Wednesday, April 8, 2009

Bukit Gantang

Duduk dari kiri Hj Kateran (YDP Jelebu), Tuan Guru Hj Mohamad (Timbalan Mudir
Pondok Pasir Tumboh), Ayahanda Hj Jaaman, Tuan Rumah ketika di Kg Jaha.

PAS Kawasan Jelebu telah menghantar seramai lebih kurang 30 orang petugas pilihanraya di Bukit Gantang.Terdapat petugas dari Cawangan Lui Muda, Cawangan Kg Gelang, Pasoh 2, Pasoh 1 dan juga petugas dari MTD Klawang (Cawangan Bandar Klawang dan Cawangan Batu Serambai).Saya, Hj Kateran (YDP) dan Sdra Haris sampai di Bukit Gantang pada 6 April (Isnin) jam 6 pagi. Kami bergerak dari Jelebu setelah selesai mesyuarat AJK PAS Kawasan di rumah Hj Kateran pada malam tersebut.
Di Tol Changkat Jering telah kelihatan poster YB Nizar dan berbagai banner yang bergantungan. Kami sampai di Markas Gerakan PAS Negeri Sembilan jam 7.30 pagi selepas bersarapan di Pekan Taiping bersama petugas dari Jelebu Saudara Aibun, Raniman dan abangnya yang kebetulan kami jumpa di Masjid semasa solat subuh.

Sdra Zulkefly (PJN9) mendahului program merayu undi di Kg Jaha

Antara tugasan yang sempat kami lakukan bersama dengan kontigen N9 di sana pada hari Isnin tersebut adalah antaranya merayu undi di Kg. Jaha dan juga di Kg. Perak. Keesokan harinya iaitu hari mengundi 7 April kami bertugas di UPU Manggala iaitu di SK Matang bersama dengan Ustaz Zakaria Khalim dari Kawasan Tampin. Selain itu saya juga di tugaskan mengangkut pengundi dan menjadi pemerhati untuk mengambil gambar2 di pondok2 panas dan kawasan tempat mengundi.


Petugas N9 berehat sementara di Kg Jaha



Harris (LOBO) tekun mendengar taklimat di Markaz Kontigen PAS N9


Hari mengundi Hj Kateran (YDP Jelebu) & Raniman (AJK Caw Kg Gelang, Pertang)
di UPU Manggala (SK Matang)


Saya bersama En Ramal (AJK PKR Bkt Gantang) berada di depan kuil Hindu di
Matang Estet sedang menunggu pengundi untuk di angkut


Ust Wan Azhar, Hj Jamalus, Sahabat dari Permatang Pauh & Anif di depan Markas
PAS N9

Sunday, April 5, 2009

Assalamualaikum

Assalamualaiku Wr. Wbt.
Jumpa semula kita setelah dah lama aku tak dapat nak blogging atas sebab-sebab persendirian. Insyallah lepas ni tiada halangan lagi.Itu hari aku tak ada laptop dan tak dapat nak akses internet.Insyallah lepas ni semua dah setel dan aku dapat menyampaikan maklumat PAS Jelebu semula kepada sahabat2 yang ternanti2 maklumat atau berita2 PAS di Daerah Jelebu.
Dato' Rais pun dah tak dapat nak jadi Naib Presiden UMNO maka PAS Jelebu pun ingin mengucapkan takziah kepada Dato Rais atas usaha beliau untuk jadi orang no 3 dalam UMNO Malaysia.
Aku dengar dari Siak Masjid Jamek Jelebu baru-baru ini ada buat solat hajat di Kg Gagu nak mohon kemenangan Dato' Rais dalam pertandingan tersebut. Tapi ALLAH SWT maha besar lagi maha berkuasa, kalau dah macam2 usaha di lakukan tapi ALLAH tak nak bagi monang nak buek camno kan Dato'.Maka redho aje lah.
Ok lah hari ni 5/4 lepas mesyuarat AJK PAS Kawasan Jelebu nanti Insyallah aku akan turun ke Parlimen Bukit Gantang dengan Hj Kateran dan Tuan Syed Alias untuk membantu kempen pilihanraya dan calon kita PAS Dato' Sri Nizar.
Kami semua di PAS Kawasan Jelebu mendoakan Dato' Sri Nizar akan menang dan sekali gus mengajar BN supaya lebih beradab sopan dan jangan main rampas2 aje.Kita ni semua sama makhluk manusia ciptaan ALLAH SWT yang Maha Besar.Kalau kita mati semua nya akan dimakan ulat,cacing dan segala yang ada dalam tanah tersebut. Malah yang lebih teruk lagi kita akan ditanya akan perbuatan-perbuatan kita selama hidup di dunia. Maka tak ada siapa yang lebih besar kuasa nya didunia ini. Hanya ALLAH yang Maha Berkuasa. UMNO dan BN di Bukit Gantang mesti di ajar tata susila dan adab budaya timur. Maka dengan itu kita turun ramai2 membantu jentera PAS dan kita akan LAWAN HABIS-HABISAN UNTUK MEMENANGKAN PAS DAN DATO' SRI NIZAR DI PARLIMEN BUKIT GANTANG. INSYALLAH....

