PAS Kawasan Jelebu mengucapkan syabas dan tahniah kepada Dato' Sri Nizar kerana telah melaungkan "Suara Rakyat,Suara Keramat" yang menggesa kepada pembubaran DUN Perak sejurus selepas mengangkat sumpah sebagai ahli Parlimen Bukit Gantang.
Tindakan kepimpinan yang spontan dan ikhlas membela rakyat ini lah yang diharapkan dalam Parlimen Malaysia ini.Sehubungan dengan itu PAS Kawasan Jelebu menyokong penuh tindakan Dato' Sri di Parlimen pada 15hb Jun tersebut.
Tindakan Dato' Sri Nizar telah membuatkan Pandikar Amin kaget dan cemas terutamanya dengan kehadiran Najib yang buat kali pertama datang ke Parlimen sebagai Perdana Menteri sehingga membuatkan Pandikar Amin terpaksa menggantung Dato'.
Kami PAS Kawasan Jelebu berharap Dato' Sri akan terus membawa suara-suara rakyat ke Parlimen dengan berani dan tegas.
Takbir....
BUBAR DUN PERAK.
Saiful Bahri Bin Jaaman
Setiausaha PAS Kawasan Jelebu
4 comments:
mano poie....???
up date laaa jang oooiiii
dah masuk dua bulan...mcm2 citer dah kuar,sampai yg mati jatuh bangunan pun ade...tolong update jang ooooiiiii
Sobar,angahcipoi ada busy skit dala sebulan ni.lopeh tu sakit dan domam pulak.tu sumo yang maleh bukak komputer tu.Alhamdulillah sekarang dah sihat skit dah.
jhgwqlspw [url=http://ricostrong.net]Rico Strong[/url]
Post a Comment