Sunday, June 12, 2011

Timbalan Presiden Rasmikan Tabung Syiling Dana Pilihanraya PAS Jelebu

Taman Melewar 4 Jun 2011 - Pada hari kedua Muktamar, PAS Kawasan Jelebu telah melancarkan Tabung Syiling untuk membantu Dana Pilihanraya PAS Kawasan Jelebu di tapak Muktamar di Taman Melewar. Perasmian tersebut telah disempurnakan oleh Tuan Hj Mohamad Sabu yang baru diumumkan sebagai Timbalan Presiden PAS yang baru.

Dari kiri Hj Majid (TYDP Jempol), Hj Jaaman, Anif, Pn Osnidah dan
Saiful bersama Tabung Syiling Dana Pilihanraya PAS Jelebu

Timbalan Presiden telah memotong riben tabung yang disediakan bagi menandakan pelancaran Tabung Syiling tersebut. Orang ramai yang berada di sekeliling telah mengambil kesempatan mendermakan semua syiling mereka ke dalam tabung tersebut sambil tidak melepaskan peluang bersalaman dengan Hj Mohamad Sabu Timbalan Presiden PAS yang baru. Dalam masa 20 minit sahaja setengah tabung itu telah berjaya diisikan dengan syiling.

Hj Mohamad Sabu (Timbalan Presiden) memasukkan syiling ke dalam
tabung tersebut selepas memotong riben merasmikan nya.


PAS Kawasan Jelebu mengucapkan terima kasih kepada Timbalan Presiden Tuan Hj Mohamad Sabu dan juga orang ramai yang sudi menyumbang syiling mereka kepada PAS Jelebu.

Saya sempat bersalam dengan Hj Mohamad Sabu mengucapkan tahniah
atas kemenangan beliau sebagai Timbalan Presiden.

1 comment:

Anonymous said...

mano eh kempen bersih 2.0...