Wednesday, April 2, 2008

MELAYU DAN UMNO

Begitu lah sinonimnya 2 ayat yang tertera di atas itu. Tak boleh lari Melayu dari UMNO dan tidak akan ada UMNO jika tiada Melayu.Begitu lah kira-kiranya akrab dan rapatnya hubungan kedua-duanya. Maka oleh sebab itu lah maka Melayu-Melayu kampung tanpa teragak-agak dan segan silu tetap mengundi calon2 UMNO/BN pada pilihanraya umum ke-12 yang lalu. Tanpa memperdulikan nasib anak dan cucu mereka yang tinggal di bandar-bandar tak kira lah di bandar raya atau pun di bandar yang tidak berapa nak beraya. Orang Melayu kampung ini tetap mengundi UMNO/BN kerana mereka tak kisah walaupun anak cucu mereka di bandar2 itu hidup umpama kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Apa tidaknya dengan segala bayaran yang dikenakan kepada mereka seperti cukai pintu, cukai tanah, Indah Water, bil letrik, bil air, bil telefon & internet, bayaran bulanan pinjaman kereta dan rumah, bayar sekolah anak2, bayar insuran atau takaful, bayar cukai pendapatan LHDN, bayar tol, bayar sewa rumah, bayar van sekolah anak2, bayar tuisyen anak2, bayar Courts Mammoth dsbnya jika beli alatan rumah secara hutang dan seribu satu jenis bayaran lagi yang di kenakan kepada anak cucu mereka (Melayu) yang duduk di bandar. Itu belum lagi termasuk duit belanja pasar dan kedai runcit kat depan rumah yang kena disiapkan hari2. Termasuk juga duit belanja sekolah anak2 yang mesti di beri tiap hari kalau tidak anak2 merajuk tak nak pergi ke sekolah. Kena di kira juga duit minyak kereta atau motor yang mesti diperuntukkan setiap hari sepaling kurangnya RM 10 sehari kalau tidak tak bergerak lah. Ini semua lah yang menyeksakan dan menyesak kan nafas Melayu Bandar.

Tapi Melayu Kampung tak peduli itu semua, bagi mereka yang penting "Acik Yang Lamo Yo" atau "Acik Tak Nak Makan Ubi Kayu Macam Zaman Jopun Marin Doh" ataupun yang paling tangkap nangis adalah "Kok Tak Ado Kapal Layar ko Dacing ko Tak Merdeka Kito Doh Jang". Oleh kerana sikap tak peduli Melayu-Melayu kampung ini jugalah maka mereka amat senang dibeli dengan gula-gula 4 atau 5 tahun sekali oleh UMNO/BN yang hanya perlukan mereka pada masa hari mengundi atau pilihanraya tersebut sahaja. Pada PRU-12 kali ini hanya dengan menghantar hamper dan sedikit duit belanja dapur dalam hamper tersebut maka Melayu Kampung terutamanya di saluran 1 dan 2 terbeli atau terhutang budi untuk memangkah UMNO/BN tanpa memperdulikan nasib anak cucu mereka di bandar.

Sebaliknya pula dengan Melayu Bandar, oleh kerana kesesakan dan desakan hidup yang mereka tempuh hari-hari termasuk juga sumber-sumber maklumat yang mereka perolehi dari internet dan sebagainya maka mereka tidak teragak-agak untuk mengundi PAS, PKR mahu pun DAP pada PRU-12 yang lalu. Melayu Bandar dapat menyaksikan bagaimana pemimpin DAP berdemonstrasi depan Tol Cheras dahulu untuk menghapuskan Tol tersebut. Melayu Bandar dapat menyaksikan dengan mata kepala mereka sendiri pemimpin PAS & PKR berdemonstrasi untuk minta turunkan harga minyak dan menghapuskan tol. Bagaimana pemimpin ini di pukul oleh belantan FRU dan mereka ditahan lokap semata-mata untuk membela rakyat. Melayu Bandar dapat menyaksikan itu semua. Oleh sebab itu lah Melayu Bandar tak kiralah UMNO ataupun PAS tidak teragak-agak untuk mengundi nama-nama seperti Tian Chua, Teressa Kok mahupun N.Gobalakrishnan walaupun nama-nama ini bukan Ahmad, Ali atau Kassim kerana mereka tahu dan lebih arif bahawa orang-orang ini lah yang sanggup berkorban untuk membela rakyat.

