Monday, August 11, 2008
PAS Jelebu hantar Perwakilan ke Muktamar dan Petugas ke Permatang Pauh
Perwakilan PAS Kawasan Jelebu akan diketuai oleh Pemangku YDP PAS Kawasan Jelebu Tuan Haji Kateran Bin Marman. Antara perwakilan yang lain adalah :-
1) Tuan Haji Zainuddin Bin Hassan - Naib YDP Kawasan Jelebu
2) Tuan Hj Jamalus Bin Mansor - Ketua Penerangan PAS Kawasan Jelebu
3) Sdra Saiful Bahri Bin Jaaman - Setiausaha PAS Kawasan Jelebu
4) Sdra Nor Anif Bin Selamat - Penolong Setiausaha PAS Kawasan Jelebu.
Para perwakilan ini akan berada di Ipoh sehingga ke hari Ahad untuk mengikuti perjalanan dan perbahasan muktamar tersebut.
Selain dari itu PAS Kawasan Jelebu juga akan menghantar petugas pilihanraya untuk membantu kempen pilihanraya Pakatan Rakyat di Permatang Pauh. Sehingga hari ini seramai 8 orang telah mendaftarkan diri untuk bertugas di Permatang Pauh. Jumlah ini mungkin akan meningkat lagi kerana masih banyak lagi cawangan-cawangan PAS di Kawasan Jelebu yang masih belum dapat mengesahkan kehadiran ahli-ahli cawangan mereka untuk bertugas di Permatang Pauh.
Walaubagaimana pun ahli-ahli PAS Kawasan Jelebu yang ingin turut sama menyumbangkan tenaga untuk membantu kempen pilihanraya Pakatan Rakyat khususnya DSAI di Permatang Pauh, boleh mendaftarkan nama, no. I/C serta nombor hp dengan Sdra Saiful Bahri Setiausaha PAS Kawasan Jelebu melalui sms ke hp nombor 019-617 4178
Yang benar,
Saiful Bahri Bin Jaaman
Setiausaha
PAS Kawasan Jelebu
Friday, August 8, 2008
USRAH PAS KAWASAN JELEBU
Tarikh : 9/8/08 (Sabtu)
Masa : 7.00 malam (Solat maghrib bersama)
Tempat : Rumah Haji Kateran Bin Marman
Pasoh 1.
Naqib : Ustaz Mohd Esa Bin Jaafar
Ketua Urusan Ulamak PAS Jelebu
Semua AJK PAS Kawasan Jelebu, AJK Dewan Muslimat dan Dewan Pemuda Kawasan Jelebu, Ketua dan AJK PAS Cawangan-cawangan adalah di jemput hadir.
Yang benar,
Saiful Bahri Bin Jaaman
S/U
Monday, August 4, 2008
KONVENSYEN PAS NEGERI SEMBILAN
Seremban : 2 Ogos 2008 : PAS Negeri Sembilan telah berjaya mengadakan konvensyen PAS Negeri dengan jayanya. Peserta yang hadir adalah lebih dari jangkaan seramai 200 orang. Peserta konvensyen terdiri daripada AJK PAS Kawasan dan Cawangan yang datang dari seluruh Negeri Sembilan. Tiga kertas kerja telah di bentangkan dalam konvensyen tersebut meliputi aspek politik, pilihanraya serta tarbiyah yang telah dibincangkan dan dibengkelkan dalam konvensyen tersebut demi untuk melancarkan dan menentukan hala tuju PAS Negeri Sembilan untuk tahun 2008/2009 ini.
