Saturday, October 10, 2009

Banjir Lumpur di Jelebu

Banjir air dan lumpur sedalam kepala lutut telah berlakudi Kg Teriang, Gagu, Sg Legom dan Kg Petaling pada 27hb Ogos 2009 yang lepas. Banyak haiwan ternakan dan harta benda penduduk kampong yang musnah dalam kejadian tersebut.

Seorang penduduk memasak untuk berbuka puasa di dalam air

Saudara Nor Anif (NYDP) dan Saudara Khairul Azidi (Ketua Pemuda PAS Jelebu) telah turun bersama anggota Unit Amal untuk bersama-sama membantu membersihkan rumah penduduk. Pesuruhjaya PAS NS dan YB Taufek serta YDP Jelebu Hj Kateran telah melakukan lawatan ke rumah penduduk yang terlibat.


Kayu-kayu balak yang tersekat pada jambatan

Menurut Hj Kamarulzaman Jakin penduduk Kg Gagu banjir yang berlaku adalah akibat dari tunggul2 balak yang tenggelam di dalam sungai yang menyebabkan air sungai tersekat dan menyebabkan kenaikan paras air sungai. Arus air Sg Teriang yang kuat juga telah menyebabkan empangan air di Sungai Legom telah terputus dan menyebabkan air sungai telah membuat laluan yang baru.


Hj Jaaman memeriksa balak-balak yang di kaut keluar oleh jentolak dari dalam sungai


Empangan air Sg Legom telah terputus dan air sungai mengalr mengikut arah baru


Tidak ada air sungai yang mengalir melalui empangan

1 comment:

kalawangi said...

assalamualaikum...

apo kato gambar2 ni diedarkan di soluruh DUN klawang, dimulakan di 8buah masjid seluruh DUN klawang.

p/s : MJKK dalam kenangan 2004-2008