Sebahagian AJK PAS Kawasan Jelebu yang hadir mesyuarat.Barisan depan
nombor 2 dari kanan Hj Kateran (YDP). Budak kecil 2 orang tu anak Anif.
nombor 2 dari kanan Hj Kateran (YDP). Budak kecil 2 orang tu anak Anif.
Teringat masa kecil2 dulu jalan Bukit Tangga tu sempit dan gelap. Kereta lalu lalang pun tak ada. Masa tu lepas pukul 9 malam orang dah tak nak lalu dah jalan Bukit Tangga. Bas Lim yang lalu Jelebu hanya sampai pukul 6 petang aje. Di khabarkan orang masa tu kalau lalu malam2 kat Bukit Tangga akan nampak macam2. Ada orang cakap masa dulu-dulu malam-malam macam ni komunis tidur kat jalanraya di Bukit Tangga. Jadi siapa lalu malam2 mereka akan kena tembak dengan komunis. Ayah aku beritahu dulu ada harimau kat Bukit Tangga. Ada pulak cakap2 orang ada ular besar bertapa kat situ. Kalau ular tu lalu tak nampak jalan sebelah sana. Wah macam2 cerita lah yang menyeramkan.
Tapi sekarang Bukit Tangga dah berubah. Tengah malam pun ada kereta yang lalu. Bas kilang dan van kilang pun ada yang lalu. Yang aku paling hairan budak naik motor pun lalu tengah-tengah malam yang berkabus ni. Tak sejuk ke budak nih..? Semenjak UMNO/BN hanya menang 69 undi sahaja di DUN N.04 Klawang pada PRU tahun 1998 maka kerajaan BN cepat2 besar dan lebarkan jalan Bukit Tangga. Nak ambil hati rakyat Jelebu. Jadi masa ayahanda aku Hj Jaaman bertanding PRU 11 tahun 2004 di DUN N.04 Klawang atas tiket PAS, jalan Bukit Tangga dah lebar. Siap ada lampu jalan lagi di separuh2 tempat. Jadi ayahanda aku kalah PRU 11 dengan perbezaan 1,308 undi dengan calon BN. Tapi semasa aku bertanding di DUN Klawang pada PRU 12 tahun 2008 dahulu aku hanya dikalahkan dengan majoriti 841 undi. Insyallah pada PRU 13 ini PAS akan bertanding lagi di DUN Klawang dan pada kali ini PAS akan menang dengan majoriti 513 undi. Masin mulut aku menangis lah Pak Yunus (ADUN BN di Klawang) dan Rais Yatim kat Jelebu ni.
Senang aje teorinya RAKYAT kalau mahukan perubahan undilah Pakatan Rakyat. Sekarang Rakyat Negeri Sarawak dalam proses pilihanraya kalau nak maju dan nakkan ada perubahan di Negeri Sarawak maka undilah Pakatan Rakyat (PAS,PKR dan DAP). Percayalah cakap aku ni kalau BN hanya menang tipis atau tak dapat kekalkan majoriti nya di Sarawak maka sebelum pilihanraya yang akan datang mereka akan majukan Sarawak. Sebab mereka perlu ambil hati rakyat Sarawak kalau tidak mereka akan kalah teruk. Sekarang ni Sarawak tak maju sebab tiap-tiap kali pilihanraya orang Sarawak dok undi BN juga tak berubah-ubah. Maka BN ni naik lemak dan menyombong. Jadi kali ini rakyat Sarawak kena ajar BN yang kurang ajar itu dengan mengundi Pakatan Rakyat (PAS,PKR & DAP) pada hari mengundi 16 April 2011 ini. Hidup Rakyat Sarawak!!!
2 comments:
salam...aku bukan nak komen banyak2 sangat pasal laman PAS Jelebu ni...tapi aku sedih bebenar kemaskini laman ni amat lembab sekali..sepatut nye laman ni di kendalikan olih unit IT tak kisah lah unit it kawasan atau sebaiknye unit it negeri...ini bertujuan untuk sentiasa kemaskini..jika laman ni milik peribadi...perkara kelewatan akan berlaku...aku tengok berapa lama tak kemaskini...jadi pembaca naik malas nak akses laman ni..
sekian .terima kasih..
teringat kenangan memandu kek bukit tanggo ni....walaupun dah lebar tapi kono hati2 jugak....yg best ado org monakung air kek ateh bukit tanggo ni...mudahan DUN Klawang dlm tangan PR nanti.amin
Post a Comment