Friday, July 4, 2008

Pelancaran Tabung Bangunan PAS Kawasan Jelebu

2 Julai 2008, Simpang Pertang : Pada hari Rabu 2hb Julai 2008 yang lalu PAS Kawasan Jelebu telah mengadakan satu ceramah umum sempena dengan Pelancaran Tabung Bangunan PAS Kawasan Jelebu. YB Dr Zulkifli Ahmad Ahli Parlimen Kuala Selangor telah dijemput sebagai tetamu khas untuk merasmikan pelancaran tabung bangunan PAS Kawasan Jelebu dan seterusnya menyampaikan ceramah.

Dalam ceramah beliau YB Dr berkali-kali menegaskan bahawa kenaikan harga minyak ini akan membawa bencana inflasi iaitu kenaikan harga barang dan perkhidmatan yang lebih parah kepada Malaysia. Selain dari inflasi, kenaikan harga minyak ini juga membawa kepada unjuran stagflasi iaitu di mana syarikat-syarikat tidak dapat menanggung kenaikan bebanan kos operasi yang melambung tinggi yang menyebabkan akhirnya sebilangan besar pekerja syarikat terpaksa diberhentikan kerja demi untuk menyelamatkan kedudukan perniagaan. Ini akan menyebabkan ramai rakyat Malaysia tidak mempunyai pekerjaan dan tidak mempunyai pendapatan maka ini akan mengundang bala iaitu bertambahnya masalah jenayah seperti ragut, curi dan rompakan menurut YB Dr Zulkifli lagi.

YB Dr Zulkifli melihat "bunting" Pelancaran Tabung Bangunan PAS Kawasan Jelebu setelah memotong riben simbolik perasmian pelancaran tersebut sambil diperhatikan oleh Pemangku YDP Jelebu dan PJ NS.

YB Dr Zulkifli menegaskan bahawa harga minyak di Malaysia tidak sepatutnya naik kerana Malaysia adalah negara pengeluar minyak dan bukan negara pengimpot minyak seperti Thailand dan Singapura. Jika kerajaan Nigeria sebuah negara di benua Afrika yang terkenal dengan kemiskinan boleh menawarkan harga minyak serendah RM 0.75 sen seliter kepada rakyatnya mengapa Malaysia yang dikatakan aman,makmur dan kaya raya dengan hasil bumi yang lain tidak boleh menawarkan harga minyakyang serendah itu kepada rakyatnya. Disini lah terbuktinya kezaliman dan ketidak prihatinan kerajaan UMNO/BN kepada masalah dan rintihan rakyat, tambah beliau lagi.

Majlis pelancaran tabung bangunan PAS Kawasan Jelebu pada malam itu juga turut dihadiri oleh Sdra Zulkifli Omar Pesuruhjaya PAS NS, YB Hj Taufek Ghani Ketua Pemuda PAS NS yang juga ADUN Paroi dan Tuan Hj Abdul Majid Timbalan YDP PAS Kawasan Jempol.

Tuan Haji Kateran Pemangku YDP PAS Jelebu dalam ucapan aluan beliau menyatakan betapa perlunya PAS Kawasan Jelebu mempunyai bangunan sendiri yang boleh menempatkan pejabat PAS Kawasan Jelebu. Sehubungan dengan itu kata beliau satu akaun khas telah dibuka di Agro Bank Cawangan Kuala Klawang di atas nama TABUNG BANGUNAN PAS KAWASAN JELEBU dan nombor akaunnya adalah :1-00-5681-00003914-5 untuk tujuan tersebut. Haji Kateran berharap ahli-ahli PAS Jelebu, aktivis PAS, penyokong PAS dan anak-anak kelahiran Jelebu yang berada atau tinggal di luar Jelebu dapat bersama-sama menyumbang kepada tabung ini dengan memasukkan sejumlah wang ke dalam akaun yang tersebut. Ini akan dapat merealisasikan kewujudan sebuah bangunan untuk PAS Jelebu sebelum 2012 iaitu jangkaan PRU-13 yang akan datang tambah Hj Kateran lagi.

Sebahagian dari hadirin yang hadir sedang khusyuk mendengar ceramah

Gerak gempur DUN Paroi turut hadir bersama pada malam tersebut.Kanan sekali YB Hj Taufek.

http://pasjelebu.blogspot.com

2 comments:

Anonymous said...

Nice blog. Thats all.

Anonymous said...

dari gambar hadirin, dapat dilihat kekuatan PAS jelebu datang dari kawasan yang mana satu...

PAS jelebu perlu berusaha kuat menarik minat penduduk kg di mukim ulu klawang dan kuala klawang yang membentuk DUN Klawang.

p/s : MJKK dalam kenangan 2004-2008