Friday, April 22, 2011

Selamat Tinggal UMNO

Jelebu – Rabu 20 April 2011 – PAS Kawasan Jelebu bersama dengan Pakatan Rakyat Jelebu telah mengadakan ceramah “Selamat Tinggal UMNO” di rumah En Samsudin Mohamad di Kg Ulu Jelebu. Ceramah diadakan sempena meraikan dan mengalu-alukan keluarnya 2 orang kuat United Malays National Organisation (UMNO) Jelebu dari parti tersebut. Kedua-dua mereka adalah Tuan Hj Annuar Bin Hashim dan Saudara Mohd Khidir Bin Hj Abdul Kadir. Hj Annuar adalah mantan Pembantu Peribadi kepada Dato’ Yunus Rahmat ADUN Klawang yang juga merupakan EXCO Pertanian NS. Manakala Saudara Mohd Khidir pula adalah mantan Pengerusi Tetap Pemuda UMNO Jelebu yang juga merupakan Pengerusi Gerak Gempur Pemuda BN DUN Klawang.


Hj Annuar Bin Hashim (Mantan Pembantu Peribadi Dato' Yunus Rahmat,

EXCO Pertanian NS) menyampaikan ucapan beliau. 35 tahun dalam UMNO akhirnya

meninggalkan parti UMNO


Penceramah yang turut hadir pada malam tersebut adalah YB Tuan Hj Mohd Taufek Bin Abdul Ghani (ADUN Paroi / AJK PAS Pusat), Cik Siti Aishah Bte Shaik Ismail (Ketua Srikandi PKR Pusat) dan juga Hj Ibrahim Bin Yusof (Ketua Penerangan KeAdilan NS). Selain dari itu Pengerusi DAP Jelebu En Wong Wee Kiow dan Setiauaha DAP Jelebu En Lai Thin turut hadir bersama.


YB Hj Taufek (ADUN Paroi) menyampaikan ceramah

Tuan Hj Annuar dalam ucapannya telah menyentuh tentang istilah perjuangan yang sebenar. Beliau menyatakan perjuangan adalah untuk orangramai dan bukan untuk kepentingan diri sendiri. Beliau juga menegaskan bahawa beliau menyampah dan rasa malu dengan cara politik fitnah yang diamalkan oleh UMNO. Oleh kerana beliau tidak mahu bersekongkol atau menyokong sebarang bentuk fitnah lagi maka itulah sebabnya beliau keluar dari UMNO. Beliau juga menyatakan sejarah telah membuktikan bahawa keruntuhan dan kejatuhan sesuatu bangsa di dunia adalah disebabkan oleh fitnah. Beliau menyeru kepada semua ahli UMNO agar keluar dari parti UMNO dan selamatkanlah diri dan keuarga dari azab ALLAH dengan tidak bersekongkol pada perbuatan fitnah.


Cik Siti Aishah Bte Shaik Ismail (Ketua Srikandi PKR Pusat)

Sementara YB Hj Taufek pula dalam ceramah beliau telah menyentuh tentang isu FELDA. Bagaimana peneroka Felda terus menerus ditekan dan dihimpit dengan ketidakadilan atas sebab nilai Gred Buah yang rendah yang diberikan oleh Felda. Setiausaha DAP Jelebu Encik Lai Thin telah menyampaikan ucapan dengan menyentuh isu tanah. Beliau menyatakan ketidakadilan bagaimana orang yang telah menorah getah selama 40 tahun memohon tanah tidak diluluskan sebaliknya kroni BN/MCA yang tidak menoreh getah telah dikurniakan tanah getah.


En Lai Thin (Setiausaha DAP Jelebu) memberikan ucapan

http://pasjelebu.blogspot.com

http://orangklawang.blogspot.com


Monday, April 18, 2011

Ceramah "Selamat Tinggal UMNO" Di Kg Ulu Jelebu

PAS Kawasan Jelebu akan mengadakan satu siri Ceramah di Kg Ulu Jelebu pada hari Rabu 20hb April 2011 ini jam 9.00 malam. Sehubungan itu seluruh warga Jelebu dan Negeri Sembilan adalah di jemput hadir. Program Ceramah diadakan adalah sempena meraikan sahabat-sahabat dari Kg Ulu Jelebu yang bertindak keluar dan meninggalkan parti United Malays National Organisation (UMNO) kerana tidak puas hati dengan pucuk kepimpinan parti di Jelebu dan Negeri Sembilan ini.

Antara yang telah bertindak meninggalkan United Malays National Organisatian ini adalah Tuan Haji Annuar Bin Hashim berumur 60 tahun. Tuan Haji Anuar adalah mantan Pegawai Pembantu Khas Peribadi kepada Dato' Yunus Rahmat (ADUN N.04 Klawang) yang juga merupakan EXCO Pertanian Negeri Sembilan. Yang lain adalah Saudara Mohd Khidir Bin Hj Abdul Kadir (Along Buah) yang juga pernah memegang jawatan Pengerusi Tetap Pemuda United Malays National Organisation Jelebu. Jawatan terakhir Along sebelum meninggalkan United Malays National Organisation adalah Pengerusi Gerak Gempur Pemuda BN DUN Klawang.

PAS dan juga Pakatan Rakyat Jelebu mengalu-alukan tindakan kedua-dua sahabat kita ini meninggalkan kapal United Malays National Organisatian Jelebu yang dah hampir karam di kaki Bukit Tangga ini. Menurut kata Along, United Malays National Organisatiaon (UMNO) Jelebu ini umpama retak menunggu belah aje kerana perebutan kuasa antara pemimpin yang ada sekarang.

Program ceramah adalah seperti berikut :-

Penceramah:-
  1. YB Hj Taufek Bin Abdul Ghani (ADUN PAS Paroi/AJK PAS Pusat)
  2. Siti Aishah Bte Shaik Ismail (Ketua Srikandi PKR Pusat)
  3. Hj Ibrahim Yusof (Ketua Penerangan PKR NS)
  4. Hj Kateran Bin Marman (YDP PAS Jelebu)
  5. Hj AnnuarBin Hashim (Mantan Pembantu Peribadi EXCO Pertanian NS)
Waktu Ceramah : Jam 9.00 malam

Tempat : Rumah En Samsudin Bin Mohamad, Kg Ulu Jelebu, Kuala Klawang.

"SEMUA JEMPUT HADIR"

http://pasjelebu.blogspot.com
http://orangklawang.blogspot.com


Friday, April 15, 2011

Bukit Tangga - Jelebu

Baru balik dari menghadiri mesyuarat AJK PAS Kawasan Jelebu yang di adakan di rumah Saudara Nor Anif (NYDP) di Kg Kerangai, Pertang. Lepas menurunkan Abg Samsudin di Kg Larong, Kuala Klawang dan Pakcik Jawa di Ulu Klawang, aku memandu sendirian balik ke Seremban. Tak ada teman. Nak bawa hafiz, malam ni dia ada tuisyen pulak. Jadi layan sorang2 lah aku Bukit Tangga tu tengah-tengah malam ni.


Sebahagian AJK PAS Kawasan Jelebu yang hadir mesyuarat.Barisan depan
nombor 2 dari kanan Hj Kateran (YDP). Budak kecil 2 orang tu anak Anif.


Teringat masa kecil2 dulu jalan Bukit Tangga tu sempit dan gelap. Kereta lalu lalang pun tak ada. Masa tu lepas pukul 9 malam orang dah tak nak lalu dah jalan Bukit Tangga. Bas Lim yang lalu Jelebu hanya sampai pukul 6 petang aje. Di khabarkan orang masa tu kalau lalu malam2 kat Bukit Tangga akan nampak macam2. Ada orang cakap masa dulu-dulu malam-malam macam ni komunis tidur kat jalanraya di Bukit Tangga. Jadi siapa lalu malam2 mereka akan kena tembak dengan komunis. Ayah aku beritahu dulu ada harimau kat Bukit Tangga. Ada pulak cakap2 orang ada ular besar bertapa kat situ. Kalau ular tu lalu tak nampak jalan sebelah sana. Wah macam2 cerita lah yang menyeramkan.
Tapi sekarang Bukit Tangga dah berubah. Tengah malam pun ada kereta yang lalu. Bas kilang dan van kilang pun ada yang lalu. Yang aku paling hairan budak naik motor pun lalu tengah-tengah malam yang berkabus ni. Tak sejuk ke budak nih..? Semenjak UMNO/BN hanya menang 69 undi sahaja di DUN N.04 Klawang pada PRU tahun 1998 maka kerajaan BN cepat2 besar dan lebarkan jalan Bukit Tangga. Nak ambil hati rakyat Jelebu. Jadi masa ayahanda aku Hj Jaaman bertanding PRU 11 tahun 2004 di DUN N.04 Klawang atas tiket PAS, jalan Bukit Tangga dah lebar. Siap ada lampu jalan lagi di separuh2 tempat. Jadi ayahanda aku kalah PRU 11 dengan perbezaan 1,308 undi dengan calon BN. Tapi semasa aku bertanding di DUN Klawang pada PRU 12 tahun 2008 dahulu aku hanya dikalahkan dengan majoriti 841 undi. Insyallah pada PRU 13 ini PAS akan bertanding lagi di DUN Klawang dan pada kali ini PAS akan menang dengan majoriti 513 undi. Masin mulut aku menangis lah Pak Yunus (ADUN BN di Klawang) dan Rais Yatim kat Jelebu ni.
Senang aje teorinya RAKYAT kalau mahukan perubahan undilah Pakatan Rakyat. Sekarang Rakyat Negeri Sarawak dalam proses pilihanraya kalau nak maju dan nakkan ada perubahan di Negeri Sarawak maka undilah Pakatan Rakyat (PAS,PKR dan DAP). Percayalah cakap aku ni kalau BN hanya menang tipis atau tak dapat kekalkan majoriti nya di Sarawak maka sebelum pilihanraya yang akan datang mereka akan majukan Sarawak. Sebab mereka perlu ambil hati rakyat Sarawak kalau tidak mereka akan kalah teruk. Sekarang ni Sarawak tak maju sebab tiap-tiap kali pilihanraya orang Sarawak dok undi BN juga tak berubah-ubah. Maka BN ni naik lemak dan menyombong. Jadi kali ini rakyat Sarawak kena ajar BN yang kurang ajar itu dengan mengundi Pakatan Rakyat (PAS,PKR & DAP) pada hari mengundi 16 April 2011 ini. Hidup Rakyat Sarawak!!!

Monday, April 11, 2011

KABARE?

Pe..e..h punya lah lama tak memblogging.Rindu dan gian rasanya.Buat kawan2 yang sentiasa nak tahu maklumat tentang PAS Jelebu atau MTD Klawang saya minta maaf banyak2.Ada sahabat kat Majlis Daerah Jelebu tu tanya saya samada saya dah bersara dan tak nak posting lagi.Sebenarnya bukan begitu.Sekarang ni masa terhad dan itu hari komputer banyak lak ragam nya.
Alhamdulillah semalam dapt pergi ke Low Yat Plaza dan format semula serta upgrade komputer ni balik.Maklum lah komputer lama.Habis gaklah RM255 tapi takpe demi untuk PAS dan PR apa pun boleh...No Hal.
Orang Sarawak Kabare? Buat Mahmud Sabli, Justi Amban, Abdillah Besar, Hayaton Nissa Awangku Yusof, Dayang Faridah, Moeng, Jujuk, kali ni dah lah tu, cukup2 lah kau orang undi BN tu.Tukar lah pulak kepada PR (Pakatan Rakyat-PAS, PKR & DAP). Dah cukup kaya atau terlampau kaya Taib Mahmud tu dah...kali ini kau orang kaya kan lah diri kau orang sendiri pulak.Kali ni kau orang semua MESTI pangkah PR pulak.Orang Sarawak kena dan wajib berubah.Sebuah Negeri yang kaya macam Sarawak kesian...apa pun tak ada.Jalanraya teruk, sekolah tak cukup, hospital pun tak cukup...Kesian lah kat diri kau orang sendiri pulak.
Jangan asyik kesian kat BN sampai kau orang lupa nak kesian kat diri sendiri.
Tengok Selangor air pun dapat free 20 meter cubic padu, anak masuk U dapat RM1000, orang2 tua dapat duit belanja,guru kafa naik gaji,guru pondok dapat bantuan.Kalau Tan Sri Khalid dapat beli SYABAS itu hari seluruh rumah2 di Selangor dapat air percuma, yang kena bayar cuma premis perniagaan dan kilang dan lain2 aje.Kau orang Sarawak tak nak ke???
Ernest kat Universiti Malaysia Sarawak tu please change for a better future.Ok..

Monday, July 26, 2010

Kursus ILPAS N9

Baru-baru ini PAS Kawasan Jelebu telah menghantar seramai 8 orang peserta untuk menyertai kursus ILPAS yang diadakan dari 23 Julai - 24 Julai 2010 iaitu selama 2 hari di Muasasah Darul Syarif, Batu Kikir, Jempol. Para peserta telah bermalam di Muasasah.

Sebahagian peserta muslimin yang hadir


Peserta muslimat juga bersemangat dan banyak bertanya soalan-soalan
yang panas

Selama mengikuti kursus yang padat tersebut para peserta telah dapat menimba ilmu-ilmu pilihanraya yang telah disampaikan oleh moderator yang didatangkan khusus dari PAS Pusat. Pada sessi soal jawab banyak juga soalan-soalan panas yang telah dikemukakan oleh peserta kursus. Walaubagaimanapun semua soalan telah dapat dijawab oleh moderator dengan tenang dan baik serta memuaskan hati para peserta.

