Saturday, October 10, 2009

PRK Bagan Pinang

28hb Oktober sebaik habis aje jamuan Aidil Fitri PAS Kawasan Jelebu kami telah berkampong di Bagan Pinang bersama dengan YDP Hj Kateran dan Haji Jaaman Abu untuk menguruskan berbagai-bagai perkara untuk menghantar kontigen PAS Jelebu ke Bagan Pinang.

Bilik Gerakan PAS Kawasan Jelebu untuk UPU Taman Eastern PrK Bagan Pinang

PAS Jelebu berjaya mendapatkan sebuah rumah berdekatan Taman Eastern. Rumah tersebut adalah milik Tuan Haji Kassim Tahir mantan Ketua Dewan Ulama PAS NS. 2 buah khemah dan kerusi meja juga disewa daripada Haji Kassim Rembawi untuk kemudahan menjalankan aktiviti pilihanraya seperti poster dan sebagai tempat makan minum.



Kontigen PAS Jelebu mula masuk ke rumah dan melapor diri untuk bertugas bermula dari 29 oktober. Saudara Anif (NYDP) telah membawa perkakas memasak dan alatan dapur. MTD Klawang telah menyumbangkan pinggan mangkuk dan barang2 dapur. Lebih kurang RM4000 berjaya di perolehi daripada ahi-ahli PAS Jelebu dan penyumbang2 untuk belanja makanan dan berbagai keperluan petugas yang lain semasa bertugas untuk PrK Bagan Pinang ini

No comments: