Monday, June 23, 2008

USTAZ GHANI : ORANG ISLAM MESTI BERFIKIR

Kuala Klawang 13 Jun 2008

PAS Kawasan Jelebu telah mengadakan satu ceramah di rumah Hj Jamalus, di Kg Chenor. Ceramah ini diadakan untuk memberikan penerangan kepada rakyat Jelebu tentang bala yang menimpa rakyat ekoran dari kenaikan harga minyak yang melampau.

Ustaz Abdul Ghani Bin Abdul Rahman AJK PAS Pusat dalam ceramah beliau menyatakan kenaikan harga minyak yang melampau ini adalah hadiah terbesar kerajaan UMNO/BN kepada rakyat Malaysia khususnya kepada pengundi-pengundi BN. Dalam pilihanraya dulu PAS telah berkempen meminta rakyat terutamanya orang Melayu mengundi PAS kerana PAS ingin melaksanakan kerajaan yang berkebajikan. Slogan atau motto PAS pada pilihanraya ke-12 adalah Negara Berkebajikan. PAS telah mengatakan jika BN menang lagi maka harga minyak akan di naikkan lagi, tetapi rakyat Jelebu tidak mahu percaya dan terus mengundi BN, kata Ustaz Ghani lagi. Akibatnya sekarang harga minyak telah naik melampau-lampau dan ramai yang telah jatuh miskin dan bangkrap kerana tidak terdaya untuk menahan kos hidup atau kos perniagaan yang terlalu tinggi, ulas ustaz Ghani lagi.

Dalam ceramah beliau juga Ustaz Ghani menyeru supaya orang Melayu dan orang Islam ini menggunakan akal fikiran dan berfikir dengan waras. Allah swt memberikan manusia ini akal fikiran untuk kita semua berfikir, ini lah yang membezakan antara manusia dan binatang, kata Ustaz Ghani. Banyak ayat-ayat dalam Al-Quran yang menyuruh manusia ini berfikir, kata Ustaz Ghani. Ada ayat yang menyuruh manusia itu berfikir tentang kejadian manusia itu sendiri. Ada pula ayat yang menyuruh manusia berfikir tentang kejadian langit dan bumi serta kejadian alam, tambah Ustaz lagi. Oleh itu dalam memberikan undi juga kita sebagai orang Melayu dan orang Islam sepatutnya boleh berfikir dengan waras dan bijaksana, kerana keputusan undian kita akan memberi kebaikan atau padah keburukan kepada kita seperti apa yang berlaku sekarang ini, tambah Ustaz Ghani lagi.

http://pasjelebu.blogspot.com

Sunday, June 22, 2008

Jika adakan pilihan raya semula Dun Sanglang: PAS akan saman SPR

Thursday, June 19, 2008

ARAU, 20 Jun: PAS mempertimbangkan untuk menyaman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dengan tuntutan gantirugi jika badan pengendali pilihan raya itu mengisytiharkan diadakan pilihan raya semula untuk Dun Sanglang.

Ini kerana, dalam perbicaraan kes itu jelas, pihak SPR dan peguam calon BN telah mengaku berlaku kesilapan pengumuman keputusan pemenang pilihan raya itu.

Ini bermakna, mahkamah telah mengesahkan rakyat telah membuat keputusan memenangkan calon PAS dalam pilihan raya itu.

Demikian kata peguam Ustaz Hashim Jasin, calon PAS Dun Sanglang, Mohamed Hanipa Maidin selepas Mahkamah memutuskan keputusan pilihan raya itu tidak sah dan batal.

Sepatutnya, kata Hanipa, mahkamah mengisytiharkan Hashim Jasin menang dalam pilihan raya itu setelah kedua-dua pihak defendan (SPR dan calon BN) mengaku berlaku kesilapan pengumuman.

"Yang menjadi masalah adalah pada tahun 2003, berikutan kes Wee Choo Keong, satu pindaan kepada undang-undang pilihan raya telah dibuat yang menetapkan mahkamah tidak boleh mengisytiharkan mana-mana pihak memenangi pilihan raya itu.

"Mahkamah hanya berhak mengisytiharkan pilihan raya itu sah atau tidak sah sahaja dan terserah kepada SPR untuk mengumumkan samada perlu diadakan pilihan raya kecil atau mengisytiharkan pemenangnya," jelas Hanipa yang juga Pengerusi Lajnah Undang-undang PAS.

Menurut Hanipa, kini PAS mempunyai tiga pilihan berikutan kes ini.

"Pertama, rayu ke Mahkamah Persekutuan. Kedua memfailkan agar dibuat penilaian perundangan agar menggantikan nama calon BN yang telah digezetkan dengan nama calon PAS yang sebenarnya menang dan ketiga menyaman SPR jika pengendali pilihan raya itu mengisytiharkan pilihan raya semula untuk Dun Sanglang."

Menurut Hanipa, pada 28 Mei, ketika perbicaraan itu berjalan, peguam yang mewakili SPR telah mengaku berlaku kesilapan pengumuman dalam pilihan raya itu oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya.

Yang sepatut diumumkan menang adalah Hashim Jasin tetapi pegawai pengurus itu mengisytiharkan calon BN yang menang.

Pada 4 Jun pula, peguam yang mewakili Umno mengaku berlaku kesilapan itu.

"Bagi saya, Parlimen perlu membuat pindaan terhadap peruntukan tidak boleh mengisytiharkan pemenang ini walaupun didapati menang dalam perbicaraan di mahkamah.

"Jika dibiarkan, akan berlaku salah guna kuasa dimana undang-undang ini boleh disalahgunakan oleh pihak yang berkepentingan.

"Misalnya, calon BN kalah. Tetapi pegawai SPR umumkan dia menang. Bila dibawa ke mahkamah, terbukti calon BN kalah, lalu dibatalkan keputusan itu dan diadakan pilihan raya semula sebagaimana yang berlaku dalam kes ini. Padahal yang sebenarnya calon BN memang kalah. Ini bermakna, ia terdedah kepada salah guna," jelas Hanipa.

Ketika ditanya kes Pasir Puteh dimana Mahkamah mengisytiharkan calon BN yang menang sedangkan ketika keputusan pilihan raya calon PAS yang diisytiharkan menang, Hanipa menjelaskan;

"Dalam kes itu, kedua-dua pihak secara baik berunding dan bersetuju untuk mengaku calon Umno yang sepatutnya menang tetapi calon PAS tersalah diisytihar. Mahkamah hanya mengumumkan keputusan itu tanpa perbicaraan," katanya.

Tetapi dalam kes Sanglang ini, calon BN menafikan SPR tersalah umum pada peringkat awalnya bahkan memfailkan permohonan untuk membatalkan petition PAS itu.

"Setelah bicara baru calon Umno dan SPR mengaku tersalah umum," jelas Hanipa.

Di petik dari blog SIASAH

Thursday, June 12, 2008

"AMUK" - Sembang Kedai Kopi

Jam 11.00 pagi baru sahaja lepas balik minum pagi kat kedai depan rumah bersama-sama dengan saudara sepupu saya Hisyam dari Johor (asal NS) dan 2 orang kawannya juga dari Johor (memang berasal dari Johor). Hisyam datang ke rumah dan mengajak saya keluar minum. Sudah lama tak jumpa beliau dan semasa saya bertanding baru-baru ini pun beliau tidak balik kerana kesibukan kerja. Hisyam seorang kontraktor dan kawannya itu juga seorang kontraktor dan yang seorang lagi pemandu lori kontena. Macam-macam cerita keluar semasa kami sedang minum tetapi cerita yang paling menarik adalah cerita “AMUK”.

Cerita amuk ini terbit ekoran dari cerita kenaikan harga minyak. Kawan Hisyam yang kontraktor itu menyatakan kenaikan melampau harga minyak sekarang ini menyebabkan perniagaannya terjejas teruk. Dia menceritakan tentang arwah adiknya Bob dahulu bekerja dengan Petronas dibahagian “Procurement”. Menurutnya, arwah adiknya pernah bercerita dengan beliau bagaimana pembaziran berlaku dalam Petronas dimana skru atau nat yang berharga RM 1.50 yang dijual di kedai-kedai “hardware” telah dijual dengan harga RM 35.00 kepada Petronas. Masalahnya Petronas mengarahkan pula bahagian beliau (arwah) membeli dari pembekal tersebut.

Seorang lagi kawan Hisyam yang menjadi pemandu lori kontena itu juga menceritakan bagaimana masalah kenaikan harga minyak ini telah menyebabkan cita-cita beliau untuk menjalankan perniagaan sendiri telah terbantut. Beliau telah berhenti kerja pada penghujung tahun lepas dan berniat untuk membeli sebiji lori dan mengangkut sendiri barang-barang kargo dari Johor Baru ke Kuantan. Menurut beliau dahulu satu trip minyaknya RM 600 tetapi sekarang satu trip minyaknya telah pun mencecah RM 1000. Jadi kena tangguh dahulu dan fikir masak-masak semula kerana perbezaan RM 400 itu sangat besar, lagi pun banyak lagi kos yang lain seperti tayar, minyak hitam, kerosakan dan harimau-harimau yang menanti di tengah jalan, kata beliau lagi. Jadi sekarang ini beliau mula lah mencari kerja semula sebagai pemandu lori.