Seperti kata Dr Mahathir dalam berita perdana malam tadi bahawa undi-undi yang diperolehi oleh PAS, PKR dan DAP adalah datangnya juga dari undi ahli-ahli UMNO sendiri. Ahli UMNO mana yang disebut oleh Mahathir ini? Inilah ahli-ahli UMNO yang tinggal di bandar atau ahli-ahli UMNO yang berada di saluran 3 & 4 pada buku daftar pengundi. Kerana mereka ini lah Melayu yang celik maklumat dan celik ilmu pengetahuan mereka. Dan mereka inilah golongan Melayu Bandar yang biasa memprotes dan di protes bagi mendapatkan hak mereka.

Bagaimana pula dengan Melayu Kampung saluran 1 dan 2? Mereka tetap dengan ungkapan "Acik Totap Tak Berganjak, Acik Yang Lamo Yo” ataupun "Ekau Lum Ngaso Lai Makan Ubi Kayu Hari-Hari Doh Jang". Ini lah ayat keramat Melayu Kampung saluran 1 dan 2. Walaupun sebenar nya sekarang ini harga ubi kayu sekilo lebih mahal dari harga beras sekilo. Ditambah pula dengan segala fatwa penipu UMNO/BN yang mengatakan jika PAS, PKR dan DAP menguasai Malaysia maka akan hancur orang Melayu, akan terpinggir lah orang Melayu dari arus pembangunan, maka di telan mentah-mentah lah oleh Melayu Kampung saluran 1 & 2 ini tanpa mahu menerima maklumat dari sebelah sana. Mentelah pula orang Melayu Kampung saluran 1 & 2 ini malas membaca terutamanya kerana mereka dah tak nampak untuk membaca atau tak reti baca rumi hanya baca jawi aje. Maka tertanam lah Fatwa parti Cap Kapal Layar/Dacing dalam hati dan sanubari mereka. Maka lebih kuat lah azam dan semangat mereka untuk undi UMNO/BN pada PRU-12 demi untuk mempertahan Malaysia dan bangsa Melayu khususnya, konon-konon nya.

Ini lah dia Melayu Kampung saluran 1 & 2 dengan sedikit fatwa palsu dan gula-gula yang diberikan habis anak cucu mereka di bandar tidak mereka pedulikan lagi.Bagi parti2 Pakatan Rakyat bagaimana? Apa resolusi kita bersama?

5 comments:

Anonymous said...

tak po do.ikut hukum akal org colek, omak abah kito joneih ni dah tak lamo laie...kok lamo bona pun tak po sobab bia eh dio nengok bpuluh2 eka ubi kayu tumbuh kat slangor,kodah,perak,penang,klantan.
kek kolumpo kecuali pjayo ngan stiowangso yo lain tu sumo ladang ubi kayu...

yg kito BR kono kojo kuek skit ni dio haa... poei jontik, puleh, sentak kok buleh tlingo bbudak mudo jolobu nih.tak roti baso bona...apo d tunggu dlm ameno tu.apo projek yg kito dapek?sampai bilo upah masang bendero,nampal poster konyang kek kito?kok mangkah BN ari tu p motong yo,kok mangkah BR pun pi motong tapi sekurg2 ehh kito tak penakut.kok rais jatuh ari tu,junuih,razak tumbang...tak ko bogogar jolobu nih.paling tak pun cukai tanah tak naik lagi.D0 pun kono buek kojo lobih skit.

