Sunday, July 18, 2010

Mesyuarat Agong PAS KawasanJelebu Kali Ke-21

Mesyuarat Agong PAS Kawasan Jelebu Kali ke-21 telah diadakan pada 16 Jamadilawal 1431 Hijrah bersamaan 1 Mei 2010 iaitu hari Sabtu jam 8.00 pagi di Markaz PAS Cawangan Felda Pasoh 1. Mesyuarat Agong ini telah dirasmikan oleh Saudara Zulkefly Mohamad Bin Omar iaitu Pesuruhjaya PAS NS.

Sebahagian perwakilan yang hadir. Arwah Tuan Syed Alias juga turut hadir
program terakhir beliau bersama PAS Jelebu sebelum dijemput oleh ALLAH.

Dalam ucapan aluan YDP PAS Kawasan Jelebu Haji Kateran Marman telah menyeru seluruh ahli PAS di Kawasan Jelebu untuk meneruskan dakwah mengajak orang Melayu supaya mempelajari ajaran Islam yang sebenarnya dan seterusnya mentauhidkan ALLAH. Menurut Haji Kateran PAS adalah satu-satunya parti di Malaysia ini yang dasarnya Islam dan hakikat penubuhannya adalah untuk menegakkan hukum ALLAH di mukabumi ini.

Ucapan perasmian PJN9. Sebelah YDP kelihatan arwah Ustaz Abdul Rahman Sidek
(Ketua Ulamak) PAS Jelebu, beliau juga dijemput oleh ALLAH 5 hari sebelum beliau
sempat hadir sebagai Perwakilan Kawasan ke Muktamar PAS Pusat

Dalam ucapan beliau PJ telah mengucapkan tahniah kepada PAS Kawasan Jelebu kerana telah berjaya menarik seramai 12 orang ahli UMNO dari cawangan Kg Gelang Pertang untuk masuk dan menandatangani borang menjadi ahli PAS. Ini satu tamparan yang hebat kepada Dato' Rais Yatim yang merupakan seorang menteri kanan dan juga Ketua UMNO Bahagian Jelebu. Menurut Saudara Zulkefly, Dato' Rais yang satu ketika dahulu pernah menjadi orang nombor 2 dalam Parti Melayu Semangat 46 tetapi sekarang telah lupa akan kenyataan2 yang pernah beliau katakan dulu terutamanya dalam hal "Membakar Jambatan dengan UMNO". PJ juga menyeru supaya generasi kedua FELDA menyertai satu persatuan yang nama ringkasnya ANAK di bawah Saudara Mazlan Aliman untuk membela nasib peneroka FELDA dan membongkar penyelewengan dan penipuan yang dilakukan oleh FELDA.
Seramai lebih kurang 100 orang ahli PAS dari cawangan-cawangan dalam Kawasan Jelebu telah hadir sebagai perwakilan dan pemerhati untuk Mesyuarat Agong PAS Kawasan Jelebu pada kali ini.

3 comments:

kalawangi said...

assalamualaikum wrwb...

nampaknya ada perkembangan dari segi keahlian PAS di jelebu. tapi kita kono terus berusaha menarik rakyat mendekati perjuangan islam khususnya di jelebu, pertamanya ahli2 PAS perlu ke hadapan dalam program2 takmir di masjid2.barulah masyarakat akan nampak wujudnya PAS di jelebu. sekian terima kasih.

lobai said...

Wow tompek den tu.. wak kateran toke ayam.. apo lak tak kone eh..
tak sangko felda pasoh satu berani jadi tuan rumah mesorat agogn PAS ..
tahniah Pasoh 1

Anonymous said...

Comment est-il difficile d'écrire un thème wordpress pour s'intégrer dans un site existant?