Saturday, March 29, 2008

UCAPAN TERIMA KASIH DARI CALON PAS N.04 KLAWANG

16 Mac 2008 Kuala Klawang - Majlis Tindakan DUN (MTD) Klawang telah mengadakan kenduri kesyukuran dan sambutan Maulidur Rasul di Markaz MTD Klawang Kg Larong pada 15hb Mac 2008 hari sabtu yang lalu. Kenduri ini diadakan sempena meraikan petugas-petugas MTD Klawang yang telah berusaha bersungguh-sungguh tanpa mengenal penat lelah untuk memenangkan calon PAS Saudara Saiful Bahri Bin Jaaman yang bertanding di DUN Klawang pada pilihanraya umum ke-12 yang lalu. Ceramah Maulidur Rasul pada malam tersebut telah disampaikan oleh Ustaz Suhaimi Bin Kassim iaitu Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Seremban.

Program ini telah dihadiri oleh seramai 200 orang petugas dan penyokong PAS di MTD Klawang. Dalam ucapan beliau Saudara Saiful Bahri Bin Jaaman Calon PAS di N.04 Klawang telah mengucapkan ribuan terimakasih kepada Pengarah MTD Klawang Tn Hj Hassan dan seluruh AJK MTD Klawang serta kepada seluruh petugas-petugas PAS MTD Klawang yang telah bekerja dengan bersungguh-sungguh sepanjang kempen pilihanraya untuk memenangkan PAS. Saudara Saiful Bahri juga mengucapkan terimakasih kepada seluruh pengundi-pengundi di DUN Klawang yang telah keluar mengundi pada hari tersebut dan juga mengucapkan terimakasih kepada seluruh pengundi-pengundi yang telah mengundi beliau.

Menurut Saudara Saiful petugas-petugas PAS telah menunjukkan semangat yang tinggi sepanjang tempoh berkempen. Petugas-petugas juga menunjukkan sikap muafakat, kerjasama dan gotong royong yang baik semasa menjalankan tugasan yang diberikan seperti berkempen, merayu undi, memasang poster, masak memasak dan lain-lain tugasan. Sepanjang tempoh 13 hari berkempen tersebut jentera MTD Klawang benar-benar bergerak dengan cergas kata Saudara Saiful lagi.

Saudara Saiful juga mengucapkan terimakasih kepada tuan-tuan guru dan aktivis-aktivis PAS yang telah datang dari luar Jelebu untuk membantu berkempen dan berceramah di DUN Klawang. Antara yang berkesempatan hadir ke Klawang adalah Tuan Guru Ustaz Hj Kassim (Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri Sembilan), Ustaz Munzir (AJK Dewan Ulamak PAS NS), Ustaz Rahim (Mantan TPJ PAS NS), Ustaz Ali Hanafiah (Pendakwah PAS), Ustaz Jaafar (Mantan Calon Parlimen Jelebu), Ustaz Khairil Anwar Wafa (Ketua DPP Rasah) dan Ustaz Khairul Anuar (Ketua DPP Tampin). Saudara Hishamuddin Sulaiman (Mantan Ketua Pemuda PAS NS) dan juga Tuan Haji Ibrahim (Mantan Pengerusi PKR NS) juga telah hadir untuk berceramah di DUN Klawang dan memberikan sokongan padu kepada Saudara Saiful Bahri.

Akhirnya Saudara Saiful Bahri juga mengucapkan terimakasih kepada petugas-petugas dan aktivis-aktivis PAS yang duduk di luar Negeri Sembilan seperti di Kuala Lumpur, Kajang, Keluang dan Kelantan yang sanggup balik kampung untuk membantu jentera pilihanraya MTD semasa berkempen dan juga pada hari mengundi. Ini lah semangat jitu dan muafakat yang di tunjukkan oleh petugas-petugas MTD Klawang.

Blog PAS Kawasan Jelebu : http://pasjelebu.blogspot.com

5 comments:

Anonymous said...

assalamualaikum wrwb...

alhamdulillah dan syukran jazilan kepada semua tenaga kerja PAS di seluruh Parlimen Jelebu dan DUN-DUN khususnya DUN Klawang.

pun begitu, kerja kita perlu diteruskan untuk memastikan DUN Klawang juga dimenangi oleh calon PAS seperti di DUN Paroi.

DUN Klawang ada potensi untuk dimenangi oleh PAS dengan syarat lebih banyak cawangan PAS dan PKR ditubuhkan di kawasan DUN Klawang.

apa yang diperhatikan, kelihatan seolah-olah PAS tiada cawangan di kawasan DUN Klawang.ahli-ahli dan akvitis-aktivis PAS perlu lebih mesra dengan ahli jemaah masjid-masjid di kawasan DUN Klawang ini(walaupun rata-rata AJK masjid-masjid ini orang UMNO).kita juga perlu 'personal contact' dengan rakyat pada setiap masa dan bukan semasa mood PRU shj. contohilah YB Ustaz Taib yang sentiasa rapat dengan penduduk Baling pada setiap masa.

harap pandangan ikhlas saya dicernakan untuk kemenangan PAS di DUN Klawang pada PRU akan datang.

syukran wassalam.

Lebai Janggut said...

Benar seperti komen pertama, teruskan gerak kerja. DUN Klawang boleh dimenangi PAS. Cuma kehadiran PAS, bukan sahaja di Klawang, bahkan di seluruh Negeri Sembilan, masih kurang menampakkan impaknya.

