Saturday, October 10, 2009

Jamuan Aidil Fitri PAS Jelebu bersama MTD Klawang

Jamuan Aidil Fitri PAS Kawasan Jelebu bersama MTD Klawang telah diadakan pada 27hb September yang lepas dalam keadaan yang cukup meriah dan harmoni. Tetamu jemputan yang telah hadir adalah Hj Mohamad Sabu dan Cikgu Bard. Lebih kurang 300 orang ahli PAS dari seluruh cawangan dalam Jelebu bersama dengan penduduk setempat telah hadir. Majlis telah diadakan di markaz tarbiyah DUN Klawang di Kg Larong.

Dari kiri Hj Jaaman (MTD Klawang), Cikgu Bard, Ustaz Abdul Rahman (Ketua Urusan
Ulamak), Hj Jamalus Mansor (TYDP) dan Hj Zainuddin (Ketua Penerangan)

Tuan Haji Mohamad Sabu dalam ucapan beliau berharap agar ahli-ahli PAS Kawasan Jelebu akan turun beramai-ramai ke Bagan Pinang untuk membantu kempen PAS di sana nanti. Beliau juga mengingatkan ahli PAS bahawa pilihanraya Bagan Pinang amat penting kerana jika PAS dan Pakatan Rakyat berjaya memenangi pilihanraya ini maka proses mengkuburkan UMNO/BN akan berlaku dengan lebih cepat. Ini kerana menurut beliau Bagan Pinang adalah kubu kuat UMNO/BN dan ditambah pula dengan jumlah undi pos yang banyak.

Sebahagian tetamu yang hadir

Cikgu Bard pula menyatakan bahawa banyak tanah-tanah orang Melayu di Rembau terutamanya Tanah Adat telah dirampas oleh UMNO/BN dengan alasan kononnya untuk pembangunan dan dibangunkan. Cikgu Bard menyatakan PKR akan turun padang di Bagan Pinang lebih awal untuk membantu PAS menawan dan merampas kerusi DUN Bagan Pinang dari tangan UMNO/BN

Hj Mohamad Sabu sedang menyampaikan duit raya kepada kanak-kanak


1 comment:

kalawangi said...

assalamualaikum...

kemeriahan Eidul Fitri di Jelebu tetap mekar dalam ingatan...

p/s : MJKK dalam kenangan 2004-2008