Saturday, October 10, 2009

PrK N.31Bagan Pinang :Program Bakar Lemang dan Jamuan Aidil Fitri UPU Taman Eastern

Pada 6 Oktober yang lalu PAS Kawasan Jelebu bersama PAS Wilayah Persekutuan telah menganjurkan program membakar lemang dan seterusnya jamuan Hari Raya Aidil Fitri pada sebelah petangnya di UPU Taman Eastern. Ramai penduduk tempatan telah hadir dalam jamuan Aidil Fitri tersebut.

Pemimpin PAS yang hadir pada awalnya

Pemimpin-pemimpin kanan PAS dan juga calon PAS di Bagan Pinang juga turut hadir. Rendang daging yang diimport khas dari Jelebu juga telah dihidangkan. Ahli-ahli PAS Kawasan Jelebu telah bergotng royong mengisi buluh lemang dan membakar lemang bersama-sama dengan ahli PAS dari Wilayah Persekutuan.

En Omar petugas PAS WP sedang memusing-musingkan buluh lemang


Khemah penuh dan tetamu melimpah keluar semasa jamuan Aidil Fitri


Tetamu dihiburkan oleh juara Akademi Nasyid Kebangsaan

No comments: