Wednesday, April 16, 2008

CERAMAH KEMENANGAN

Kuala Klawang 11 April 2008 : PAS Majlis Tindakan DUN (MTD) Klawang telah mengadakan satu ceramah umum untuk meraikan ADUN PAS Paroi Haji Taufek Ghani yang telah menjadi anak tunggal PAS di DUN Negeri Sembilan. Penceramah tamu pada malam tersebut adalah YB Hj Saari Sungib ADUN PAS Hulu Kelang dan juga YB Aminuddin Harun ADUN PKR Sikamat. Cikgu Majid Timbalan YDP Jempol dan Saudara Hassan Tamby Pengarah MTD Paroi turut hadir bersama dalam majlis tersebut.

Hj Jaaman Abu YDP PAS Kawasan Jelebu dalam ucapan aluan beliau menyatakan inilah sejarah PAS NS kerana dalam PRU-12 ini PAS NS telah berjaya menghantar 1 orang wakil ke sidang DUN NS. Hj Jaaman menyatakan keyakinan beliau kepada kebolehan dan kelantangan YB Taufek untuk menegakkan hak rakyat pada sidang DUN NS kali ini.

YB Saari Sungib dalam ucapan beliau menyatakan bahawa di Negeri Selangor Pakatan Rakyat yang di dokongi oleh PAS, PKR dan DAP sedang berusaha dengan giat dan bersungguh-sungguh untuk meneruskan agenda kemajuan Selangor sambil memberikan kesejahteraan kepada rakyat Selangor. Dalam kes isu babi di Tanjung Sepat kata beliau segala surat bukti, perjanjian dsbnya telah berada di tangan pemerintah Negeri Selangor iaitu parti Pakatan Rakyat. Hanya masa akan menentukan siapa di pihak yang benar dan siapa sebenarnya yang berbohong, menurut YB Saari.

8 comments:

Nenos said...

Attention! See Please Here

Anonymous said...

kalau boleh gambar2 hadirin masukkanlah sekali....sekaligus membuktikan jelebu juga kawasan 'panas' buat UMNO-BN...

angahcipoi said...

Gambar hdirin tu ado.Tapi tak masukkan sebab kamera itu hari tak canggih,jadi gambar tu golap lah.Baru boli kamera baru yang lobih canggih.Dulu tu pinjam kamera orang.Sok2 ada lah gambar orang ramai termasuk gambar2 ekau tu skali.

Anonymous said...

ceramah jang....jangan tak ceramah,jomputlah anwar skali skalo...mungkin ado sejarah silam antara anwar dan rais yatim maso samo2 bekayuh sakan dalam kapal ameno dulu.pendayung rais patah dulu,masuk s46(ameno asal konon eh),anwar dokek2 nak jadi kapten kapal kono tumpir (tolak)pulak.rais patah balik cari pendayung baru.ini sumo buleh mengundang crito best kek jolobu. apo lagi jang...gerenti paneh punyo.tak pun jomput yo sham rais(malaysia today).tu pun hebat yo. satu2nyo anak jolobu hidup menongkah arus bopuluh2 tahun merantau serato dunio.banyak pengalaman,banyak elmu eh tu...tak cayo tengok 'dari jemapoh ke mancestee'

Anonymous said...

cadangan bawak DSAI berceramah di Jelebu memang cantik(terutama di kawasan DUN Klawang)...

bayangkan berapa ramai orang2 kg di Jelebu yg turun nanti...:-)

angahcipoi said...

Memang kok buleh seluruh keluarga DSAI den nak bawak ko Jolobu.Biar pocah Ompang Batu kek Ulu Klawang tu.Nanti lah den cubo cari akses camno.Kok buleh Anwar,Azizah & Nurul samo2 mo Tok Guru.Den ingat kok camtu sok pagi yo membibih-bibih orang UMNO masuk PAS.Yo tak?Sham Rais abang eh selalu ado mo den.Nasir pun ado.Amacam Bro Nasir?

Anonymous said...

pada pandangan saya, ramai orang jelebu akan turun melihat DSAI dari dekat...kerana DSAI ni pernah jadi TPM satu masa dulu...

yg jadi penghalang cuma rodblok polis kerana jalan utama di daerah Jelebu ni tak banyak,jalan ke Sban,jalan ke Titi dan jalan ke Simpang Pertang. tapi sama2 kita doa moga ceramah DSAI di Jelebu akan jadi kenyataan :-)

Anonymous said...

sebaiknya Kelab Anak Jelebu ni memasukkan mana2 perantau di Jelebu...

mcm yg saya kata di posting sebelum ni..Kelab Anak Jelebu di Perantau dan Perantau di Jelebu...:-)