Selanjutnya kawan Hisyam si pemandu lori ini, berceritalah bagaimana dia sekarang ini cukup menyampah menengok muka Pak Lah di dalam TV. Bila keluar je muka Pak Lah kata beliau “aku akan tukar rangkaian”, “tak boleh tengok lah brother”, kata beliau lagi. Hati panas dan meruap-ruap bila tengok muka Pak Lah. Lagi satu sekarang saya sudah malas nak dengar berita atau membaca suratkhabar, lagi kalau suratkhabar tu cerita tentang hal minyak, kata beliau lagi. Sampai anak-anak beliau pun hairan kenapa ayah tak nak tengok berita lagi, sedangkan dahulu bergaduh dengan anak-anak pasal kes nak tengok berita, menurut beliau.

Sengaja saya menjolok suasana dengan mengatakan bahawa orang Johor kan semua nya ahli UMNO dan Johor adalah kubu kuat UMNO. Lebih panas lagi apabila saya mengatakan Dato’ Shahrir Samad Ahli Parlimen Johor Baru yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna pun menyokong Pak Lah tak kan orang Johor lain nak menderhaka dan menentang arahan UMNO atau pun Dato’ Shahrir. “UMNO tu UMNO juga bang” kata beliau, tapi kalau dah nak cari makan untuk diri sendiri dan anak-anak pun susah tak kan kita nak mempertahankan pemimpin macam Pak Lah lagi, kata beliau yang masih juga nampaknya mempertahankan UMNO dan cuma menyalahkan Pak Lah dalam perkara isu minyak ini.

Orang Melayu ini masih boleh bersabar lagi bang, kalau orang Melayu ni sudah hilang sabarnya nanti buruk jadi nya, mengamuk orang Melayu nanti,kata beliau lagi. Lagi pun dalam kamus orang puteh hanya ada satu sahaja perkataan orang Melayu yang diguna pakai oleh mat-mat saleh itu iaitu “AMUK”atau “Ran-Amuk”, tambah si pemandu lori ini lagi dengan muka marah. Saya pun diam mendengarkan kata-kata beliau tersebut sambil berfikir boleh tahan juga brother ni tahu juga perkataan yang ada dalam kamus Oxford mat saleh tu.

Saya juga terdiam dan terfikir kalau seorang rakyat marhaen seperti seorang pemandu lori kontena ini yang sudah jelas orangnya berpartikan UMNO boleh terfikir sehingga ke tahap itu jika ditimpa kesusahan yang melampau, maka persoalannya adakah pemimpin-pemimpin UMNO dan juak-juak UMNO yang ada di atas sana (Menara UMNO/PWTC) tidak terfikir seperti apa yang difikirkan oleh brother si pemandu lori kontena itu tadi.

Fikir-fikirkanlah hai UMNO! Bak kata orang tua-tua “Menyesal dahulu pendapatan, Menyesal kemudian tiada gunanya”.

http://orangklawang.blogspot.com

Wednesday, June 11, 2008

CERAMAH PERDANA PROTES MINYAK DI SEREMBAN

Satu ceramah Perdana akan diadakan oleh PROTES dan parti-parti pakatan rakyat sempena pelancaran demonstrasi aman oleh PROTES di Negeri Sembilan.

Tajuk Ceramah : MEMBONGKAR RAHSIA, SEBAB HARGA
MINYAK DI MALAYSIA NAIK?

Tarikh : 14 Jun 2008 (Sabtu)

Masa : 8.30 malam

Tempat : Taman Desa Jasmin Senawang

Penceramah :-

  1. Tuan Haji Mohamad Bin Sabu (Naib Presiden PAS)
  2. YB Dr Hatta Ramly (Penyelaras PROTES)
  3. YB Sdra Tian Chua (Ketua Penerangan PKR Pusat)
  4. Cikgu Badrul Hisham Shaharin (PROTES / AMT PKR Pusat)
  5. Sdra Arutchelvan (PROTES / Setiausaha PSM)
  6. YB Loke Siew Fook (Pengerusi DAP N9)
  7. Sdra Zulkefly Mohamad Omar (Pesuruhjaya PAS N9)
  8. YB Dato Kamarul Baharin (Pengerusi PKR N9)
Semua warga rakyat N9 dijemput hadir

