Hari ini Jumaat 6hb Jun 2008 rata-rata di Semenanjung Malaysia rakyat tidak puas hati dan mula mengadakan tunjuk-tunjuk perasaan dan demonstrasi aman di mana-mana pun kerana membantah kenaikan harga minyak ini.Antaranya di Kemaman, Sg Petani, Seremban, Kg Baru (KL), Kg Dato’ Harun, Penang dan juga di Petaling Jaya.
Besok 7hb Jun 2008 dan lusa 8 Jun dan tulat 9 Jun serta seterusnya hari2 yang lain akan lebih banyak tunjuk perasaan dan demonstrasi akan diadakan oleh rakyat. Ini kerana semua rakyat tidak puas hati dengan kenaikan harga minyak tersebut. Jika ada orang yang berdiam diri bukan lah kerana mereka suka harga minyak dinaikkan tetapi sebaliknya mungkin kerana mereka takut untuk menunjuk perasaan dan berdemo kerana jika ditangkap atau diambil gambar nanti dan boss mereka tahu, maka jawabnya lagi parah. Mungkin sekarang mereka elok ada kerja dan boleh lah isi minyak sedikit2 nanti kalau kena buang kerja sebab berdemo langsung dah tak boleh isi minyak lagi.Malah mungkin soru pun miss pulak, lagi susah nanti.
Bukan kah Tuan-tuan Guru yang mursyid telah mengatakan bahawa takutkan sesuatu (tak kira lah manusia,hantu syaitan,jin atau apa2 pun) itu melebihi takutnya hamba itu kepada Maha Pencipta nya iaitu ALLAH SWT maka akan jatuh SYIRIK. Maka hukum SYIRIK tiada ampunnya kerana hamba itu telah menduakan atau menigakan penciptanya iaitu ALLAH SWT. Maka sekarang ini kita mesti takut pada siapa? Pada ALLAH SWT ATAU PADA BN yang memerintah? Ingat SYIRIK hukumnya NERAKA ALLAH.
Maka sekarang kalau kita tidak takut atau telah hilang rasa takut maka kita mesti menunjukkan bantahan kita.Tak kira lah dengan apa cara jua pun dengan berdemonstrasi aman, tunjuk perasaan atau menulis artikel2 di dalam blog, risalah2, suratkhabar dan sebagainya untuk menunjukkan bantahan kita terhadap kenaikan harga minyak ini. Kenaikan harga minyak ini akan sangat menyusahkan dan menekan kita kerana ia akan menjurus kepada kenaikan perkara2 yang lain seperti kenaikan harga barang, kenaikan harga makanan dan kenaikan harga perkhidmatan seperti tambang teksi, bas, bas sekolah dan lain2.
Berikut adalah perbandingan harga minyak untuk negara2 pengeluar minyak yang lain di dunia. Harga ini diambil dari Internet dan harga ini adalah yang terkini sehingga tarikh 30 Mei 2008.
Negara Pengeluar | Harga Minyak Dalam Negara |
| RM 1.19 / liter |
| RM 1.03 / liter |
| RM 0.87 / liter |
| RM 0.67 / liter |
| RM 0.67 / liter |
| RM 0.38 / liter |
| RM 0.35 / liter |
| RM 0.32 / liter |
| RM 0.25 / liter |
| RM 0.16 / liter |
| RM 1.22 / liter |
Pertukaran matawang asing adalah mengikut kadar Dollar US
USD 1 : RM 3.23
Sehingga kini setelah lebih 30 tahun Malaysia dianugerahkan oleh ALLAH SWT akan hasil minyak namun nampak nya rakyat Malaysia bukan semakin mendapat keuntungan daripada adanya hasil minyak untuk negara ini. Malah rakyat Malaysia semakin tertekan dan terhimpit dengan bebanan kenaikan harga minyak dan juga kenaikan harga barang juga disebabkan oleh kadar kos pengangkutan yang tinggi di sebabkan oleh kenaikan harga minyak.
Malaysia adalah satu negara yang kaya.Selain dari hasil minyak, Malaysia juga adalah negara pengeluar getah dan minyak kelapa sawit yang terbesar di dunia. Jika kita lihat negara – negara yang tertera dalam rajah diatas iaitu Arab Saudi, Iran, Mesir dan malah Brunei langsung tidak mempunyai getah atau minyak kelapa sawit untuk menampung hasil negara selain dari pergantungan terus kepada minyak.
Maka persoalannya ke manakah perginya hasil minyak, getah dan minyak kelapa sawit di Malaysia? Sehingga kan rakyat Malaysia yang jumlah nya terlalu kecil iaitu sekitar 25 juta orang jika dibandingkan dengan rakyat negara2 lain seperti Indonesia, India dan Cina langsung tidak dapat menikmati atau mengecapi kenikmatan kekayaan Malaysia? Siapa kah yang mengaut semua hasil kekayaan dibumi Malaysia ini? Adakah orang Melayu atau Cina atau India?