Sunday, July 18, 2010

Muktamar Agong PAS Pusat Kali ke-56

PAS Kawasan Jelebu telah menghantar seramai 5 orang perwakilan termasuk YDP untuk menghadiri Muktamar Agong PAS Pusat kali ke-56 yang berlangsung di PUTIK, Kota Bharu, Kelantan pada 27-29 Jamadilakhir 1431H atau bersamaan 11-13 Jun 2010.
Perwakilan PAS Kawasan Jelebu adalah :-
  1. Hj Kateran Bin Marman (YDP)
  2. Hj Jamalus Bin Mansor (TYDP)
  3. Nor Anif Bin Selamat (NYDP)
  4. Saiful Bahri Bin Jaaman (Setiausaha)
  5. Ithnain Bin Salleh (AJK Kawasan)
Dari kiri saya, Hj Jamalus, Wak Ithnain & Anif selepas mendengar ucapan dasar
Presiden pada hari pertama Muktamar.

En Ithnain dipilih untuk menggantikan Ustaz Abdul Rahman Bin Sidek (Ketua Urusan Ulamak PAS Kawasan Jelebu) yang telah kembali ke rahmatullah 5 hari sebelum sempat menghadiri Muktamar Agong tersebut. Tuan Haji Jamalus telah dipilih oleh PAS N9 sebagai wakil N9 untuk membahaskan ucapan dasar Presiden dalam muktamar tersebut.

Hj Jamalus pada hari kedua sebagai wakil N9 membahaskan ucapan dasar Presiden


Saya bersama Wak Ithnain dihadapan pintu masuk PUTIK


Dari kiri Hj Kateran (YDP), Anif dan saya dalam dewan ketika muktamar berlangsung.
Serius betul Wak Kateran mendengar perbahasan dari wakil2 Negeri.

Mesyuarat Agong PAS KawasanJelebu Kali Ke-21

Mesyuarat Agong PAS Kawasan Jelebu Kali ke-21 telah diadakan pada 16 Jamadilawal 1431 Hijrah bersamaan 1 Mei 2010 iaitu hari Sabtu jam 8.00 pagi di Markaz PAS Cawangan Felda Pasoh 1. Mesyuarat Agong ini telah dirasmikan oleh Saudara Zulkefly Mohamad Bin Omar iaitu Pesuruhjaya PAS NS.

Sebahagian perwakilan yang hadir. Arwah Tuan Syed Alias juga turut hadir
program terakhir beliau bersama PAS Jelebu sebelum dijemput oleh ALLAH.

Dalam ucapan aluan YDP PAS Kawasan Jelebu Haji Kateran Marman telah menyeru seluruh ahli PAS di Kawasan Jelebu untuk meneruskan dakwah mengajak orang Melayu supaya mempelajari ajaran Islam yang sebenarnya dan seterusnya mentauhidkan ALLAH. Menurut Haji Kateran PAS adalah satu-satunya parti di Malaysia ini yang dasarnya Islam dan hakikat penubuhannya adalah untuk menegakkan hukum ALLAH di mukabumi ini.

Ucapan perasmian PJN9. Sebelah YDP kelihatan arwah Ustaz Abdul Rahman Sidek
(Ketua Ulamak) PAS Jelebu, beliau juga dijemput oleh ALLAH 5 hari sebelum beliau
sempat hadir sebagai Perwakilan Kawasan ke Muktamar PAS Pusat

Dalam ucapan beliau PJ telah mengucapkan tahniah kepada PAS Kawasan Jelebu kerana telah berjaya menarik seramai 12 orang ahli UMNO dari cawangan Kg Gelang Pertang untuk masuk dan menandatangani borang menjadi ahli PAS. Ini satu tamparan yang hebat kepada Dato' Rais Yatim yang merupakan seorang menteri kanan dan juga Ketua UMNO Bahagian Jelebu. Menurut Saudara Zulkefly, Dato' Rais yang satu ketika dahulu pernah menjadi orang nombor 2 dalam Parti Melayu Semangat 46 tetapi sekarang telah lupa akan kenyataan2 yang pernah beliau katakan dulu terutamanya dalam hal "Membakar Jambatan dengan UMNO". PJ juga menyeru supaya generasi kedua FELDA menyertai satu persatuan yang nama ringkasnya ANAK di bawah Saudara Mazlan Aliman untuk membela nasib peneroka FELDA dan membongkar penyelewengan dan penipuan yang dilakukan oleh FELDA.
Seramai lebih kurang 100 orang ahli PAS dari cawangan-cawangan dalam Kawasan Jelebu telah hadir sebagai perwakilan dan pemerhati untuk Mesyuarat Agong PAS Kawasan Jelebu pada kali ini.