Tuesday, June 10, 2008

Pelancaran DEMO PROTES Minyak di Seremban




PELANCARAN DEMONSTRASI AMAN SELURUH NEGARA

MENUNTUT PENURUNAN HARGA MINYAK OLEH

GABUNGAN MEMPROTES KENAIKAN HARGA MINYAK (PROTES) DAN

DI SOKONG OLEH PARTI-PARTI PAKATAN RAKYAT N9

Tarikh : 14 Jun 2008 (SABTU)

Masa : 11.30 pagi – 12.30 tengahari

Tempat : Perkarangan Terminal One

Shopping Complex

Seremban, NS

Di sertai Oleh Kepimpinan :-

  1. YB Dr Hatta Ramly (Penyelaras PROTES)
  2. Tuan Hj Mohamad Bin Sabu (Naib Presiden PAS)
  3. YB Sdra Tian Chua (Ketua Penerangan PKR Pusat)
  4. Sdra Arutchelvan (Setiausaha PSM)
  5. Sdra Cikgu Badrul Hisham Shaharin (AMT PKR Pusat)
  6. YB Loke Siew Fook (Pengerusi DAP N9)
  7. Sdra Zulkefly Mohamad Omar (Pesuruhjaya PAS N9)
  8. YB Dato Kamarul Bahrin (Pengerusi PKR N9)
  9. YB P. Gunasekaran (Timb Pengerusi DAP N9)
  10. YB Hj Taufek Ghani (Ketua Pemuda PAS N9)
  11. Sdra Halim A.Aziz (Ketua AMK N9)
  12. YB Aminuddin Harun (ADUN Sikamat)
  13. YB Chai Tong Chai (ADUN Chuah)
  14. Dan seluruh Ahli-Ahli Yang Berhormat Pakatan Rakyat Parlimen / DUN N9

Seluruh rakyat Negeri Sembilan, Melaka, Wilayah Persekutuan dan Selangor di jemput hadir untuk sama-sama kita membantah secara aman tindakan Pak Lah dan kerajaan BN yang telah menaikkan harga minyak secara menggila yang menyebabkan seluruh rakyat Malaysia rasa tertekan dan jatuh miskin.

Monday, June 9, 2008

CERAMAH ISU MINYAK

Ceramah Isu Minyak di Jelebu pada :

Tarikh : 13hb Jun 2008 (Jumaat)

Masa : 9.00 Malam

Tempat : Rumah Hj Jamlus Bin Mansor
Kg Chenor, Kuala Klawang

Penceramah :

1) Ustaz Hj Abdul Ghani Bin Abdul Rahman
AJK PAS Pusat / Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka

2) Sdra Zulkefly Mohamad Bin Omar
Pesuruhjaya PAS N9

3) Haji Kateran Bin Marman
Pemangku YDP PAS Kawasan Jelebu

SEMUA WARGA N9 DIJEMPUT HADIR.

Saudara Mu Dalam Islam
Saiful Bahri Bin Jaaman
S/U PAS Jelebu

Saturday, June 7, 2008

Minyak Satu Bala Atau Rezeki Untuk Rakyat Malaysia

Semalam 5hb Jun 2008 adalah sejarah untuk Malaysia kerana selepas 50 tahun merdeka ini lah kali pertama harga minyak naik melebihi 50 sen sekali naik iaitu kenaikan 0.78 sen yang menjadikan harga petrol sekarang adalah RM2.70 seliter.Sementara harga diesel pula telah menjadi RM2.58 seliter.

Hari ini Jumaat 6hb Jun 2008 rata-rata di Semenanjung Malaysia rakyat tidak puas hati dan mula mengadakan tunjuk-tunjuk perasaan dan demonstrasi aman di mana-mana pun kerana membantah kenaikan harga minyak ini.Antaranya di Kemaman, Sg Petani, Seremban, Kg Baru (KL), Kg Dato’ Harun, Penang dan juga di Petaling Jaya.