sobona ehh jauh baik DAP ngan ameno tu.lim guan eng sanggup msk penjaro sobab hak org kito org mlayu (kes anak daro mlako yg kono tibai ngan mlayu kito nih).ameno?apo buek ehh?DEB???tok sah nak pemmongak la..apo ko pedulik DEB tu...kok motong,kutip lantun sampai sudah la kojo tu...poei klawang tu,bilang kodai melayu,kodai cino,kodai india...jobong ado laie?no8 sapo tokey eh?kodai runcit?ado mlayu ulu klawang,melayu kampai,malyu pergai bukak kodai runcit bosa kek klawang tu?bas lim (KBJ) tu sapo punyo?sumo cinokan.
kobon noneih sapo punyo?umah ateih bukit kek banda tinggi tu umah sapo?sapo deh anak jolobu yg kayo gilo sobab mmeng pandai beniago?sapo deh anak jolobu yg dpt tender buek longkang jalan,buek jamban skolah,cat pagar masjid klu tak sabit dek ameno?klu tak amneno pandai melangit manolah takkan bebau dpt tp klu amneno ompong pun tak po.

dah tu, apo ko buek DEB tu?buek muzium tanjak?buek tari cak lempong?main kompang?tari inai?silat pulut?

pikir la jang ooiii...milah dah anak tigo dah, ni ekou ngan selimut kapal layar carik sano sini tu...apo kono ehh jang???

Anonymous said...

assalamualaikum wrwb...

kojo kito skrg monarik anak2 mudo jolobu nie ko arah Pakatan Rakyat...mcm di Kodah, anak2 mudo lah yg kuek bokojo untuk PAS,PKR dan DAP.jadi tumpuan kito harus tojurus ko arah anak2 mudo...

pado pondapat sobagai dagang pak malau kek jolobu ni, anak2 mudo masih laie dibuai dek kopalsuan BN.bayangkan ado budak pojabat yg pomaleh datang bokojo tompi kuek bokojo sbg putugas BN dlm PRU baru2 ni...

laie satu, mengikut kato sorang ustaz yg sei tomui baru2 ni, kawasan2 melayu kek somban yg PR monang dlm PRU 12 baru2 ni masjid2 dan surau2 eh diimarah'an boto...apo kato lopeh nie PR kawasan Jolobu imarah'an surau2 yg ado kek jolobu ni...kalau puak ameno x nak imarah'an,kitolah yg imarah'an.nak tunggu jemaah tabligh, diorang ni rato2 x minat politik...jadi kito lah yg kono imarah'an surau2 nie...

wassalam...

angahcipoi said...

tu masalah eh ramai melayu yang tak nak berubah.Tapi kito sobar yo lah.Insyaallah kita kono teruskan kerja kita untuk PAS.Harap enta sumo samo2 lah dapek nolong yo.

Lebai Janggut said...

Fisrt comment.. penat nak memaham bahasa Jolobu.. tulis shorthand pulak tu.. huhuhu...

Apapun.. jangan diresahkan.. Jangan bergundah gulana.. Kita teruskan bekerja dengan ikhlas.. sambil-sambil minum kat kedai kopi tu.. selit2 la sikit cerita politik.. saje kuat2 kan suara tu biar orang2 berdekatan dengar.

Dalam PAS ni.. sejak lebai ikut abah lebai berkempen masa kecik sampai sekarang ni.. kalah tu biasa.. Yang tak biasa tu Menang.. Haaa.. sekarang menang banyak.. mula-mula tu berpeluh la jugak.. Tapi Insya Allah, bukan berpeluh kerana letih tapi berpeluh kerana berhati-hati nak memikul amanah..

Kekalkan usaha, berdoa.. Kalau boleh minta semua ahli banyakkan membaca Suratul Fil setiap lepas Subuh, ayatul kursi sebanyak mungkin sepanjang hari, dan banyakkan berdoa terutama di antara dua khutbah setiap Jumaat.

Insya Alah, perancangan Allah tu lebih hebat dan pasti.

Anonymous said...

begitulah semua penggerak Pakatan Rakyat Jelebu boleh bekerja lebih keras untuk menjana kemenangan untuk Pakatan Rakyat di Jelebu dalam PRU akan datang.amin :-)