Monday, January 28, 2008

PAS JELEBU DAN "BERSIH" EDAR RISALAH

Jelebu 27 Januari 2008 : Hari ini PAS Jelebu dan “BERSIH” telah bersama-sama menganjurkan program mengedar risalah di Pasar Minggu Pekan Kuala Klawang dan juga di Pekan Titi dalam DUN Chennah. Tuan Haji Kateran Bin Marman Pemangku YDP PAS Kawasan Jelebu, Tuan Haji Hassan Bin Abdul Rahman Pengarah MTD Klawang dan Saudara Nor Anif aktivis ”BERSIH” telah bersama-sama dengan AJK-AJK PAS Kawasan Jelebu yang lain untuk mengedar risalah.

Keratan akhbar Harakah berkenaan peneroka Kg. Gatco yang teraniaya dan juga Buletin PAS Jelebu keluaran bulan Januari 2008 telah diedarkan kepada orang ramai. Rata-rata rakyat Jelebu tidak mengetahui isu Kg. Gatco yang telah ditutup maklumatnya oleh UMNO kerana takut dan malu, kerana UMNO yang selama ini diharapkan dapat membantu orang Melayu sebaliknya telah gagal membela nasib orang Melayu.

Selepas itu kumpulan ini bergerak ke pekan Kg Baru Titi dimana suratkabar Ren Men Shi Shi keluaran terbaru dari PAS Pusat telah diedarkan kepada masyarakat tionghua di sana. Sambutan dari masyarakat tionghua di Titi sangat menggalakkan dimana 400 akhbar Ren Men Shi Shi telah diedarkan. Beberapa orang yang ditemui menyatakan akan mengundi PAS pada PRU-12 ini jika PAS bertanding Parlimen Jelebu. Menurut kata mereka "Ini BN sudah banyak lebih, ini kali pembangkang mesti mahu banyak menang dalam Palimen, baru boleh". Tuan Haji Kateran Marman Pemangku YDP Jelebu juga telah sempat beramah mesra dan berbincang dengan masyarakat Tionghua di Titi.

Tuan Haji Kateran menyatakan program mengedar risalah ini akan diteruskan oleh PAS Kawasan Jelebu dari semasa ke semasa kerana orang ramai khususnya di Jelebu ini tidak mendapat maklumat yang sebenar tentang apa yang berlaku sekarang ini. Rakyat harus disedarkan dan dikejutkan dari tidur terutamanya di kampung-kampung dan mereka ini mesti diberikan informasi-informasi semasa yang boleh memberikan kesedaran kepada mereka untuk mengundi PAS dan Barisan Alternatif pada PRU-12 ini, kata beliau.

3 comments:

Anonymous said...

TAHNIAH PAS JELEBU! Teruskan usaha InsyaAllah erti perjuangan akan terserlah.Siru'ala barokatillah...AllahuAkbar (Takbir 3X)

Anonymous said...

buek kawan2,sedaro maro den yang totok ngan ameno atas sobab2 yg dpt dielakkan kecuali kojo ngan komeih,jadik guru kafa...boganjak laa...tinggal an ameno tu.kalau takut elaun keno potong,tapi takut gak kat tuhan maso ngundi sok...toksa pandang dacing tu do...pangkah yo selain dari dacing yg menipu momanjang tuu...

samo gak kek kawan2,sedaro maro yg dulu mati2an bonci bona kek ameno,boduyun2 masuk BA...konon eh ameno tu zalim,ameno tu kianat bangso.tapi balik smula jadik sesumpah...meh patah smulo...

tinggal an ameno tu sebelum jadik tun mahathir umpamo kupang tembago!!!satu sen pun tak do guno ehhh

Anonymous said...

Tuan, tak kenal tuan tapi berminat nak pilih tuan jd wakil MP di Jelebu. Cuma 1, jangan dah dilantik nanti, apo jadah eh pun tak bebuek... Den semolih kau hidup-hidup...
Dpd: Ahli UMNO yang bonci pada kesombongan wakil rakyat UMNO. Mampuih la kau Jalal... Cakap tak serupa bikin Rais... dan kaki bodek tak berpendirian Yunus Rahmat