Konvensyen ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Husam Musa Naib Presiden PAS Pusat yang juga merupakan Exco Kanan Kerajaan Negeri Kelantan. Dalam ucapan perasmian beliau Dato’ Husam menegaskan bahawa di dalam Islam ugama dan politik adalah bersatu dan tiada pemisahan seperti yang wujud dalam fahaman sekular. Dato’ membawa contoh pemerintahan kerajaan Nabi Yusuf, Nabi Sulaiman dan Nabi Daud. Dalam sejarah Islam dan Nabi-nabi menurut beliau kisah gangguan seksual yang berlaku seperti di dalam kes Dato’ Seri Anwar Ibrahim ini telah berlaku sepertimana yang berlaku di dalam kisah Nabi Yusuf dan Puteri Zulaikha. Maka tidak hairanlah dalam permainan politik UMNO/BN yang kotor dan penuh dengan fitnah ini perkara seperti ini cuba di bangkitkan dengan tujuan untuk mengaibkan dan menjatuhkan maruah seseorang individu demi untuk kepentingan politik, tegas Dato’ Husam lagi. PAS menurut Dato’ Husam tetap teguh dengan pendirian untuk bersama dalam Pakatan Rakyat dan menyokong penuh keputusan Dato’ Seri Wan Azizah meletakkan jawatan untuk membolehkan Dato’ Seri Anwar bertanding di Parlimen Permatang Pauh. Beliau juga menyeru seluruh jentera PAS digerakkan untuk membantu jentera Pakatan Rakyat dalam pilihanraya di Permatang Pauh bagi menentukan kemenangan DSAI.
Perasmian Konvensyen turut dihadiri oleh pimpinan PR terdiri dari En Sabaruddin
(Setiausaha Perhubungan PKR NS), YB Aminuddin Harun (ADUN PKR Sikamat)
dan YB Loke Siew Fook (ADUN DAP Lobak)
Dalam satu sessi soal jawab bersama wartawan akhbar selepas merasmikan konvensyen tersebut Dato’ Husam telah bertegas menyatakan kepada para wartawan bahawa pendirian PAS adalah jelas bahawa tidak ada penggabungan diantara PAS dan UMNO dan tidak ada apa pun bentuk kerjasama yang wujud di antara PAS dan UMNO seperti yang telah diputuskan didalam mesyuarat AJK PAS Pusat baru-baru ini. Pendirian dan dasar PAS adalah jelas iaitu Islam dan tidak wujud masalah tentang hal bangsa di dalam PAS menurut Dato’ Husam Musa lagi.
Dalam perkembangan yang sama, rata-rata peserta konvensyen pada kali ini berpuas hati dengan kertas kerja yang dibentangkan dan juga susunatur perlaksanaan program. Pada akhir program, peserta konvensyen telah membacakan ikrar janji setia dan perjuangan yang diketuai oleh YB Hj Taufek Ghani ADUN Paroi. Saudara Zulkefli Mohamad Omar Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan telah melakukan acara perasmian penutup Konvensyen PAS Negeri Sembilan.
Sebahagian peserta Dewan Muslimat PAS Negeri Sembilan.
YB Dato' Husam Musa, Saudara Zulkefli Omar, YB Loke Siew Fook dan
YB Taufek dalam sidang akhbar bersama wartawan
Pembentangan Kertas Kerja 1 oleh Tuan Haji Asmuni Awi (Pengarah JPN Perak)
Pembentangan Kertas Kerja 2 oleh Tuan Hj Kamaruddin Tahir (Pengarah JPN NS)
Pembentangan Kertas Kerja 3 oleh Ustaz Abdul Ghani Shamsudin (AJK PAS Pusat)
Bacaan ikrar dengan penuh semangat oleh peserta konvensyen PAS NS
http://orangklawang.blogspot.com/
Sunday, August 3, 2008
Penyerahan Kuasa Kepada Ketua Penyelaras Unit Amal Jelebu Yang Baru
Simpang Pertang : 27 Julai 2008 : Satu mesyuarat dan majlis penyerahan kuasa Ketua Penyelaras Unit Amal Jelebu telah dilakukan di PASTI Jelebu Simpang Pertang. Majlis ini telah dihadiri oleh Saudara Sufian (Pengarah Unit Amal NS) dan juga Saudara Zulkifli (Timbalan Pengarah Unit Amal NS)

Majlis bermula pada jam 5.30 petang dan telah dipengerusikan oleh Saudara Mohamad Yusri Setiausaha Dewan Pemuda PAS Kawasan Jelebu. Dalam ucapan beliau Saudara Sufian berharap Unit Amal Jelebu boleh bergerak lebih aktif dengan kepimpinan ketua yang baru. Saudara Sufian juga mengucapkan terima kasih kepada Saudara Saiful Bahri atas sumbangan beliau selama ini dalam aktiviti-aktiviti Unit Amal Jelebu dan juga Unit Amal NS. Sufian berharap Saudara Saiful dapat terus bergerak dan memberikan sumbangan kepada Unit Amal walaupun tidak lagi memegang apa-apa jawatan di dalam Unit Amal.