Tuesday, September 30, 2008

MTD Klawang Sampaikan Sumbangan Kepada Warga Emas dan OKU Sempena Kedatangan Syawal

Pada 21 dan 22 hb September yang lalu PAS MTD Klawang telah menjelajah di sekitar DUN Klawang untuk menyampaikan sumbangan derma berupa wang ringgit dan makanan asas kepada warga emas dan OKU yang menetap di sekitar DUN Klawang. Rombongan menjelajah ini di ketuai oleh Tuan Hj Jaaman Abu. Antara yang turut serta dalam jelajah tersebut adalah H j Zainuddin Hassan (Timb Pengarah 1 MTD), En Jawa (Bendahari PAS Jelebu), Sdra Saiful Bahri (S/U MTD Klawang), Hj Razak, Angah Rohan, Puan Zainon serta lain2 AJK MTD.

Cikgu Jaaman menyampaikan sumbangan kepada En Abu Bakar Baginda
di Kg Pianggu.

Dalam ekspedisi tersebut sebanyak 22 sumbangan telah dapat di sampaikan demi untuk membantu memberikan sedikit sinar keceriaan kepada warga emas dan golongan OKU untuk merayakan bulan Syawal yang kian menjelang. Dalam keadaan yang serba dhaif dan tiada daya upaya golongan ini masih dapat mengukirkan senyuman menerima sumbangan daripada PAS MTD Klawang. PAS MTD Klawang berharap dengan sumbangan yang tidak seberapa ini dapat membantu meringankan sedikit bebanan perbelanjaan yang ditanggung oleh golongan ini dalam merayakan Syawal.

Puan Zainon Bendahari HELWA MTD Klawang menyampaikan sumbangan pada
Puan Roziah Halim di Kg Bukit, Ulu Jelebu.


Cikgu Jaaman & Pakcik Jawa sedang berbual dan bertanya kan khabar dengan
En Abu Bakar Baginda.

Sdra Saiful menyampaikan sumbangan kepada Puan Ariah di Bandar Tinggi.




Angah Rohan, Nazri dan Saiful bersama seorang warga tua di Kg Kuala Pah.


Hj Razak (kanan) bersama dengan ayah adik Norhanim ketika menyampaikan
sumbangan kepada adik Norhanim di Kg Purun.


Adik Norhanim yang berusia 12 tahun bersama nenek beliau Puan Saodah Rashid.
Adik Norhanim cacat setelah mengidap demam panas.


http://orangklawang.blogspot.com/

MTD Klawang Edar Bubur Lambuk

20 September 2008, Kuala Klawang :
PAS MTD Klawang dengan kerjasama AJK dan ahli-ahli PAS di DUN Klawang telah bergotong royong memasak dan mengedarkan bubur lambuk di Bazar Ramadhan Pekan Kuala Klawang pada hari Sabtu 20 Ramadhan 1429 yang lalu. Program memasak bubur lambuk ini telah di adakan di Markaz MTD Klawang di Kg. Larong.

AJK MTD dari kiri Nazri, Wak Hassan, Hj Ismail, Hj Mat Tan dan Hj Razak sedang
bergotong royong membungkus bubur lambuk untuk di edarkan.

Sebanyak 300 bungkus bubur lambuk telah berjaya diedarkan. Respon dari orang ramai sangat menggalakkan dan dalam masa 15 minit sahaja seluruh bubur lambuk telah dibahagi-bahagikan kepada orang ramai di situ.

Sdra Saiful (S/U MTD) memberikan bubur lambuk kepada seorang pengunjung
Bazar Ramadhan tersebut

Menurut Tuan Hj Zainuddin (NYDP PAS Kawasan Jelebu) ini lah kali pertama program seperti ini di adakan oleh PAS di Daerah Jelebu ini. Program seperti ini patut di adakan oleh MTD-MTD PAS yang lain dalam Kawasan Jelebu ini kata beliau. Dengan adanya program seperti ini PAS akan berada lebih dekat di hati masyarakat menurut beliau lagi.

