Walaubagaimanapun sebelum pertemuan diadakan pemimpin BA dan DAP telah didatangi oleh sekumpulan 3 orang anggota polis berpakaian preman dari Balai Polis Simpang Durian yang bertanyakan apakah tujuan mereka datang ke Simpang Durian. Saudara Nor Anif ketua rombongan menyatakan tujuan mereka hanyalah untuk jalan-jalan santai dan beramah mesra dengan pemimpin serta penduduk setempat. Walau pun begitu pihak polis tidak mempercayai alasan tersebut dan meminta serta merekodkan nombor kad pengenalan semua pemimpin yang turut serta dalam program tersebut. Walaubagaimana pun ugutan dan provokasi dari polis tersebut tidak berjaya melemahkan semangat pemimpin BA untuk bertemu dengan orang ramai. Program tetap diteruskan dan pertemuan berlangsung dalam suasana yang harmoni dan aman damai tanpa ganguan.
Tuan Hj Shamsudin Borhan Ketua PAS Cawangan Kg Sg Buloh yang juga merupakan seorang ulama’ tempatan turut hadir dalam pertemuan tersebut. Dalam ucapannya beliau berharap kali ini dengan penyatuan yang kukuh antara PAS, KeAdilan dan DAP mampu menumbangkan kerajaan BN yang zalim kepada rakyat. Beliau juga berharap pemimpin Cina terutamanya DAP di Hosapa (Titi) akan berusaha untuk membantu memenangkan calon PAS di DUN Klawang
En Siow wakil DAP menyatakan dalam pilihanraya ke-12 ini DAP Jelebu akan meletakkan orang muda yang merupakan seorang ahli perniagaan sebagai calon DAP bertanding di kerusi DUN Chennah. Orang-orang Cina di Hosapa dan Titi akan mengundi PAS untuk Parlimen Jelebu dan kerusi DUN Klawang pada kali ini kerana banyak janji MCA dan BN di Titi kepada orang Cina tidak ditunaikan kata beliau lagi. Menurut beliau lagi dalam tahun 2004 Calon PAS DUN Klawang Cikgu Jaaman juga telah menang undi di UPU Hosapa iaitu di kawasan Cina. Dalam pilihanraya pada tahun 2004 DAP telah mendapat kemenangan besar di UPU Kg Sg. Buloh walaupun calon DAP tidak menang kerusi DUN Chennah pada pilihanraya tersebut. En Siow berharap pada pilihanraya kali ini orang ramai dalam UPU Kg Sg Buloh akan terus mengundi DAP lagi dan kali ini DAP akan memenangi kerusi DUN Chennah dari MCA kata beliau.
1 comment:
tahniah dan syabas BA jelebu!!!
aku harap BA jelebu akan buat byk lg program sblm pilihanraya ini.
- adakan kutipan dana pilihanraya drpd anak2 jelebu yg simpati dan faham dgn perjuangan BA dan bekerja di perantauan (KL dan sbgainya).
- adakan program ceramah rumah ke rumah dan ceramah umum.aku yakin maklumat sebenar dan betul tidak sampai ke telinga ramai org jelebu.
- buat program makan malam,sukan nika,lawan bola 9 sebelah.
- gunakan sepenuhnya balai petaseh dan balai kg jerang untuk mengerakkan jentera BA...
lawan tetap lawan!!!
Post a Comment