Friday, June 6, 2008

Bandingan Harga Minyak Sedunia

Ini adalah perbandingan harga minyak di negara-negara pengeluar minyak yang lain, jika hendak dibandingkan dengan Malaysia yang juga merupakan negara pengeluar minyak. Negara Venezuela tidak termasuk dalam persekutuan Negara-Negara Pengeluar Minyak (OPEC) bukan sebab negara tersebut kurang minyak tetapi atas sebab Venezuela tidak mahu terikat dengan berbagai-bagai syarat OPEC yang tidak menguntungkan mereka sebagai negara pengeluar minyak.
Malaysia selain dari negara pengeluar minyak gred bermutu tinggi (A) yang terutama dan terbesar juga adalah negara pengeluar getah dan kelapa sawit yang terbesar didunia. Malaysia adalah negara pengeluar minyak sawit yang terbesar didunia.
Apa lagi yang tak ada di Malaysia ini? Negara seperti UAE, Egypt dan lain2 semuanya tak ada getah dan kelapa sawit. Habis apa nak jadi dengan Malaysia ni? Adakah rakyat Malaysia nak tunggu negara ni sudah bangkrap baru nak tukar kerajaan BN/UMNO yang zalim ini?

Demonstrasi Aman Membantah Kenaikan Harga Minyak Pakatan Rakyat NS

Jumaat 6 Jun 2008 : Seremban

Pagi ini tepat jam 9.00 pagi gabungan parti-parti Pakatan Rakyat di Negeri Sembilan telah mengadakan satu demonstrasi aman di perkarangan Pasar Besar Seremban sebagai menunjukkan bantahan kepada kerajaan BN khususnya Pak Lah kerana telah menyusahkan dan memiskin kan lagi rakyat Malaysia dengan menaikkan harga minyak petrol sebanyak 0.78 sen menjadi RM2.70 seliter dan juga minyak diesel naik sebanyak RM1.00 seliter menjadi harga diesel sekarang kepada RM2.58 seliter.

Seluruh pemimpin parti-parti Pakatan Rakyat NS dari DAP,PAS dan PKR telah hadir dalam demonstrasi aman tersebut. DAP diwakili oleh Pengerusi DAP NS YB Loke dan juga Timbalan Pengerusi P.Guna. Pesuruhjaya PAS NS Saudara Zulkefly Mohamad Omar dan juga Ketua Pemuda PAS NS YB Taufek Ghani turut hadir. PKR dihadiri oleh Cikgu Bard Ahli Majlis Tertinggi PKR dan juga Setiausaha Perhubungan PKR NS Saudara Sabaruddin. Terdapat ramai lagi pemimpin-peminpin lain dari ketiga-tiga gabungan parti yang turut hadir bersama dalam demo aman membantah kenaikan harga minyak tersebut. Wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat seperti YB Aminuddin dan YB Chai Tong Chai turut hadir bersama.

Dalam ucapan beliau YB Loke menyatakan dengan kenaikan harga minyak ini BN telah menyusahkan rakyat kerana ia akan menyebabkan kenaikan harga barang dan juga kenaikan harga perkhidmatan seperti bas dan lain-lain. Saudara Zulkefly juga meminta seluruh rakyat Malaysia membantah kenaikan harga minyak ini dan sama-sama turun ke padang untuk menunjukkan bantahan tersebut. Kerajaan BN terus menerus menindas rakyat jelata, menurut Saudara Zulkefly. Cikgu Bard dalam ucapan beliau mencabar Pak Lah menurunkan harga minyak dan menegaskan supaya Pak Lah berundur atau turun dari takhta PM kerana Pak Lah sudah tidak layak memegang jawatan sebagai PM Malaysia kerana tidak habis-habis berbohong kepada rakyat dan menyusahkan rakyat.

Cikgu Bard juga menyatakan PROTES akan mengadakan "kick-off" di NS untuk siri rally membantah kenaikan harga minyak pada 14 Jun 2008 bersamaan pada hari Sabtu. Bantahan raksaksa atau besar-besaran menurut Cikgu Bard adalah pada 12 Julai 2008 di Menara KLCC.

Gambar-gambar demonstrasi aman membantah kenaikan harga minyak di Pasar Besar Seremban.








Wednesday, June 4, 2008

MINYAK NAIK - BN MEMANG TAK PATUT

Memang tak patut langsung kerajaan BN (Babi Negara) ni menaikkan harga minyak. Daripada harga sekarang yang dah sedia tinggi RM1.92 sen seliter naik 78 sen lagi dah jadi RM 2.70 seliter.Ini bukan nak menolong rakyat namanya.Malah nak membunuh dan menyusahkan rakyat adalah.Baru-baru ni harga beras naik dan seribu satu macam lagi akan naik akibat dari kenaikan harga minyak ini.Adakah ini yang dikatakan kerajaan yang prihatin kepada masalah rakyat?

Pak Lah semasa mengumumkan perkara ini di TV nampak mimik mukanya penuh selamba macam tak ada apa-apa yang besar berlaku.Maklumlah Pak Lah nak pergi mana-mana tak payah nak bayar harga minyak,tol dan sebagainya maka beliau tidak akan terasa dengan kenaikan harga minyak atau barang2 ini.Pak Lah pun tak payah makan dirumah macam rakyat biasa, sebab hari2 ada jamuan dan jemputan untuk beliau.Jadi bini dia JIN MATA DUA tak payah nak masak nasi untuk Pak Lah.Jadi tak ada lah terasa akan kenaikan harga beras dan sebagainya sebab tak payah nak susah2 pergi beli beras.

Yang terasa dan merasa akan segala susah payah dan perit jerih akan segala kenaikan ini adalah rakyat biasa macam kita-kita ni semua. Kereta kancil aku, dulu kalau isi penuh setangki RM 28 dah cukup.Bila minyak naik jadi RM 1.92 maka bila aku nak isi penuh setangki kena bayar RM 39 baru penuh.Sekarang dengan harga yang baru ini aku rasa, iaitu RM2.70 seliter aku rasa nak isi penuh setangki RM 50.00 tak cukup tu...Silap-silap RM60 baru penuh setangki.Esok baru aku nak isi sebab hari ni malas nak beratur 1 atau 2 km semata-mata nak ikut cakap BN yang naik kan harga minyak.

Kalau nak kira dengan harga lama harga minyak dah naik 100%. Beza RM30 tu aku boleh beli pampers dan susu untuk anak aku.Zalim betul BN ni.Habis anak aku nak kena berhenti susu lah camtu sebab nak isi minyak kereta? Mana boleh perut anak lebih penting dari minyak kereta.

Bagi aku kerajaan BN sial ni memang kerajaan yang tak bertanggungjawab dan menyusah kan rakyat.Mana-mana rakyat yang telah mengundi BN dalam pilihanraya baru-baru ni terima lah padah dan akibatnya sekarang.Aku teringat masa kempen pilihanraya itu hari ada satu makcik ni beritahu kat aku "Acik pangkah yang lamo yo jang, Acik tak nak makan ubi cam zaman Jopun marin doh". Habis baru2 ini masa kenaikan harga beras BN telah pun menyuruh rakyat makan ubi kentang, ubi kayu dan keledek untuk menggantikan nasi/beras.

Maka dengan kenaikan harga minyak ini pula, mungkin kerajaan BN akan menaikkan pula slogan menyuruh rakyat menjual kereta atau motor milik mereka dan menyuruh rakyat jalan kaki aje sebagai langkah untuk berjimat cermat duit gaji yang diperolehi.Dalam kerajaan yang sebodoh BN ini segala nya mungkin demi untuk menjaga kepentingan mereka...

Friday, May 16, 2008

Ceramah Umum

Ceramah Umum akan diadakan pada ketetapan berikut :-

Tarikh : 22 Mei 2008 (Khamis)
Masa : 9.00 malam
Tempat : Kg Sg Buluh, Spg Durian, Jelebu.

Penceramah :-
  1. Ustaz Nasrudin Hassan Al-Tantawi - Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat
  2. YB Taufek Ghani - ADUN Paroi
Semua di jemput hadir.