Besok 7hb Jun 2008 dan lusa 8 Jun dan tulat 9 Jun serta seterusnya hari2 yang lain akan lebih banyak tunjuk perasaan dan demonstrasi akan diadakan oleh rakyat. Ini kerana semua rakyat tidak puas hati dengan kenaikan harga minyak tersebut. Jika ada orang yang berdiam diri bukan lah kerana mereka suka harga minyak dinaikkan tetapi sebaliknya mungkin kerana mereka takut untuk menunjuk perasaan dan berdemo kerana jika ditangkap atau diambil gambar nanti dan boss mereka tahu, maka jawabnya lagi parah. Mungkin sekarang mereka elok ada kerja dan boleh lah isi minyak sedikit2 nanti kalau kena buang kerja sebab berdemo langsung dah tak boleh isi minyak lagi.Malah mungkin soru pun miss pulak, lagi susah nanti.

Tapi persoalan pokok nya sampai bila kita harus takut. Sampai bila kita harus dibuli dan dianiaya oleh kerajaan BN/UMNO yang zalim lagi korupsi ini? Adakah sampai tua, sampai bila2 atau sampai nak mati dah nak masuk liang lahat pun masih dibuli oleh kerajaan BN/UMNO ini. Sampai bila kita MESTI TAKUT DENGAN BN?

Bukan kah Tuan-tuan Guru yang mursyid telah mengatakan bahawa takutkan sesuatu (tak kira lah manusia,hantu syaitan,jin atau apa2 pun) itu melebihi takutnya hamba itu kepada Maha Pencipta nya iaitu ALLAH SWT maka akan jatuh SYIRIK. Maka hukum SYIRIK tiada ampunnya kerana hamba itu telah menduakan atau menigakan penciptanya iaitu ALLAH SWT. Maka sekarang ini kita mesti takut pada siapa? Pada ALLAH SWT ATAU PADA BN yang memerintah? Ingat SYIRIK hukumnya NERAKA ALLAH.

Maka sekarang kalau kita tidak takut atau telah hilang rasa takut maka kita mesti menunjukkan bantahan kita.Tak kira lah dengan apa cara jua pun dengan berdemonstrasi aman, tunjuk perasaan atau menulis artikel2 di dalam blog, risalah2, suratkhabar dan sebagainya untuk menunjukkan bantahan kita terhadap kenaikan harga minyak ini. Kenaikan harga minyak ini akan sangat menyusahkan dan menekan kita kerana ia akan menjurus kepada kenaikan perkara2 yang lain seperti kenaikan harga barang, kenaikan harga makanan dan kenaikan harga perkhidmatan seperti tambang teksi, bas, bas sekolah dan lain2.

Berikut adalah perbandingan harga minyak untuk negara2 pengeluar minyak yang lain di dunia. Harga ini diambil dari Internet dan harga ini adalah yang terkini sehingga tarikh 30 Mei 2008.

Negara Pengeluar

Harga Minyak Dalam Negara

  1. United Arab Emirates (UAE)

RM 1.19 / liter

  1. Egypt (Mesir)

RM 1.03 / liter

  1. Bahrain

RM 0.87 / liter

  1. Qatar

RM 0.67 / liter

  1. Kuwait

RM 0.67 / liter

  1. Arab Saudi

RM 0.38 / liter

  1. Iran

RM 0.35 / liter

  1. Nigeria

RM 0.32 / liter

  1. Turkeministan

RM 0.25 / liter

  1. Venezuela

RM 0.16 / liter

  1. Brunei

RM 1.22 / liter

Pertukaran matawang asing adalah mengikut kadar Dollar US

USD 1 : RM 3.23

Sehingga kini setelah lebih 30 tahun Malaysia dianugerahkan oleh ALLAH SWT akan hasil minyak namun nampak nya rakyat Malaysia bukan semakin mendapat keuntungan daripada adanya hasil minyak untuk negara ini. Malah rakyat Malaysia semakin tertekan dan terhimpit dengan bebanan kenaikan harga minyak dan juga kenaikan harga barang juga disebabkan oleh kadar kos pengangkutan yang tinggi di sebabkan oleh kenaikan harga minyak.

Malaysia adalah satu negara yang kaya.Selain dari hasil minyak, Malaysia juga adalah negara pengeluar getah dan minyak kelapa sawit yang terbesar di dunia. Jika kita lihat negara – negara yang tertera dalam rajah diatas iaitu Arab Saudi, Iran, Mesir dan malah Brunei langsung tidak mempunyai getah atau minyak kelapa sawit untuk menampung hasil negara selain dari pergantungan terus kepada minyak.

Maka persoalannya ke manakah perginya hasil minyak, getah dan minyak kelapa sawit di Malaysia? Sehingga kan rakyat Malaysia yang jumlah nya terlalu kecil iaitu sekitar 25 juta orang jika dibandingkan dengan rakyat negara2 lain seperti Indonesia, India dan Cina langsung tidak dapat menikmati atau mengecapi kenikmatan kekayaan Malaysia? Siapa kah yang mengaut semua hasil kekayaan dibumi Malaysia ini? Adakah orang Melayu atau Cina atau India?