Perlu kita ingat, bahawa fenomena kali ini terjadi adalah disebabkan meningkatnya sokongan bukan Melayu ke atas BA. Contohnya dalam kiraan undi di kawasan majoriti cina seperti di Titi dan Petaling, calon BA mendapat undi yang tinggi dan meresahkan BN.

Namun kita harus mampu mengagak, bahawa fenomena ini tidak akan berpanjangan kerana BN akan punya banyak masa untuk melaksanakan tindakan pembetulan. Kita tak boleh hanya semata mengharapkan kepada gelombang seperti ini yang amat jarang-jarang berlaku.

PAS perlu memperkukuhkan kedudukannya, banyak lagi cawangan perlu ditubuhkan, banyak program perlu disusun, banyak 'public appearance' perlu diwujudkan.

Bukan setakat kenduri kesyukuran, ceramah atau pengedaran risalah, tetapi perlu disertakan dengan tindakan seolah 'kempen sampingan'.

Sebarkan pengetahuan seluasnya kepada ahli terutama AJK. Supaya segala gerak-geri dan perlakuan harian kita seharian menjadi sebagai satu bentuk kempen. Semasa bersembang, minum kopi, membeli barangan harian, bertemu sapa dan apa sahaja aktiviti samada rasmi atau tidak, berbentuk kepartian atau personal perlu diselitkan dengan agenda perjuangan.

Banyakkan berbicara soal politik, perjuangan dan isu semasa. Dekatkan diri dengan orang awam walaupun kita tahu orang itu UMNO totok...

Teruskan.. Selamat berjuang...

Anonymous said...

Assalamualaikum semua...

Rata-rata di Parlimen Jelebu kita masih mempunyai orang-orang TUA yang begitu "koreh" hatinya utk memangkah Dacing, umpamanya di Peti Undi Saluran 1 (Bil=350 orang) Kampung Petaseh, jumlah yang keluar mengundi adalah 275 orang. Yang mengundi BN (Parlimen) adalah seramai 203 orang, dan PAS dapat 57 sahaja (15 undi rosak). Manakala utk DUN, BN dapat 195, PKR 70, rosak 10. Di Kg Petaseh ada 2 Saluran mengundi sahaja di mana jumlah penggundi adalah seramai 719 org.

Untuk makluman, lebih kurang 200 penggundi kategori muda tidak pulang mengundi kerana mungkin faktor telah ”confirm” kalah kepada BN telah sedia ada di hati mereka.
Jadi, rata-rata BN dapat undi lebih kurang 74 % dari pengundi TUA yang hati dah keras kering mengundi BN.

Ini menunjukkan trend yang mana org TUA masih taat setia bersama BN di majoriti kawasannya Melayu di N.Sembilan. Tanpa adanya usaha utk melembutkan hati org-org pencen ini, kita akan menghadapi masalah utk memenangi kawasan tersebut kerana faktor penambahan penggundi baru tidak dapat mengatasi jumlah pengundi veteran ini. Org-org muda pula lebih cenderung untuk mendaftar di kawasan tempat mereka bekerja, yakni di kawasan bandar. Oleh itu, satu pendekatan atau program baru perlu kita ambil untuk mengatasi masalah ini.

Oleh kerana pengundi TUA adalah ”grassroot”, mereka adalah ”emas” yang perlu dimenangi.Para calon yang tewas dan yang mereka yang ingin bertanding PRU-13 nanti, perlu memandang serius atas faktor orang-orang Tua ini. Mereka perlu memenangi hati dan perasan pengundi veteran ini yang telah begitu lama setia dan sinonim dengan UMNO dan BN... dimana, mereka akan terus memangkah BN walaupun calon yang diketengahkan itu telah "EXPIRED" atau "REJECT" atau tidak ada "track record" yang cemerlang dan yang boleh dibanggakan seperti TB Yunus Rahmat.

So, tahniah YB Yunus Rahmat yang telah menang kerana org-org Tua nie...
Harapnya....”Cemerlang, Gemilang......dan akan terus Terkelentang” nanti....

Jadi, kita perlu menyakinkan para penggundi kelas veteran ini supaya menukar haluan. Oleh itu, program-program bersama masyarakat kampung perlu dimulakan sekarang dan bukannya menunggu masa dah begitu dekat dengan PRU-13 baru nak masuk kampung.

MARI KITA SAMA-SAMA MENGHIDUPKAN PAS ......;

UNTUK MENCAPAI KECEMERLANGAN DI DUNIA, DAN KEBAHAGIAN DI AKHIRAT...

Wasallam.

Poji Jolebu.

Anonymous said...

yer...spt mana yg saya katakan dalam post yg pertama tadi bahawa perlunya personal contact yg berterusan antara calon Pakatan Rakyat dengan pengundi-pengundi khususnya di saluran 1&2.

memang benar YB Yunus Rahmat bukanlah calon yg benar2 hebat malah sebenarnya jika strategi PAS betul dlm PRU baru2 ni, angahcipoi boleh menang.

namun janganlah mudah berputus asa, pd pendokong2 Pakatan Rakyat di Jelebu, kami doakan nanti Parlimen Jelebu dan DUN-DUN klawang,pertang,lui dan chennah semuanya kepunyaan PR dalam PRU akan datang.

amin...

angahcipoi said...

Assalamualaikum Wr. Wbt.
Terimakasih atas semua komen yang membina ni.Isyallah pas jelebu akan terus bergerak dan berkempen sepanjang masa untuk menerbitkan permata kemenangan untuk Pakatan Rakyat di Jelebu