Dalam ucapan beliau Haji Zakaria Khalim menegaskan betapa pentingnya mesyuarat Agong ini di adakan pada setiap tahun bukan hanya pada tahun pemilihan sahaja. Beliau menyatakan tujuan diadakan mesyuarat Agong pada tiap-tiap tahun adalah supaya kita dapat memperbetulkan apa yang telah salah dilakukan dalam orgnisasi dan juga untuk kita menyusun gerakerja bagi memantapkan organisasi kita. Menurut beliau lagi sekarang ini adalah masa kita menyusun gerakerja pilihanraya kerana PRU-13 sudah semakin hampir. Beliau berharap PAS Jelebu dapat merampas beberapa kerusi BN dalam Parlimen Jelebu pada pilihanraya yang akan datang.
Dalam pemiihan pucuk pimpinan PAS Kawasan Jelebu, Haji Kateran Bin Marman menang tanpa bertanding dan mengekalkan jawatan Yang Dipertua PAS Kawasan. Saudara Nor Anif telah dipilih sebagai Timbalan Yang Dipertua apabila beliau mengalahkan penyandang Haji Jamalus Mansor dalam pertandingan 1 lawan 1. Manakala Saudara Saiful Bahri telah dipilih sebagai Naib Yang Dipertua juga dalam undian oleh para perwakilan.
Dalam ucapan penangguhan Tuan Haji Kateran berharap pada kali ini PAS Kawasan Jelebu akan bergerak dengan lebih mantap. Beliau menyatakan dengan kehadiran pemimpin-pemimpin muda dalam PAS Kawasan Jelebu diharap dapat menggembelingkan lebih usaha untuk menawan DUN Klawang dan juga Parlimen Jelebu pada pilihanraya yang akan datang.
Keputusan pemilihan AJK PAS Jelebu dalam Mesyuarat Agong kali ke-22 :-
- Yang Dipertua - Haji Kateran Bin Marman
- Timbalan YDP - Saudara Nor Anif Bin Selamat
- Naib YDP - Saudara Saiful Bahri Bin Jaaman
- Setiausaha / Ketua Pemuda - Saudara Khairul Azidi
- Bendahari - Haji Zainuddin Bin Hassan
- Ketua Penerangan - Haji Jamalus Bin Mansor
- Ketua Urusan Ulama - Haji Jaaman Bin Hj Abu
- Ketua Muslimat - Puan Osnidah Bte Othman
- AJK - Puan Syarifah Aini
- AJK - Mohd Barr Bin Ujang
- AJK - Kamaruddin Bin Hashim
- AJK - Hj Kamarul Zaman Bin Jakin
- AJK - Puan Ruzita Bte Tumeran
- AJK - Saudara Mohd Yusry Bin Mohamad
- AJK - Shamsul Kamal Bin Musa
- AJK - Raniman Bin Abd Rani
- AJK- Wan Nabihah Bte Wan Mamat Ramli
- AJK - Alias Bin Daud
- AJK - Rumidi Bin Othman
- AJK - Samsudin Bin Mohamad
http://pasjelebu.blogspot.com
http://orangklawang.blogspot.com
3 comments:
tahniah...
projek untuk melahirkan anak ke 2 PAS di N9 mogs terkabul hendaknya...
untuk selamat duna akhirat bekerjalah ikut cara PAS,hindari budaya gerombolan kerana ia akan membinasakan agama bangsa dan negara...
salam ...alhamdulillah mesyuarat agong PAS kawasan Jelebu telah pun selesai dan semua jawatan2 dlm kepimpinan PAS telah di ketahui. Apa yg saya nak katakan di sini ialah persediaan untuk PRU 13 yg akan menjelma bila2 masa.PAS Jelebu mesti lah bergerak segera dan memperkemaskinikan jentera. Tapi ada masa nya kita terlupa satu perkara yg amat penting sekali iaitu bakal 'CALON' yg akan bertanding.Untuk DUN Kuala Klawang ..saya secara peribadi mencadangkan saudara TYDP PAS Jelebu bakal calon untuk DUN Klawang.Saudara NOR ANIF yg saya kenal memang seorang yg amat 'istiqamah' dalam perjuangan,walaupun beliau tidak mempunyai kelulusan tinggi,tapi ilmu perjuangan nya mengatasi org yg ada kelulusan tinggi.
Saya berharap walaupun keputusan calon akan di tentukan olih peringkat lebeh tinggi,beri lah sokongan kepada beliau untuk menjadi bakal calon pada pru 13 akan datang.sAYA YAKIN UNTUK dun kLAWANG,PAS akan memenangi nya..insyaallah..
tolong update....pas jelebu kena cari dana...sodin den nengok dewan mesyuarat tu haaa....
update himpunan bersih 2...
Post a Comment