Thursday, April 17, 2008

25 ORANG SERTAI PAS DI DUN KLAWANG

Kuala Klawang 11 April 2008 : Bersempena dengan malam ceramah meraikan kemenangan PAS di Klawang baru-baru ini seramai 25 orang bekas ahli UMNO dan bekas ahli Parti Melayu Semangat 46 Jelebu telah menandatangani dan menyerahkan borang untuk menjadi ahli PAS. Rata-rata mereka ini adalah penduduk Kg Kampai dan Kg Peradong yang terletak di dalam DUN Klawang. Gerakan untuk mencari ahli baru ini telah digerakkan oleh orang lama PAS Jelebu iaitu Angah Rohan dengan dibantu oleh Ketua Pemuda MTD Klawang Saudara Shamsul Baharin.

Majlis penyerahan borang telah disempurnakan oleh Pengarah MTD Klawang Hj Hassan Abdul Rahman yang telah menyerahkan borang tersebut kepada Hj Jaaman Abu YDP PAS Kawasan Jelebu. Pengerusi ceramah malam tersebut Saudara Saiful menyatakan PAS MTD Klawang akan terus berusaha untuk menambahkan ahli PAS di Jelebu terutamanya di Klawang. Cawangan-cawangan PAS yang baru akan ditubuhkan di Jelebu, kata beliau lagi. Pada malam tersebut kaunter pendaftaran ahli PAS yang baru juga turut dibuka. Sambutan dari orang Jelebu sangat menggalakkan sehinggakan Pengerusi Majlis menyatakan "Membibih-bibih orang Melayu nak masuk PAS dan PKR sekarang ini kerana kapal UMNO telah hampir tenggelam, bersama dengan tenggelamnya UMNO/BN dalam pilihanraya ke-12 yang lalu"

18 comments:

TOOLBOX said...

Semuo start daipado Yang Satu :)

Den doakan kejayaan lebeh bosar untuk Islam maso PRU yg mendatang di NS terutamonyo di Jelobu

Anonymous said...

Kg den ni dah canggih rupanya. Alhamdulillah PAS da bertapak di Jelebu. Tahniah buat saudara dan suma yang berjuang menegakkan Islam di M'sia ni. InsyaALLAH, kemenangan akan berpihak pada yg benar.. Teruskan perjuangan sedara.. Allahuakbar - Faridah

angahcipoi said...

Insyallah PAS jelebu akan bergerak kehadapan sejajar dengan perjalanan masa dan pertumbuhan serta perubahan yang berlaku di Malaysia.Harap tuan2 & Puan2 sama2 mendoakan

Anonymous said...

ini satu perkembangan yg baik...cuma janganlah terhenti di situ jer...ambillah iktibar dari kesilapan2 yg lalu...

sebaiknya semua ahli ni dipimpin dan dibimbing cara menubuhkan cawangan PAS di kg2 masing2...lepas tu sainbod PAS cawangan dipamer di tepi jalan besar di kg2 masing2...barulah nampak PAS ada penggerak dan penyokong di daerah Jelebu ni...

kdg2 syiar pun boleh jadi senjata psikologi terhadap rakyat marhaen...

insya-Allah dengan kesebaran yg ada dan kerja keras yang berterusan, dlm PRU akan datang seluruh Jelebu akan bernaung di bawah Pakatan Rakyat.amin...

Anonymous said...

den kena tanya tuan guru den dulu lah ini macam, boleh join PAS ke tak hehehe nampak macam meriah aje PAS kat Jelebu sekarang. den ingat nak bertanding lawan Rais Yatim nanti guna tiket Bebas, gambar penyapu, nak sosah biar dio pencen yo hehe

angahcipoi said...

Den raso kok ekau bertanding atas tiket bebas lawan rais tu baba, hilang wang pertaruhan ekau.Masuk PAS,lawan Rais tu atas tiket PAS baru lah ado perjuangan eh.Rais pun memang dah nak pencen.P/raya ke-13 ni den raso namo eh pun dah tak ado lai sebab UMNO pun memang dah berkubur.

Anonymous said...

sepo deh tu???alhamdulillah!hati mereka kian bercahaya.mudah-mudahan 25 ini akan menjadi sebahagian teras kekuatan menegakkan kebenaran, membantu menerangi kisah gelap jelebu.tiap seorang drpd 25 cari lagi 5.sudah ada 125.125,bergerak cari lagi 5. sudah ada 625 penegak hukum allah. begitulah seterusnya sehinggalah ke pru 13.jika perjuangan mulia ini mampu dilaksanakan,dapat dijana semaksima mungkin ia akan diterjemahkan dalam dewan negeri9 nanti.nada suara ke arah kebajikan membangun bersama islam bakal bercambah.segalanya tidak lagi mustahil.teori ameno yg selalu diulang tayang mengatakan jika pas memerintah kita makan ubi kayu terus lapok dan akan hanyut bersama-sama ameno dibawa arus sungai cenor.syabas dan tahniah kpd pas dan BR jelebu.
bila lagi kelab anak jelebu KL nak dilancarkan???

Anonymous said...

lagi satu saya terlupa...muslimat dan nisa' jelebu ni perlu digerakkan dari sekarang kerana sudah terbukti muslimat dan nisa' memainkan peranan besar dalam kempen calon2 PAS dalam PRU-PRU yg lalu(terutama PRU 12 baru-baru ni...)

angahcipoi said...

Cantik jugak Kelab Anak Jelebu di KL yang saudara cadangkan tu.Boleh diusahakan jika ramai yang berminat!Brother Joe ada kat KL tu.Dia orang Larong!

Anonymous said...

pas jelebu boleh bergerak laju sedikit,berhenti pitstop isi minyak,tukat apa patut kemudian jalan smula.jgn lupa utk melantik rakan2 dlm PR jelebu sbg krew yg bertugas,sumbangan mereka amat diperlukan krn jelebu beriklim politik sama seperti selangor.

aku rasa kelab anak jelebu KL wajar dilancarkan secepat mungkin.dicadangkan kelab ini tidak tertumpu kpd anak jelebu yg duduk di KL shj.ia terbuka kpd semua agama, kaum, bermukim dimana2sekalipun asalkan keahlian adalah anak jelebu dan sayang pada jelebu.

keduanya aku menambah,kpd cerdik pandai,atas sesiapa sahaja anak jelebu yg menetap ditempat lain,baliklah (mengundi)ke jelebu.curahkan bakti buah fikiran,dana utk membangunkan (baca menyelamatkan)jelebu.kalau tidak kita anak jelebu siapa lagi yg boleh diharapkan utk menjaga bumi jelebu bertuah ini,tempat bersemadinya nenek moyang kita.jangan biarkan tanah pusaka,hasil mahsul jelebu terus pupus dijarah lanun2 zaman moden ini.ketiganya BR jelebu mesti terus sepakat,bantu membantu, bekerjasama,tolak ansur dalam semua perkara.tugas politik harus bergerak sepanjang masa.sikap berpolitik cuma masa pilihanraya tolak tepi.BR mesti jalan terus.

seterusnya aku minta blog ini menyiarkan peta persempadanan mengundi daerah jelebu yg terkini.kalau boleh data pengundi berdaftar 2008 dan ramai mana pengundi pos.ini semua untuk rujukan kita,untuk kita paham dasar pecah dan perintah yg diamalkan oleh ameno yg pernah ditentang oleh rais yatim, kini lama kelamaan memakan diri ameno sendiri.

Anonymous said...

kelab anak jelebu ni boleh juga memasukkan anak jelebu di perantauan dan perantau di jelebu...(walaupun tempoh saya merantau ke jelebu sudah semakin hempir ke penghujungnya...)

Anonymous said...

Alhamdulillah...orang Jelebu dah mula menerima angin perubahan.Mereka bukan lagi seperti 20 tahun dulu.Kesedaran ini yang perlu kita semua ambil tahu.Yang masih lagi nak menyokong UMNo hanyalah warga emas yang takut hilang pencen,takut makan ubi kayu jika pembangkang memerintah dan takut hidup susah. Cuba kita tanya kpd mereka jika hari ini Be End memerintah apakah mereka senang lenang? Ada yang pernah mengeluh tidak dpt hntr anak masuk U krn tak mampu nak byr yuran pengajian.Tapi bila kita ajak tinggalkan fahaman kuno ini,masih juga tidak mahu,hidup mereka tetap berpaksikan UMNO dan Be End. Susahnya nak membuat perubahan,seolah-olahnya UMNO dan Be End ini seperti satu fahaman agama yang tidak boleh diubah lagi.
Kerana itu PAS perlu mendekati golongan muda kerana mereka seperti telah bersedia untuk berubah. Dekati juga golongan atas pagar dan berikan mereka kesedaran dan kefahaman.Selamat maju jaya kpd semua petugas PAS Jelebu.

angahcipoi said...

Insyallah cakap2 utk tubuh kelab anak jelebu diperantauan ini dsbnya akan berjaya jika sema berusaha ke arah itu.Baru2 ini kita telah tubuhkan Pemuda MTD Klawang dengan organisasi yang lengkap.Semuanya sedang bergerak insyalallh.Utk kak ct,faridah, babazahra' selalu2 lah balik kg.At least boleh bagi kita org ideas utk memulakan penubuhan kelab anak Jelebu.Mana pulak bro Joe kat Pandan Jaya ni?

Anonymous said...

bro, den dalam bulan ompek nie dah onam kali balik kampung, sogan nak nimbul yo. den suko nak menolong, membantu dan turut sama menyumbang tenaga, tapi kalau boleh biar lah bukan atas kapasiti ahli. den maleh nak terikat jadik ahli nie hehehe prinsip orang lain-lain kot. tapi den setuju lah, bondo2 baik ni jangan lengah2kan.

angahcipoi said...

Syabas baba,kampung halaman jangan di lupo kan.Kok balik tu singgah lah larong.Kalau kebetulan saya ada boleh lah kita bertukar2 pendapat & berkenalan secara lebih dekat.Insyallah.

Lebai Janggut said...

angah.. usahakan banyak mewujudkan cawangan, Dan bagi khidmat nasihat untuk menguruskan cawangan dengan teratur, takut jadi macam kat kampung lebai, tak mampu buat report ke pendaftar pertubuhan langsung ditamatkan.. Nasib baik sempat tubuhkan cawangan baru..

Kalau ada gambar nak dieditkan.. lebai boleh tolong buat.. emel ke lebai.. bakrialias@yahoo.com

Insya Allah mana yang terdaya lebai tolong..

Anonymous said...

sebaiknya Kelab Anak Jelebu ni memasukkan mana2 perantau di Jelebu...

mcm yg saya kata di posting sebelum ni..Kelab Anak Jelebu di Perantau dan Perantau di Jelebu...:-)

Anonymous said...

salam...ngah,ado gak gambar ayah se dlm blog ni yo..
tapi tak po r,,asalkan pas jelebu akan trs maju dalm mperjuangkan islam ini...
insyaALLAH..
TAKBIR!!!
الله أكبر