Saturday, January 5, 2008

MAJLIS DAERAH JELEBU (MDJ) PECACAI UMNO

Baru-baru ini Majlis Daerah Jelebu telah mengeluarkan satu notis amaran yang merupakan satu surat ugutan kepada PAS Jelebu untuk menghentikan penampalan poster-poster ceramah PAS di sekitar kawasan MDJ. Surat yang dikeluarkan tersebut tidak mempunyai ‘Kepala Surat’ MDJ yang lengkap dan dibawahnya juga tidak mempunyai nama siapa individu yang menanandatangani surat tersebut, hanya tertera bagi pihak Majlis Daerah Jelebu. Ini menunjukkan bahawa surat ini telah dikeluarkan dengan tergesa-gesa oleh MDJ. Surat tersebut telah dihantar sendiri oleh seorang pekerja MDJ kepada Tuan Haji Hassan Bendahari PAS Kawasan Jelebu.

Sehubungan dengan itu satu pertemuan telah diadakan di antara pemimpin kanan PAS Kawasan Jelebu dengan Tuan Pegawai Daerah Jelebu yang juga merupakan Yang Dipertua Majlis Daerah Jelebu. PAS Kawasan Jelebu telah diwakili oleh Pemangku Yang Dipertua Tuan Hj Kateran Marman, Ketua Penerangan Kawasan Jelebu Tuan Hj Jamlus Mansor dan Bendahari PAS Kawasan Jelebu Tuan Hj Hassan Abdul Rahman untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang surat yang telah dikeluarkan oleh MDJ tersebut.

Menurut Tuan Hj Jamlus Mansor Ketua Penerangan PAS Kawasan Jelebu, dalam pertemuan tersebut Pegawai Daerah Jelebu mengaku bahawa surat tersebut telah dikeluarkan oleh Majlis Daerah Jelebu. Pegawai Daerah secara tidak langsung telah menyatakan bahawa beliau mendapat tekanan dari pihak atasan untuk mengeluarkan surat bagi menghalang PAS Kawasan Jelebu dari terus menampal poster-poster ceramah di sekitar kawasan MDJ pada setiap ceramah PAS, yang hendak diadakan. MDJ mahu PAS Jelebu memohon permit, setiap kali PAS hendak menampal poster ceramah.

Hujah Pegawai Daerah ini telah disanggah oleh Hj Jamlus dengan mengatakan bahawa UMNO Jelebu tidak pernah pun memohon permit dari MDJ setiap kali mereka menaikkan baner, bunting atau poster sewaktu hendak mengadakan apa-apa program di kawasan MDJ. Kenapa MDJ tidak mengeluarkan surat amaran kepada UMNO? Adakah kerana UMNO adalah parti pemerintah maka UMNO boleh berbuat sesuka hati mereka kata beliau lagi. Ini lah dia ketidakadilan dan kepincangan yang berlaku dalam pentadbiran MDJ kata Haji Jamlus lagi.

Menurut Haji Jamlus lagi poster ceramah YB Salahuddin Ayub yag dijadualkan berceramah di Pasoh 2 telah dikoyak-koyakkan oleh pekerja MDJ. Ini adalah kejadian kali kedua perkara ini berlaku kata beliau lagi. Dahulu poster dan baner ceramah Dato’ Seri Tuan Guru Haji Hadi Awang Presiden PAS berceramah bersama-sama dengan Tuan Hj Mohamad Sabu di Kg Chenor juga telah dikoyak-koyakkan dan baner serta bendera PAS telah dirampas oleh MDJ. MDJ sepatutnya sedar dan faham bahawa Parti Islam SeMalaysia (PAS) adalah sebuah parti politik yang berdaftar dan telah pun mempunyai keahlian seramai 1 juta orang tambah beliau lagi. Ini menunjukkan bahawa PAS adalah satu parti politik yang diterima oleh rakyat dan rakyat Malaysia terutamanya rakyat Jelebu tidak suka dengan tindakan dan perbuatan MDJ tersebut, kata beliau lagi.

Menurut Hj Jamlus lagi sebagai Ketua Penerangan PAS Kawasan Jelebu beliau akan terus menaikkan poster-poster PAS pada setiap kali ceramah akan diadakan di kawasan Jelebu, ini kerana PAS tidak mempunyai saluran lain lagi untuk menyampaikan maklumat ceramah atau program-program PAS kepada orang ramai. Kerajaan UMNO/BN ini memang ingin menyekat maklumat yang sebenar sampai ke tangan rakyat kerana kerajaan ini takut jika maklumat yang sebenar sampai kepada rakyat maka rakyat tidak akan mengundi UMNO atau BN lagi katanya.