Masyarakat Tionghua juga tidak ketinggalan, turut di berikan bubur lambuk.


Hj Zainuddin (NYDP PAS Jelebu) turut datang membantu membungkus bubur
lambuk di Markaz MTD Klawang.

Sdra Mazlan dan AH LENG (Kelab Penyokong PAS Jelebu) memberikan bubur lambuk
kepada 2 orang peniaga yang berniaga di Bazar Ramadhan tersebut.

http://orangklawang.blogspot.com/

Saturday, September 27, 2008

Majlis Iftar Bersama YB Timbalan Presiden PAS

Pada 13 September 2008 (Sabtu) yang lalu PAS Kawasan Jelebu telah mengadakan satu majlis Iftar bersama YB Timbalan Presiden PAS Ustaz Nasaruddin Mat Isa bertempat di rumah Tuan Haji Kateran Bin Marman (Pemangku YDP PAS Jelebu) di Felda Pasoh 1, Simpang Pertang. Walaubagaimana pun atas sebab2 yang tidak dapat di elakkan YB Timbalan Presiden tidak dapat hadir ke program yang telah di tetap kan tersebut. Beliau telah mewakilkan Ustaz Abu Bakar Chik (AJK PAS Pusat) untuk menggantikan beliau.

Ustaz Abu Bakar Chik sedang menyampaikan ceramah

Majlis bermula seawal jam 6.45 petang di mulai dengan Tazkirah Ramadhan serta berbuka puasa dan diikuti oleh solat isya' dan tarawih. Majlis berakhir pada jam 11.45 malam dengan ceramah oleh Ustaz Abu Bakar Chik. Seluruh AJK PAS Kawasan Jelebu serta MTD-MTD dan Cawangan2 di Jelebu telah hadir beramai-ramai ke majlis tersebut. Saudara Zulkefly Mohamad Omar Pesuruhjaya PAS NS dan juga Saudara Shamsul Kamal Idris Setiausaha BPPNS telah turut hadir bersama.

Saudara Zulkefly Mohamad PJNS menyampaikan sumbangan

Dalam majlis tersebut Saudara Zulkefly telah menyampaikan sumbangan berupa beras dan barang2 makanan yang lain daripada BPPNS kepada Tuan Haji Kateran dengan tujuan untuk di sampaikan kepada individu2 yang perlukan bantuan di Jelebu sewaktu musim perayaan ini.

AJK PAS K.Pilah Tn Hj Mat Som sedang menikmati juadah morey selepas tarawih


Hj Kateran sibuk menyediakan makanan

Sebahagian tetamu dan AJK PAS yang hadir sedang mendengar ceramah.

http://pasjelebu.blogspot.com/

Friday, September 5, 2008

Kembali nya Seorang Pejuang

AL-FATIHAH untuk Saudara Yunus Yahya Pengarah MTD Sg Lui yang telah kembali ke rahmatullah pada pagi 3 September 2008 / 3 Ramadhan 1429 (Rabu)

Saudara Yunus Yahya adalah seorang yang kuat memperjuangkan PAS di Kawasan Jelebu. Beliau adalah Pengarah MTD Sg Lui dan juga AJK PAS Kawasan Jelebu. Sebelum ini pada zaman Cikgu Mansor Khaliwon menjadi PJ N9 beliau pernah memegang jawatan sebagai YDP PAS Kawasan Jelebu.Orang lama dan pejuang yang hebat dalam PAS Jelebu. Kritikan dan saranan beliau dalam tiap-tiap Mesyuarat Agong PAS Kawasan Jelebu biasa nya adalah untuk membawa kebaikan dan pembaharuan kepada PAS Kawasan Jelebu itu sendiri.

Beliau sempat menghadiri Muktamar PAS Kali ke-54 yang di adakan di Ipoh baru-baru ini sebagai pemerhati. Dalam PRU-12 baru-baru ini arwah berusaha keras membantu calon PAS Hj Kateran Marman yang bertanding di DUN Sg Lui dan Saudara Norman Ipin yang bertanding Parlimen Jelebu.

Jenazah beliau di kebumikan di makam Felda Lui Timur. Solat Jenazah beliau telah di imamkan oleh Ustaz Esa Jaafar Ketua Urusan Ulamak PAS Jelebu dan hampir 200 orang telah hadir untuk solat jenazah tersebut yang di adakan di Masjid Felda Lui Timur.

PAS Kawasan Jelebu merakam ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham dan berdoa semoga roh Allahyarham di tempat kan bersama orang-orang yang saleh.

AL-FATIHAH....

Friday, August 29, 2008

Permatang Pauh - Hari Mengundi

Sehingga pagi hari Ahad 24 Ogos 2008 seramai 74 orang petugas N9 telah melaporkan diri di UPU Cross Street 2. Sehingga pada pagi hari mengundi sejumlah 120 orang petugas PAS N9 telah pun berada di UPU Cross Street 2. Ada yang datang dengan keretapi dan sampai pada pagi hari mengundi dan ada juga yang sampai pada malam sebelum mengundi. Ustaz Mustapa Dolah dan Saudara Ali telah datang dari Seremban menaiki keretapi dengan rombongan seramai 11 orang dan tiba di UPU Cross Street pada pagi hari mengundi. Saudara Zul Sg. Buluh telah sampai dengan rombongan petugas dari DUN Paroi. Hj Razak dan Abang Karim juga telah datang dari Jelebu dengan membawa petugas tambahan dari MTD Klawang. Boleh dikatakan petugas N9 telah berjaya meramaikan petugas Pakatan Rakyat di Cross Street 2 pada hari mengundi tersebut. Ini telah menambahkan semangat petugas N9 yang telah sedia ada di sana.

PJ N9 Sdra Zulkefly, Pak Andak Ad dan Taufek pagi2 lagi telah berada di Bilik Gerakan
untuk menentukan semuanya berjalan lancar.

Ramai pemimpin kanan Pakatan Rakyat telah singgah di UPU Cross Street 2 untuk memberikan semangat kepada petugas selain dari menanyakan tentang situasi perjalanan pengundian di UPU Cross Street 2. Antara pemimpin yang telah datang ke Bilik Gerakan Cross Street 2 pada hari mengundi tersebut adalah YB Hamdan ADUN Permatang Pasir, YB Mujahid Yusuf Rawa dan YB Tian Chua. YB Tian Chua sempat merakamkan ucapan terima kasih kepada semua petugas N9 yang telah datang dari jauh untuk membantu kempen DSAI. Petugas-petugas N9 juga telah mengambil kesempatan untuk bergambar dengan YB Tian Chua.

YB Hamdan ADUN Permatang Pasir telah singgah di Bilik Gerakan UPU Cross Street 2
untuk mengetahui perkembangan perjalanan pilihanraya.

Pada jam 12.00 tengahari hasil dari lapuran dalaman UPU Cross Street 2 mendapati hanya 50% pengundi Cina yang telah keluar mengundi.Terdapat ramai lagi yang masih belum keluar mengundi. Maklumat yang diperolehi mengatakan pengundi Cina telah disekat untuk keluar pengundi oleh petugas BN, kerana BN tahu pengundi ini adalah pengundi tegar DSAI.
Hasil gerakan kilat petugas tempatan diketuai oleh Pak Andak Ad dan Taufek beberapa pasukan telah dihantar untuk menjemput dan menghantar pengundi Cina tersebut ketempat pengundian dijalankan.

YB Tian Chua melawat Bilik Gerakan UPU Cross Street 2.

Pada jam 5.00 petang beratus petugas juga telah dihantar ke pintu masuk Sekolah Agama Masriyah apabila tersebar sms yang mengatakan tempoh pengundian akan dilanjutkan sehingga jam 6.00 petang. Pesuruhjaya PAS N9 yang berada di pintu masuk Sekolah tersebut menyatakan walau apa pun yang terjadi tempoh mengundi mesti tamat pada jam 5.00 petang dan beliau telah mengarahkan petugas menahan kenderaan atau orang yang cuba masuk atau keluar dari Sekolah tersebut selepas jam 5.00 petang.

Akhirnya pada jam 6.30 petang keputusan pengiraan undi di Sekolah Agama Masriyah telah diterima dengan keputusan DSAI telah menang dengan mendapat perbezaan majoriti sebanyak 1,234 undi. Walaupun keputusan tersebut bukan lah keputusan resmi tetapi ia telah cukup untuk mengembirakan petugas PAS N9 dan juga menggegarkan "Balai Islam" Kg. Paya dengan laungan Takbir dan REFORMASI. Seorang petugas PR berbangsa Tionghua yang berada di gerai minum bersebelahan Bilik Gerakan UPU Cross Street 2 telah membelanja setiap orang yang makan dan minum di gerai tersebut sebagai meraikan kemenangan DSAI.