Mengapa setelah 30 tahun hasil minyak diperah dan dikeluarkan dari bumi Malaysia maka rakyat harus menanggung lagi kenaikan harga minyak? Kenapa harga minyak di Malaysia tidak seperti harga minyak di Brunei yang paling hampir dengan kita atau seperti harga minyak di Mesir iaitu sekitar RM 1.03 / seliter, sedangkan bumi Mesir adalah padang pasir dan tiada hasil getah atau kelapa sawit.Mesir bergantung terus dengan hasil minyak nya. Mengapakah setiap kali kerajaan BN/UMNO akan membuat perbandingan harga minyak dengan Negara Singapura atau Thailand yang kita tahu tiada hasil minyak. Pak Lah dan Najib akan berkata harga minyak di Singapura lebih mahal dari Malaysia. Atau mereka akan berkata harga minyak di Malaysia masih murah dan rendah jika dibandingkan dengan harga minyak di negara2 jiran kita!!

Maka persoalan pokoknya sekarang ini SIAPAKAH YANG MENGAUT KEUNTUNGAN HASIL MINYAK MALAYSIA? SIAPA? DAN SIAPA? Mengapakah akaun syarikat PETRONAS ini tidak pernah di audit dan dibentangkan kira-kira auditnya di Parlimen jika benar syarikat PETRONAS ini milik Negara Malaysia ini. Apa yang istimewa sangat akaun PETRONAS ini dan apakah rahsia di sebaliknya?

Setelah 50 tahun memerintah kerajaan BN/UMNO menggunakan PETRONAS seperti kepunyaan mak bapak mereka sendiri. PETRONAS telah digunakan untuk bail-out syarikat2 gergasi di Malaysia seperti MAS, Perwaja Steel dan lain2 banyak lagi. Duit PETRONAS digunakan untuk mendirikan projek2 Mega seperti BAKUN (yang tak ada khabar berita nya sekarang), Menara KLCC, F1 di Sepang dan macam2 pembinaan lagi seperti KLIA dan lain2 lagi. MAKA SIAPA YANG DAPAT HASIL DARI PROJEK-PROJEK INI? SIAPA YANG MENDAPAT KEUNTUNGAN?

RAKYAT? Rakyat hanya sekadar dapat melihat dan menyaksikannya aje.Keuntungan pada rakyat tak ada. F1 apa untung nya untuk rakyat? KLCC apa untung untuk rakyat? KLIA sedangkan Subang Airport sudah pun ada dan lebih dekat dengan KL. Sekarang apa jadi dengan Subang Airport?

Maka setelah kita renung-renungkan perkara ini semua marilah kita fikirkan balik kenapa Pak Lah atau kerajaan BN tidak membenarkan kita menyuarakan bantahan terhadap kenaikan harga minyak ini yang secara tiba-tiba ini? Pak Lah menyatakan semalam rakyat tidak perlu lah mengadakan demonstrasi! Kenapa, apa hal pulak? Habis kalau tidak boleh berdemo maka di saluran mana lagi rakyat boleh menyampaikan rasa tidak puas hati atau bantahan atas kenaikan ini. TV / Radio / Suratkhabar atau mana lagi? Parlimen, kalau betul di Parlimen maka kenapa hal kenaikan harga minyak ini tidak dibahaskan terlebih dahulu di Parlimen dan setelah mendapat kelulusan Parlimen baru dinaikkan! Kenapa di naikkan secara tiba-tiba sahaja?

Maka sekarang ini rakyat Malaysia bak kata Nabil Raja Lawak, LU PIKIR LAH SENDIRI ?

Samada kita sebagai rakyat Malaysia yang bertuah ini yang langsung tidak merasa keuntungan, kesenangan dan ketenangan dari hasil minyak ini hendak berdemonstrasi membantah kenaikan harga minyak ini atau berdiam diri sahaja dan menerima segala apa yang telah tersurat ke atas diri kita ini, walaupun pada hakikatnya kita mampu mengubahnya!!!!

Coretan, luahan rasa serta buah fikiran :

SAIFUL BAHRI BIN HJ JAAMAN

@ angahcipoi

SETIAUSAHA PAS

KAWASAN JELEBU

http://pasjelebu.blogspot.com

1.55 am 7 Jun 2008