Mengapa setelah 30 tahun hasil minyak diperah dan dikeluarkan dari bumi Malaysia maka rakyat harus menanggung lagi kenaikan harga minyak? Kenapa harga minyak di Malaysia tidak seperti harga minyak di Brunei yang paling hampir dengan kita atau seperti harga minyak di Mesir iaitu sekitar RM 1.03 / seliter, sedangkan bumi Mesir adalah padang pasir dan tiada hasil getah atau kelapa sawit.Mesir bergantung terus dengan hasil minyak nya. Mengapakah setiap kali kerajaan BN/UMNO akan membuat perbandingan harga minyak dengan Negara Singapura atau Thailand yang kita tahu tiada hasil minyak. Pak Lah dan Najib akan berkata harga minyak di Singapura lebih mahal dari Malaysia. Atau mereka akan berkata harga minyak di Malaysia masih murah dan rendah jika dibandingkan dengan harga minyak di negara2 jiran kita!!
Maka persoalan pokoknya sekarang ini SIAPAKAH YANG MENGAUT KEUNTUNGAN HASIL MINYAK MALAYSIA? SIAPA? DAN SIAPA? Mengapakah akaun syarikat PETRONAS ini tidak pernah di audit dan dibentangkan kira-kira auditnya di Parlimen jika benar syarikat PETRONAS ini milik Negara Malaysia ini. Apa yang istimewa sangat akaun PETRONAS ini dan apakah rahsia di sebaliknya?
Setelah 50 tahun memerintah kerajaan BN/UMNO menggunakan PETRONAS seperti kepunyaan mak bapak mereka sendiri. PETRONAS telah digunakan untuk bail-out syarikat2 gergasi di Malaysia seperti MAS, Perwaja Steel dan lain2 banyak lagi. Duit PETRONAS digunakan untuk mendirikan projek2 Mega seperti BAKUN (yang tak ada khabar berita nya sekarang), Menara KLCC, F1 di Sepang dan macam2 pembinaan lagi seperti KLIA dan lain2 lagi. MAKA SIAPA YANG DAPAT HASIL DARI PROJEK-PROJEK INI? SIAPA YANG MENDAPAT KEUNTUNGAN?
RAKYAT? Rakyat hanya sekadar dapat melihat dan menyaksikannya aje.Keuntungan pada rakyat tak ada. F1 apa untung nya untuk rakyat? KLCC apa untung untuk rakyat? KLIA sedangkan Subang Airport sudah pun ada dan lebih dekat dengan KL. Sekarang apa jadi dengan Subang Airport?
Maka setelah kita renung-renungkan perkara ini semua marilah kita fikirkan balik kenapa Pak Lah atau kerajaan BN tidak membenarkan kita menyuarakan bantahan terhadap kenaikan harga minyak ini yang secara tiba-tiba ini? Pak Lah menyatakan semalam rakyat tidak perlu lah mengadakan demonstrasi! Kenapa, apa hal pulak? Habis kalau tidak boleh berdemo maka di saluran mana lagi rakyat boleh menyampaikan rasa tidak puas hati atau bantahan atas kenaikan ini. TV / Radio / Suratkhabar atau mana lagi? Parlimen, kalau betul di Parlimen maka kenapa hal kenaikan harga minyak ini tidak dibahaskan terlebih dahulu di Parlimen dan setelah mendapat kelulusan Parlimen baru dinaikkan! Kenapa di naikkan secara tiba-tiba sahaja?
Maka sekarang ini rakyat Malaysia bak kata Nabil Raja Lawak, LU PIKIR LAH SENDIRI ?
Samada kita sebagai rakyat Malaysia yang bertuah ini yang langsung tidak merasa keuntungan, kesenangan dan ketenangan dari hasil minyak ini hendak berdemonstrasi membantah kenaikan harga minyak ini atau berdiam diri sahaja dan menerima segala apa yang telah tersurat ke atas diri kita ini, walaupun pada hakikatnya kita mampu mengubahnya!!!!
Coretan, luahan rasa serta buah fikiran :
SAIFUL BAHRI BIN HJ JAAMAN
@ angahcipoi
SETIAUSAHA PAS
KAWASAN JELEBU
http://pasjelebu.blogspot.com
1.55 am 7 Jun 2008
2 comments:
apo la rakyat malaysia ni nak jadi angah cipoi, dioorang ni tak tau ko bukan rhogo minyak yo yang naek, rhogo letrik pun dah naek yo, berapo lah sangat diantaro kito ni yang pakai lektrik 200kWj kebawah, apo dio orang ingat kito duduk dalam guo ko? tok jiman montori tenago tu orang n9 yo, den tau dio tu berhati rakyat, tapi mungkin paklah dah gulo-gulokan dio tu suruh naekkan rhogo lektrik, den boto-boto harap tok jiman buleh sodarkan sikit IPP tu supayo tak ambik untung banyak bona, kerajaan kato kito kono samo-samo susah masa keadaan susah, takkan IPP nak kiro dio punyo untung yo, dongar cito tok jiman ni pun antaro regim yang nak disingkirkan dek tok mat sobab tak sehaluan dongan dio, samolah tu ngan tok sahak somban.Jangan kito leko yo dek rhogo minyak naik, esok ujung bulan sok tokojot nengok bil letrik.
kito yang beriyo-iyo sokong si jiman tu maso PRU maghin...rasokan....padan muko kito sumo...
sok2 dalam PRU akan datang pangkahlah laie Baby Negara tu...pangkahlah....
Post a Comment