Yang benar,
Saiful Bahri Bin Jaaman
S/U PAS Jelebu

Wednesday, May 14, 2008

Mesyuarat Agong PAS Kawasan Jelebu 2

Mesyuarat Agong PAS Kawasan Jelebu telah dapat diadakan dengan jayanya.Perasmian telah disempurnakan oleh En Zulkifli Mohamad Bin Omar Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan.Antara pemimpin-pemimpin PAS Negeri Sembilan yang hadir adalah Cikgu Hassan Bin Taha (Ketua Penerangan PAS N9) dan juga Saudara Suhairi (SUK PAS N9).

Dalam ucapan beliau En Zulkifli menyatakan pemimpin tugas nya adalah untuk memimpin orang yang dibawahnya serta menunjukkan jalan yang betul kepada orang yang dipimpin sementara orang yang dipimpin pula tugasnya adalah untuk menegur pemimpin jika pemimpin tersebut telah tersalah jalan atau terpesong dari jalan yang sebenarnya. Menurut beliau lagi ahli PAS tidak perlu takut untuk menegur pemimpin kerana PAS mengamalkan sikap terbuka dan sesiapapun boleh menegur sesiapapun dengan tujuan untuk membetulkannya.Tetapi cara menegur mestilah bijaksana iaitu dengan tidak menjatuhkan air muka pemimpin tersebut, kata beliau lagi.

Tuan Hj Kateran Marman (Pemangku YDP Jelebu) dalam ucapannya meminta semua ahli PAS terutamanya di Jelebu istiqamah dalam perjuangan.Ahli PAS mestilah bersatu padu baik dalam senang mahupun dalam kesusahan untuk perjuangan Islam, kata beliau.Pengerusi majlis dan juga pengerusi tetap mesyuarat adalah Tuan Hj Jamalus Bin Mansor yang merupakan Ketua Penerangan PAS Kawasan Jelebu.

Semua cawangan telah menghantar perwakilan masing-masing.Suasana meriah terutamanya selepas menghadapi pilihanraya dapat dirasakan.

Dari kiri PJ, Pemangku YDP dan Ketua Penerangan N9 sedang
berbincang sebelum mesyuarat agong sambil minum air kelapa
yang dihidangkan

Sebahagian perwakilan yang hadir. Depan sekali Tn Hj Hassan Bendahari PAS Jelebu

Perwakilan Muslimat yang hadir. Kak Pah Ketua Muslimat MTD Klawang kiri sekali kelihatan ceria.

Cikgu Hassan Ketua Penerangan PAS N9 tak puas hati minum air kelapa aje.
Makan pulak isi kelapa muda kat bawah pokok tu. Kat markaz MTD Klawang ni memang banyak pokok kelapa.

Kanan sekali Abdul Hafiz anggota Unit Amal jelebu sedang menjalankan tugas beliau .

Friday, May 9, 2008

Mesyuarat Agong PAS Kawasan Jelebu

Mesyuarat Agong PAS Kawasan Jelebu untuk tahun 2008 akan diadakan pada ketetapan yang berikut :

Tarikh : 10/5/2008 (Sabtu)
Masa : 2.00 petang
Tempat : Markaz MTD Klawang, Kg Larong
Perasmi : Saudara Zulkefly Mohamad Bin Omar (PJ NS)

Semua perwakilan dan pemerhati dari cawangan-cawangan di seluruh PAS Kawasan Jelebu adalah di jemput hadir.

Friday, April 25, 2008

USRAH MTD KLAWANG

Usrah MTD Klawang akan diadakan pada :-

Tarikh : 3 Mei 2008 / 27 Rabiulakhir 1429

Masa : 7 malam (maghrib)

Tempat : Rumah Encik Samsudin Bin Mohamad
Kg Ulu Jelebu, Kuala Klawang


Naqib : Ustaz Suhaimi Bin Kassim
Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Seremban


Semua ahli dan AJK MTD Klawang di jemput hadir.

Yang benar,
Saiful Bahri Bin Jaaman
Setiausaha MTD Klawang