beliau.Jadi bini dia JIN MATA DUA tak payah nak masak nasi untuk Pak Lah.Jadi tak ada lah terasa akan kenaikan harga beras dan sebagainya sebab tak payah nak susah2 pergi beli beras.
Yang terasa dan merasa akan segala susah payah dan perit jerih akan segala kenaikan ini adalah rakyat biasa macam kita-kita ni semua. Kereta kancil aku, dulu kalau isi penuh setangki RM 28 dah cukup.Bila minyak naik jadi RM 1.92 maka bila aku nak isi penuh setangki kena bayar RM 39 baru penuh.Sekarang dengan harga yang baru ini aku rasa, iaitu RM2.70 seliter aku rasa nak isi penuh setangki RM 50.00 tak cukup tu...Silap-silap RM60 baru penuh setangki.Esok baru aku nak isi sebab hari ni malas nak beratur 1 atau 2 km semata-mata nak ikut cakap BN yang naik kan harga minyak.
Kalau nak kira dengan harga lama harga minyak dah naik 100%. Beza RM30 tu aku boleh beli pampers dan susu untuk anak aku.Zalim betul BN ni.Habis anak aku nak kena berhenti susu lah camtu sebab nak isi minyak kereta? Mana boleh perut anak lebih penting dari minyak kereta.
Bagi aku kerajaan BN sial ni memang kerajaan yang tak bertanggungjawab dan menyusah kan rakyat.Mana-mana rakyat yang telah mengundi BN dalam pilihanraya baru-baru ni terima lah padah dan akibatnya sekarang.Aku teringat masa kempen pilihanraya itu hari ada satu makcik ni beritahu kat aku "Acik pangkah yang lamo yo jang, Acik tak nak makan ubi cam zaman Jopun marin doh". Habis baru2 ini masa kenaikan harga beras BN telah pun menyuruh rakyat makan ubi kentang, ubi kayu dan keledek untuk menggantikan nasi/beras.
Maka dengan kenaikan harga minyak ini pula, mungkin kerajaan BN akan menaikkan pula slogan menyuruh rakyat menjual kereta atau motor milik mereka dan menyuruh rakyat jalan kaki aje sebagai langkah untuk berjimat cermat duit gaji yang diperolehi.Dalam kerajaan yang sebodoh BN ini segala nya mungkin demi untuk menjaga kepentingan mereka...
3 comments:
As..kum saiful
Kena naiklah harga minyak sebab makanan dan barangan lain dunia naik yang menyebabkan keuntungan dan kenikmatan GLC-GLC dan kroni-kroni pilihan juga berkurangan. Tak dapatlah nak joli sana joli sini lagi.
Rasa2 macam kenal ...
http://tuklong-ns.blogspot.com/
as'kum angahcipoi...
pasjelebu kono usoho tak jomu2 torang'an kek orang2 kg ghogo minyak naik ni hadiah BN sobab pangkah yg lamo dlm PRU baru2 ni...
somontaro tok rais,hj jai,habibuntuti,apak dan konco2 diorang turun ke kampung2,kito turun dulu...
somogo bojayo...amin.....
A'kum cikgu din dan klawangi.Sibuk skit hari ni sebab pagi2 lagi dah pergi demo kat seremban.
Sekarang ni kek Jolobu perkhabaran terakhir dari sobat2 UMNO kek sanun tu jawatan Ketua UMNO Bahagian Jelebu sedang diperebutkan oleh 3 orang iaitu Tok Rais,Yunus dan Jalal.
Nampak eh ado 3 kem lah UMNO Jelebu sekarang ni.Biar di lantak eh yang ponting kito jalan kojo kito,botul tak ustaz?
Post a Comment