Sunday, May 8, 2011

Jalan Kampung Bukit Bahaya

Kuala Klawang, Jelebu 5 Mei 2011 - Saya bersama AJK PAS Kawasan Jelebu yang lain iaitu Naib YDP Saudara Nor Anif dan Bendahari PAS Jelebu Encik Jawa Mohd Yusof telah pergi melawat jalan Kampung Bukit yang didakwa telah runtuh dan membahayakan pengguna jalan tersebut. Lawatan kami ke sana adalah hasil dari aduan orang kampung yang meminta kami membantu mereka mewar-warkan perkara ini hingga ke peringkat atasan. Menurut orang kampung yang ditemui menyatakan Wakil Rakyat DUN Klawang Dato’ Yunus Rahmat dan juga Penghulu Azmi iaitu Penghulu Mukim Ulu Klawang telah 2/3 kali datang melawat dan menyaksikan jalan tersebut runtuh, malah gambar runtuhan tersebut juga telah diambil namun sehingga hari ini masih tiada tindakan.

Saudara Anif (NYDP PAS Jelebu) dan Amin sedang memerhatikan

pembentung yang pecah dan jalan Kg Bukit yang runtuh

Hasil lawatan kami mendapati ‘calbord’ atau pembentung air dibawah jalan tersebut telah pecah dan runtuh. Ini menyebabkan jalan kampong yang dibina itu turut runtuh. Sekarang ini kereta tidak boleh melalui jalan tersebut. Hanya motorsikal sahaja yang boleh melaluinya sekarang.

laluan air bawah tanah akan memburukkan keadaan

Menurut Encik Hamid Abdullah seorang penduduk Kampung Bukit, masalah ini telah berlanjutan selama 2 tahun. Beliau sendiri telah menghantar surat kepada Majlis Daerah Jelebu dan juga JKR namun sehingga kini masih tiada jawapan. Menurut Hamid lagi jalan ini adalah melalui tanah beliau dan beliau sendiri yang membenarkan jalan dibina melalui tanahnya untuk kesenangan dan kemudahan penduduk kampong mengangkut hasil kampong atau susu getah keluar. Selain itu jalan ini juga menjadi perhubungan penduduk Kampung Bukit dengan kampong-kampung yang lain, ujarnya lagi. Tambah Encik Hamid lagi beliau memberi notis 2 minggu kepada kerajaan UMNO/BN untuk membaiki jalan tersebut dan jika masih tiada tindakan juga beliau sendiri akan mengorek jalan tersebut supaya tidak dapat dilalui oleh sesiapapun. Tegas beliau lagi, ini kerana jalan tersebut sekarang ini bahaya kepada pengguna dan sebelum berlaku apa-apa kemalangan yang meragut jiwa adalah lebih baik tidak ada seiapapun melaluinya.

http://pasjelebu.blogspot.com

http://orangklawang.blogspot.com

1 comment:

Anonymous said...

Bro.. saluran yang betul utk aduan ialah di Unit Pembangunan Pejabat Daerah Jelebu.. tak ada kena mengena dgn JKR Jelebu atau Majlis Daerah Jelebu pasal diluar kawasan operasi diorang