Saudara Saiful Bahri dalam ucapan beliau mengucapkan terima kasih kepada semua anggota Unit Amal Jelebu dan NS kerana memberikan kerjasama semasa beliau memegang jawatan sebagai Ketua Penyelaras Unit Amal Jelebu. Kenangan semasa mengikuti program Jambori Pusat dan Negeri serta bertugas semasa muktamar dan pilihanraya kecil sebagai anggota Unit Amal tidak dapat dilupakan ujar Saudara Saiful. Saudara Saiful berharap agar Saudara Hanif Ahmad Zainuddin pengganti beliau sebagai Ketua Penyelaras Unit Amal Jelebu yang baru dapat menambahkan lagi bilangan anggota Unit Amal Jelebu dan dapat bergerak aktif dalam Unit Amal.

Penyerahan tugas Ketua Unit Amal yang baru telah disempurnakan dengan penyerahan fail Unit Amal Jelebu kepada Saudara Hanif oleh Saiful Bahri dengan disaksikan oleh Pengarah Unit Amal NS Saudara Sufian dan Saudara Zulkifli.
Saturday, August 2, 2008
LAWATAN KE SIMPANG DURIAN
Simpang Durian : 27 Julai 2008 : AJK PAS Kawasan Jelebu telah mengadakan lawatan kerja untuk mengeratkan silaturrahim diantara AJK PAS Kawasan Jelebu dan AJK-AJK Cawangan-cawangan PAS di Simpang Durian. Antara cawangan yang terlibat di dalam program tersebut adalah PAS Cawangan Kg Jerang, Cawangan Kg Sg. Buloh dan Cawangan Simpang Durian. Pertemuan telah diadakan di markas PAS Cawangan Kg Jerang pada jam 3 petang hari tersebut.

Pemangku YDP PAS Kawasan Jelebu dalam ucapan beliau mengucapkan terima kasih kepada ketiga-tiga cawangan kerana sudi menerima kunjungan PAS Kawasan Jelebu. Beliau menegaskan program lawatan ke cawangan-cawangan PAS di seluruh Jelebu ini akan diteruskan sepanjang tahun ini. Lawatan ini selain dari untuk mengeratkan silaturrahim juga untuk mengemaskini
Setiausaha PAS Kawasan Jelebu Saudara Saiful Bahri menyatakan selain dari aktiviti ceramah yang akan diteruskan dari semasa ke semasa, program mengemaskini dan memantapkan jentera cawangan adalah sangat penting dalam satu-satu organisasi PAS Kawasan.

Perjumpaan pada petang tersebut juga telah dihadiri oleh Tuan Haji Jamalus Bin Mansor Ketua Penerangan PAS Kawasan Jelebu, Saudara Nor Anif Penolong Setiausaha PAS Kawasan, Hj Jamal Nasir Ketua Cawangan PAS Kg Simpang Durian, Tuan Syed Alias Naib Ketua Cawangan Kg Jerang serta AJK dan ahli-ahli ketiga-tiga cawangan.