Perkembangan mutakhir ini memang menampakkan sangat UMNO Jelebu ini dalam keadaan yang tertekan dan mengelabah tambah Haji Jamlus lagi. Ini ditambah dengan isu pemilikan tanah penduduk Kg. Baru Gatco atau Kg Serampang Indah yang terang-terang telah menolak UMNO dan beralih kepada kepemimpinan PAS untuk memperjuangkan hak mereka. Ini adalah kerana penduduk Kg. Baru Gatco telah dipermainkan oleh UMNO selama 30 tahun. Telah beberapa kali pilihanraya pemimpin UMNO Jelebu telah berjanji dengan penduduk Kg Baru Gatco akan menyelesaikan isu pemilikan tanah mereka, tapi sampai sekarang tidak selesai-selesai lagi. Beliau percaya perkara ini berlaku kerana UMNO tidak ikhlas hendak memperjuangkan hak penduduk Kg. Baru Gatco malah hanya memikirkan kepentingan peribadi mereka sahaja katanya.

Dalam perkembangan yang lain Ustaz Nordin Sahlan Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Jelebu telah mengutuk dengan sekeras-kerasnya tindakan MDJ mengeluarkan surat amaran tersebut kepada PAS Kawasan Jelebu. UMNO memang selalu menggunakan jentera kerajaan untuk kepentingan peribadi mereka katanya. Sepatutnya Majlis Daerah Jelebu tidak boleh menjadi tali barut atau pecacai UMNO katanya, ini adalah kerana MDJ adalah satu agensi kerajaan yang bertanggungjawab kepada rakyat Jelebu tanpa mengira perbezaan kaum, agama ataupun perbezaan pendapat politik katanya lagi. Penubuhan MDJ bukan hanya untuk memberikan perkhidmatan kepada UMNO sahaja tegas beliau lagi.

4 comments:

pasnational_unity said...

Assalamu'alaikum wrh.wbh

Alhamdulillah teruskan perjuangan.Jika boleh dapatkan senaskah buku peraturan or anything berkenaan undang2 Majlis Daerah Jelebu.

Wassalam

shamsul
su bppns

Anonymous said...

assalamualaikum...

nah skrg, nampak x kita semua kenapa DO yg dulu, Hj Hamid ditukarkan ke tempat lain?...

Lebai Janggut said...

Assalamualaikum..

nak buat macamana bang... yang bagi arahan tu kalau orang atas, siapa lagi, dia la MB, bagi arahan selaku ktua kerajaan negeri. Takkan nak tolak tepi.. Kalau dia keluar arahan selaku pengerusi umno, boleh juga buat dengar tak dengar.. apa pun.. tolong buang perkataan 'pecacai' tu buruk sangat.. jangan nanti orang kata kita ni suka sangat maki hamun orang.. tolong ye.. wassalam..

Anonymous said...

tahniah,itu antara tanda-tanda di jelebu gelombang perubahan kian terasa,kian panas kepada BN.rais yatim sendiri sedia maklum sebab baru sangat rasanya poster ceramah s46 ada tertampat merata2 di jelebu.

apa2 pun syabas MDJ kerana bersemangat dlm melaksanakan agenda membersihkan jelebu drpd sebarang poster haram.aku cadangkan DO jelebu tu jadi datuk bandar KL untuk membersihkan KL drpd iklan haram yg berlambak bersepah2 di pokok2,tiang2 lampu,public2 phone,bustop2,trafic light2,dinding2 kedai dll...iklan astro,baiki paip,rumah sewa,tukang urut,baiki rumah,majlis kahwin,kerja kosong,pinjam along dll.KL terlalu serabut dgn poster2 haram ini..

waa...tentu DO jelebu cepat jd menteri kalau berjaya melakukan agenda pembersihan macam ini.

kpd tuan DO terima kasih,anda telah melakukan amanah anda.umno pun kena mintak permit,konsert nyanyian,karaoke pun kena mintak permit.jangan sebelah sini kena ikut peraturan sebelah sana tak payah.anda kena berlaku adil untuk diri anda,isteri anda,anak2 anda sebab gaji anda pun sebahagianya org2 pas jelebu yg tanggung

kepada PAS jelebu syabas dan tahniah.bekerjalah,berusahalah dan berdoa mudah2an ada suara keadilan terpacul daripada DUN jelebu.mungkin juga parlimen jelebu!siapa tahu...

khabarnya PRU mungkin lepas raya cina