Saturday, March 29, 2008

PAS JELEBU ADA KAN KENDURI KESYUKURAN

JELEBU, 30 Mac 2008 – Cawangan-cawangan PAS dan MTD-MTD di Kawasan Jelebu sibuk mengadakan kenduri kesyukuran di sepanjang bulan Mac ini iaitu selepas pilihanraya umum ke-12 selesai. Kenduri kesyukuran ini di adakan untuk meraikan petugas-petugas PAS yang bekerja siang dan malam dalam usaha untuk memenangkan calon-calon PAS di Jelebu pada PRU ke-12 yang lalu.Di mulai dengan MTD Sg Lui yang mengadakan kenduri kesyukuran di Markas PAS Felda Lui Barat pada 12 Mac 2008. Di fahamkan hampir seluruh jentera MTD Sg Lui telah hadir dalam majlis tersebut. Saudara Norman Ipin calon Parlimen dan juga Haji Kateran Marman calon PAS DUN Sg Lui turut hadir bersama.

Diikuti oleh PAS MTD Klawang yang mengadakan kenduri kesyukuran dan sambutan Maulidur Rasul pada 15 Mac 2008 iaitu hari sabtu. Timbalan YDP PAS Kawasan Jempol Cikgu Majid turut hadir, untuk sama-sama meraikan petugas Klawang. Majlis pada malam tersebut turut dihadiri oleh petugas-petugas PAS dari MTD Sg Lui dan juga MTD Pertang. Pada malam yang sama PAS Cawangan Pasoh 2 juga turut mengadakan kenduri kesyukuran bagi meraikan petugas-petugas PAS di sana.

PAS Cawangan Lui Selatan juga turut mengadakan kenduri kesyukuran dan ceramah umum pada 17hb Mac iaitu hari Isnin. Ceramah disampaikan oleh Ustaz Wan Azhar, Ketua Penerangan PAS Kawasan Jempol. Sambutan dari penduduk Kg Getco sangat menggalakkan. Kaum India Kg Getco telah beramai-ramai hadir untuk kenduri tersebut dan bersama-sama dengan ahli PAS untuk mendengar ceramah Ustaz Wan Azhar. Dua ekor kambing telah disembelih untuk majlis pada malam tersebut. Pengarah MTD Sg Lui Saudara Yunus Yahya, Cikgu Jaaman Abu YDP Jelebu dan Saudara Saiful calon PAS Klawang turut hadir dalam majlis tersebut.

Pada 21hb Mac hari Jumaat PAS Cawangan Kg Geylang Pertang juga telah mengadakan kenduri. Majlis ini di sertai bersama oleh calon PKR untuk DUN Pertang Saudara Halim, calon PAS Klawang Saudara Saiful dan Hj Kateran calon PAS Sg Lui. Tazkirah pada malam tersebut telah disampaikan oleh YDP PAS Kawasan Jempol Ustaz Ramli. Ketua PAS Cawangan Kg Geylang dalam ucapan beliau yang penuh semangat pada malam tersebut menyatakan PAS Cawangan Kg Geylang akan terus bergerak dan bersiap sedia pula untuk menghadapi PRU-13. Saudara Halim dalam ucapan beliau menyatakan kerjasama erat antara PAS-PKR di DUN Pertang dalam menghadapi pilihanraya ke-12 itu telah menggusarkan jentera BN di Pertang. Saudara Halim mengucapkan terima kasih pada seluruh jentera PAS-PKR di DUN Pertang.

Pada hari Sabtu 22hb Mac PAS Cawangan Pasoh 3 telah mengadakan kenduri kesyukuran dan sambutan Maulidur Rasul di rumah Saudara Yusuf. Sambutan dari seluruh petugas PAS Pasoh 3 sangat lah menggalakkan. Ustaz Ramli YDP Jempol dalam tazkirah beliau menyatakan beliau terperanjat kerana Pasoh 3 mempunyai ahli dan penyokong PAS yang ramai. Beliau berharap ahli-ahli dan AJK PAS Pasoh 3 akan terus istiqamah dalam perjuangan PAS. Saudara Saiful calon PAS Klawang dalam ucapan beliau mengucapkan terima kasih kepada petugas-petugas PAS Pasoh 3 yang turut hadir di Klawang untuk memberikan sumbangan tenaga dan wang ringgit bagi membantu beliau sebagai calon. Petugas PAS Pasoh 3 juga turut membantu Norman dalam mengira undi bagi Parlimen di DUN Chennah. Ini lah sumbangan dan pengorbanan yang tidak dapat dinilai dengan ukuran wang ringgit menurut Saudara Saiful lagi. PAS Cawangan Pasoh 3 turut menyumbangkan 2 ekor kambing untuk majlis pada malam tersebut.

Blog PAS Jelebu : http://pasjelebu.blogspot.com

3 comments:

Anonymous said...

utk ke ribuan kalinya lagi syukur kpd ALLAH,tahniah atas kejayaan BR menyedarkan tido nan panjang ameno dan syabas utk team BR yg kerja tak cukup masa,tanpa upah yg setimpal,sanggup mengeluarkan apa saja bantuan utk tujuan murni - menumbangkan parti/calon yg kotor lg mengotorkan!(selamanya menderhaka kpd agama bangsa dan negara) sedia maklum perjuangan ini baru saja bermula,pembersihan tapak baru bermula.masih banyak kerja menanti dihadapan.kpd wakil calon yg tewas anda perintis sinar jelebu.sdr halim,norman ipin dan lain2,sebetulnya anda tidak tewas tetapi belum masa utk menang,justeru org muda kena kuat,istiqamah,perlu ada matlamat yg betul.janji kpd diri sendiri yg haq itu akan pasti akan muncul. dan kena percaya segala kerja mesti meletakkan undang2 ALLAH dihadapan baru kita selamat.disamping menuntut pelbagai pengorbanan,berhadapan tekanan dan seribu kemungkinan -kalian semua amat kami sanjungi...lawan tetap lawan.
ayuh selepas meraikankan kejayaan susun semula saf kepimpinan,gerak kerja perlu diatur,cari seberapa ramai ahli dan tubuhkan cawangan,postmotem bermula dari peti undi hinggalah ke peringkat DUN dan parlimen.kemudian cari dana,buat aktiviti,kekerapan ceramah,majlis dialog terbuka antara kaum,PBT,polis,rela dan sbgnya.buat deklarasi kerjasama politik antara BR (Pas,PKR dan DAP)tubuhkan pasukan anak perantau jelebu.
selangkah saja lagi...yakinlah selepas rais tiada dicampur dengan kelaku ameno masih ganas menjarah hak rakyat jelebu akan memihak kpd BR.

su-kj said...

Salam bra Saiful,

waa...smart lah u punya blog. ada gambar ayah ibu lagi.

bila aku tengok gambar mu ingatkan cikgu besar mana?

hehehe jgn marah na.

Anonymous said...

moga ini adalah permulaan kepada kemenangan yang akan tiba dalam PRU akan datang.

amin....