Friday, July 11, 2008
PILIH PAKATAN RAKYAT GANTI KERAJAAN UMNO/BN
Friday, July 4, 2008
Pelancaran Tabung Bangunan PAS Kawasan Jelebu
2 Julai 2008, Simpang Pertang : Pada hari Rabu 2hb Julai 2008 yang lalu PAS Kawasan Jelebu telah mengadakan satu ceramah umum sempena dengan Pelancaran Tabung Bangunan PAS Kawasan Jelebu. YB Dr Zulkifli Ahmad Ahli Parlimen Kuala Selangor telah dijemput sebagai tetamu khas untuk merasmikan pelancaran tabung bangunan PAS Kawasan Jelebu dan seterusnya menyampaikan ceramah.Dalam ceramah beliau YB Dr berkali-kali menegaskan bahawa kenaikan harga minyak ini akan membawa bencana inflasi iaitu kenaikan harga barang dan perkhidmatan yang lebih parah kepada Malaysia. Selain dari inflasi, kenaikan harga minyak ini juga membawa kepada unjuran stagflasi iaitu di mana syarikat-syarikat tidak dapat menanggung kenaikan bebanan kos operasi yang melambung tinggi yang menyebabkan akhirnya sebilangan besar pekerja syarikat terpaksa diberhentikan kerja demi untuk menyelamatkan kedudukan perniagaan. Ini akan menyebabkan ramai rakyat Malaysia tidak mempunyai pekerjaan dan tidak mempunyai pendapatan maka ini akan mengundang bala iaitu bertambahnya masalah jenayah seperti ragut, curi dan rompakan menurut YB Dr Zulkifli lagi.

YB Dr Zulkifli melihat "bunting" Pelancaran Tabung Bangunan PAS Kawasan Jelebu setelah memotong riben simbolik perasmian pelancaran tersebut sambil diperhatikan oleh Pemangku YDP Jelebu dan PJ NS.
YB Dr Zulkifli menegaskan bahawa harga minyak di Malaysia tidak sepatutnya naik kerana Malaysia adalah negara pengeluar minyak dan bukan negara pengimpot minyak seperti Thailand dan Singapura. Jika kerajaan Nigeria sebuah negara di benua Afrika yang terkenal dengan kemiskinan boleh menawarkan harga minyak serendah RM 0.75 sen seliter kepada rakyatnya mengapa Malaysia yang dikatakan aman,makmur dan kaya raya dengan hasil bumi yang lain tidak boleh menawarkan harga minyakyang serendah itu kepada rakyatnya. Disini lah terbuktinya kezaliman dan ketidak prihatinan kerajaan UMNO/BN kepada masalah dan rintihan rakyat, tambah beliau lagi.
Majlis pelancaran tabung bangunan PAS Kawasan Jelebu pada malam itu juga turut dihadiri oleh Sdra Zulkifli Omar Pesuruhjaya PAS NS, YB Hj Taufek Ghani Ketua Pemuda PAS NS yang juga ADUN Paroi dan Tuan Hj Abdul Majid Timbalan YDP PAS Kawasan Jempol.
Tuan Haji Kateran Pemangku YDP PAS Jelebu dalam ucapan aluan beliau menyatakan betapa perlunya PAS Kawasan Jelebu mempunyai bangunan sendiri yang boleh menempatkan pejabat PAS Kawasan Jelebu. Sehubungan dengan itu kata beliau satu akaun khas telah dibuka di Agro Bank Cawangan Kuala Klawang di atas nama TABUNG BANGUNAN PAS KAWASAN JELEBU dan nombor akaunnya adalah :1-00-5681-00003914-5 untuk tujuan tersebut. Haji Kateran berharap ahli-ahli PAS Jelebu, aktivis PAS, penyokong PAS dan anak-anak kelahiran Jelebu yang berada atau tinggal di luar Jelebu dapat bersama-sama menyumbang kepada tabung ini dengan memasukkan sejumlah wang ke dalam akaun yang tersebut. Ini akan dapat merealisasikan kewujudan sebuah bangunan untuk PAS Jelebu sebelum 2012 iaitu jangkaan PRU-13 yang akan datang tambah Hj Kateran lagi.

Sebahagian dari hadirin yang hadir sedang khusyuk mendengar ceramah
http://pasjelebu.blogspot.com

