Sunday, June 12, 2011

Muktamar Tahunan PAS Pusat kali ke-57


Muktamar tahunan PAS telah berlangsung dari 3 - 5 Jun 2011 baru-baru ini. PAS Kawasan Jelebu telah menghantar 5 orang perwakilan untuk menghadiri muktamar tersebut. Pada muktamar kali ini Haji Kateran Marman YDP PAS Kawasan Jelebu tidak dapat hadir bersama kerana uzur. Tempat beliau telah digantikan oleh Timbalan YDP iaitu Saudara Nor Anif Bin Selamat. 4 orang perwakilan yang lain adalah Saudara Saiful Bahri Bin Jaaman (Naib YDP), Hj Jamalus Bin Mansor (Ketua Penerangan), Puan Osnidah Bte Osman (Ketua Muslimat) dan juga Hj Jaaman Bin Hj Abu (Ketua Dewan Ulama Kawasan). Semua perwakilan telah dipilih dalam Mesyuarat Agong PAS Kawasan Jelebu.

Perwakilan dari PAS Kawasan Jelebu dari kiri Pn Osnidah, Anif,
Hj Jaaman, Saiful dan Hj Jamalus

Selama 3 hari muktamar berlangsung para perwakilan PAS Jelebu telah menunjukkan disiplin yang tinggi dengan menghadiri setiap sessi perbahasan oleh para muktamirin. Seperti yang diharapkan oleh PAS Kawasan Jelebu yang juga telah mencalonkan Hj Mohamad Sabu sebagai calon Timbalan Presiden maka PAS Kawasan Jelebu mengucapkan tahiah kepada Tuan Hj Mohamad Sabu kerana telah memenangi jawatan Timbalan Presiden tersebut.

Anif, Saiful dan Hj Jamalus pada sidang petang.


Antara AJK PAS Kawasan Jelebu yang turut hadir sebagai pemerhati pada muktamar tersebut adalah Hj Razak Hassan, Hj Zainuddin Hassan, Hj Kamarul Zaman Jakin, En Alias Daud, En Jamal Nasir, En Mohd Athif dan juga En Samsudin Bin Mohamad dari Kg Ulu Jelebu.


Saf kepimpinan PAS selepas diumumkan keputusan undian. Hj Mohamad
Sabu dan Dato' Husam Musa beralih ke tempat duduk hadapan sesuai dengan
jawatan masing-masing

No comments: