Saturday, October 10, 2009

PRK Bagan Pinang (Penamaan Calon)

Hari penamaan calon di Bagan Pinang jatuh pada hari Sabtu 3 Oktober 2009. PAS mengemukakan Saudara Zulkefly Mohamad Bin Haji Omar, Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan yang juga merupakan seorang tokoh korporat dan aktivis masyarakat yang dikenali ramai dan cukup disegani. Manakala UMNO/BN mengemukakan Tan Sri Isa Samad tokoh "Re-Cycle" yang merupakan bekas Menteri Besar N9 dan juga bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang telah digantung jawatan kerana disabitkan dengan "POLITIK WANG" oleh UMNO sendiri.


Lautan Ahli dan Penyokong PAS di hari penamaan calon PrK N.31 Bagan Pinang

Seramai lebih kurang 20,000 orang yang terdiri dari ahli-ahli dan penyokong PAS dari seluruh negara telah datang ke Port Dickson untuk menyatakan sokongan kepada Saudara Zulkefly Calon PAS DUN Bagan Pinang. PAS Kawasan Jelebu juga tidak ketinggalan di mana boleh dikatakan seluruh ahli PAS Kawasan Jelebu telah turun ke Bagan Pinang pada hari penamaan calon tersebut untukmenyatakan sokongan tak berbelah bagi kepada Saudara Zulkefly.

Haji Ismail dan Angah Rohan di hari penamaan calon

Hujan telah turun dengan lebatnya pada pagi tersebut. Namun penyokong PAS tetap tidak berganjak dari kedudukan masing2. Menurut penduduk PD mereka juga hairan kerana telah hampir 3 minggu PD tidak mengalami hujan tiba-tiba pada pagi ini hujan turun dengan lebatnya.

Kumpulan penyokong PAS dari Shah Alam siap dengan gendang dan tabla


Ketua dan Setiausaha Muslimat PAS Kawasan Jelebu


Muslimin PAS Kawasan Jelebu pada hari penamaan calon



Isteri Syamsul dan muslimat dari Jelebu


YB Hj Taufek memberikan ucapan


Lautan ahli dan penyokong PAS dihadapan pintu masuk pusat penamaan calon


3 orang Srikandi PKR yang comel lote turut bersama menghantar calon PAS

1 comment:

kalawangi said...

assalamualaikum wrwb...

kalah tak bererti rebah...menang tak bererti juara...biarkan Isa terjun dgn labu-labunya, biarkan biarkan.....