Friday, May 16, 2008

Ceramah Umum

Ceramah Umum akan diadakan pada ketetapan berikut :-

Tarikh : 22 Mei 2008 (Khamis)
Masa : 9.00 malam
Tempat : Kg Sg Buluh, Spg Durian, Jelebu.

Penceramah :-
  1. Ustaz Nasrudin Hassan Al-Tantawi - Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat
  2. YB Taufek Ghani - ADUN Paroi
Semua di jemput hadir.

Yang benar,
Saiful Bahri Bin Jaaman
S/U PAS Jelebu

Wednesday, May 14, 2008

Mesyuarat Agong PAS Kawasan Jelebu 2

Mesyuarat Agong PAS Kawasan Jelebu telah dapat diadakan dengan jayanya.Perasmian telah disempurnakan oleh En Zulkifli Mohamad Bin Omar Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan.Antara pemimpin-pemimpin PAS Negeri Sembilan yang hadir adalah Cikgu Hassan Bin Taha (Ketua Penerangan PAS N9) dan juga Saudara Suhairi (SUK PAS N9).

Dalam ucapan beliau En Zulkifli menyatakan pemimpin tugas nya adalah untuk memimpin orang yang dibawahnya serta menunjukkan jalan yang betul kepada orang yang dipimpin sementara orang yang dipimpin pula tugasnya adalah untuk menegur pemimpin jika pemimpin tersebut telah tersalah jalan atau terpesong dari jalan yang sebenarnya. Menurut beliau lagi ahli PAS tidak perlu takut untuk menegur pemimpin kerana PAS mengamalkan sikap terbuka dan sesiapapun boleh menegur sesiapapun dengan tujuan untuk membetulkannya.Tetapi cara menegur mestilah bijaksana iaitu dengan tidak menjatuhkan air muka pemimpin tersebut, kata beliau lagi.

Tuan Hj Kateran Marman (Pemangku YDP Jelebu) dalam ucapannya meminta semua ahli PAS terutamanya di Jelebu istiqamah dalam perjuangan.Ahli PAS mestilah bersatu padu baik dalam senang mahupun dalam kesusahan untuk perjuangan Islam, kata beliau.Pengerusi majlis dan juga pengerusi tetap mesyuarat adalah Tuan Hj Jamalus Bin Mansor yang merupakan Ketua Penerangan PAS Kawasan Jelebu.

Semua cawangan telah menghantar perwakilan masing-masing.Suasana meriah terutamanya selepas menghadapi pilihanraya dapat dirasakan.

Dari kiri PJ, Pemangku YDP dan Ketua Penerangan N9 sedang
berbincang sebelum mesyuarat agong sambil minum air kelapa
yang dihidangkan

Sebahagian perwakilan yang hadir. Depan sekali Tn Hj Hassan Bendahari PAS Jelebu

Perwakilan Muslimat yang hadir. Kak Pah Ketua Muslimat MTD Klawang kiri sekali kelihatan ceria.

Cikgu Hassan Ketua Penerangan PAS N9 tak puas hati minum air kelapa aje.
Makan pulak isi kelapa muda kat bawah pokok tu. Kat markaz MTD Klawang ni memang banyak pokok kelapa.

Kanan sekali Abdul Hafiz anggota Unit Amal jelebu sedang menjalankan tugas beliau .

Friday, May 9, 2008

Mesyuarat Agong PAS Kawasan Jelebu

Mesyuarat Agong PAS Kawasan Jelebu untuk tahun 2008 akan diadakan pada ketetapan yang berikut :

Tarikh : 10/5/2008 (Sabtu)
Masa : 2.00 petang
Tempat : Markaz MTD Klawang, Kg Larong
Perasmi : Saudara Zulkefly Mohamad Bin Omar (PJ NS)

Semua perwakilan dan pemerhati dari cawangan-cawangan di seluruh PAS Kawasan Jelebu adalah di jemput hadir.

Friday, April 25, 2008

USRAH MTD KLAWANG

Usrah MTD Klawang akan diadakan pada :-

Tarikh : 3 Mei 2008 / 27 Rabiulakhir 1429

Masa : 7 malam (maghrib)

Tempat : Rumah Encik Samsudin Bin Mohamad
Kg Ulu Jelebu, Kuala Klawang


Naqib : Ustaz Suhaimi Bin Kassim
Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Seremban


Semua ahli dan AJK MTD Klawang di jemput hadir.

Yang benar,
Saiful Bahri Bin Jaaman
Setiausaha MTD Klawang

Thursday, April 17, 2008

25 ORANG SERTAI PAS DI DUN KLAWANG

Kuala Klawang 11 April 2008 : Bersempena dengan malam ceramah meraikan kemenangan PAS di Klawang baru-baru ini seramai 25 orang bekas ahli UMNO dan bekas ahli Parti Melayu Semangat 46 Jelebu telah menandatangani dan menyerahkan borang untuk menjadi ahli PAS. Rata-rata mereka ini adalah penduduk Kg Kampai dan Kg Peradong yang terletak di dalam DUN Klawang. Gerakan untuk mencari ahli baru ini telah digerakkan oleh orang lama PAS Jelebu iaitu Angah Rohan dengan dibantu oleh Ketua Pemuda MTD Klawang Saudara Shamsul Baharin.

Majlis penyerahan borang telah disempurnakan oleh Pengarah MTD Klawang Hj Hassan Abdul Rahman yang telah menyerahkan borang tersebut kepada Hj Jaaman Abu YDP PAS Kawasan Jelebu. Pengerusi ceramah malam tersebut Saudara Saiful menyatakan PAS MTD Klawang akan terus berusaha untuk menambahkan ahli PAS di Jelebu terutamanya di Klawang. Cawangan-cawangan PAS yang baru akan ditubuhkan di Jelebu, kata beliau lagi. Pada malam tersebut kaunter pendaftaran ahli PAS yang baru juga turut dibuka. Sambutan dari orang Jelebu sangat menggalakkan sehinggakan Pengerusi Majlis menyatakan "Membibih-bibih orang Melayu nak masuk PAS dan PKR sekarang ini kerana kapal UMNO telah hampir tenggelam, bersama dengan tenggelamnya UMNO/BN dalam pilihanraya ke-12 yang lalu"

Wednesday, April 16, 2008

CERAMAH KEMENANGAN

Kuala Klawang 11 April 2008 : PAS Majlis Tindakan DUN (MTD) Klawang telah mengadakan satu ceramah umum untuk meraikan ADUN PAS Paroi Haji Taufek Ghani yang telah menjadi anak tunggal PAS di DUN Negeri Sembilan. Penceramah tamu pada malam tersebut adalah YB Hj Saari Sungib ADUN PAS Hulu Kelang dan juga YB Aminuddin Harun ADUN PKR Sikamat. Cikgu Majid Timbalan YDP Jempol dan Saudara Hassan Tamby Pengarah MTD Paroi turut hadir bersama dalam majlis tersebut.

Hj Jaaman Abu YDP PAS Kawasan Jelebu dalam ucapan aluan beliau menyatakan inilah sejarah PAS NS kerana dalam PRU-12 ini PAS NS telah berjaya menghantar 1 orang wakil ke sidang DUN NS. Hj Jaaman menyatakan keyakinan beliau kepada kebolehan dan kelantangan YB Taufek untuk menegakkan hak rakyat pada sidang DUN NS kali ini.

YB Saari Sungib dalam ucapan beliau menyatakan bahawa di Negeri Selangor Pakatan Rakyat yang di dokongi oleh PAS, PKR dan DAP sedang berusaha dengan giat dan bersungguh-sungguh untuk meneruskan agenda kemajuan Selangor sambil memberikan kesejahteraan kepada rakyat Selangor. Dalam kes isu babi di Tanjung Sepat kata beliau segala surat bukti, perjanjian dsbnya telah berada di tangan pemerintah Negeri Selangor iaitu parti Pakatan Rakyat. Hanya masa akan menentukan siapa di pihak yang benar dan siapa sebenarnya yang berbohong, menurut YB Saari.

Monday, April 7, 2008

CERAMAH KEMENANGAN

Satu ceramah akan diadakan pada ketetapan yang berikut :-

Tarikh : 11/4/08 (JUMAAT)

Masa : 9.00 malam

Tempat :-
Markaz MTD Klawang
Lot 415, Kg. Larong, 71600 Kuala Klawang,
Jelebu, N.Sembilan.

Penceramah :-
1) YB Haji Saari Sungib
ADUN PAS Hulu Kelang

2) YB Haji Taufek Ghani
ADUN PAS Paroi

3) YB Saudara Aminuddin Harun
ADUN PKR SIKAMAT


Semua di jemput hadir.

Yang benar,
Saiful Bahri Bin Jaaman
Setiausaha MTD Klawang