Thursday, June 4, 2009

Perwakilan Jelebu Ke Muktamar 55

Muktamar PAS Pusat akan bermula esok 5 Jun sehingga 7 Jun 2009. PAS Kawasan Jelebu akan menghantar 5 orang perwakilan untuk menghadiri muktamar tersebut.
Perwakilan PAS Jelebu untuk muktamar pada kali ini adalah :-

1) Haji Kateran Bin Marman (YDP Kawasan)
2) Haji Jamalus Bin Mansor (TYDP)
3) Sdra Nor Anif Bin Selamat (NYDP)
4) Sdra Saiful Bahri Bin Hj Jaaman (Setiausaha)
5) Tuan Syed Alias Bin Syed Samara (AJK Kawasan)

Pada muktamar kali ke-55 ini PAS Kawasan Jelebu telah mencalonkan Tuan Haji Mohamad Bin Sabu sebagai calon Timbalan Presiden. Sementara sebagai calon Naib Presiden PAS, Kawasan Jelebu telah mencalonkan Ustaz Hj Ahmad Awang, YB Salahuddin Ayob dan juga YB Dato’ Mahfuz Omar. Walaubagaimanapun Ustaz Ahmad Awang telah menarik diri untuk mempertahankan jawatan Naib Presiden yang beliau sandang sekarang ini

Selain itu PAS Kawasan Jelebu juga telah mencalonkan Sdra Zulkefly Mohamad Bin Haji Omar, Pesuruhjaya PAS NS dan YB Sdra Haji Taufek Bin Ghani sebagai calon tempatan untuk bertanding jawatan AJK PAS Pusat. Kami berharap dan berdoa agar semua yang dicalonkan akan menang dalam jawatan yang dipertandingkan.

Selamat berMuktamar. Jumpa di Shah Alam.....

3 comments:

kalawangi said...

assalamualaikum...

ape pandangan pasjelebu tentang kerajaan perpaduan?...apakah pasjelebu nak berkawan dgn dato' rais,dato' jalal,dato' razak n habibontot?....

angahcipoi said...

Pandangan peribadi saya kerajaan perpaduan adalah satu perangkap UMNO/BN untuk melemahkan dan menghancurkan PAS.Ini adalah satu taktik halus BN untuk menyekat kemajuan & sokongan berterusan rakyat kepada PAS.
Masalah nya kepimpinan PAS juga melatah dan ada yang termakan hasutan dan propaganda kerajaan perpaduan ini.
Saya secara peribadi nya langsung tidak bersetuju atau menyukai saranan kerajaan perpaduan ini kerana saya sebelum menyertai PAS adalah ahli dan AJK UMNO maka saya tahu taktik dan cara jahat UMNO menyingkir dan menghapuskan seseorang itu.

kalawangi said...

syukur alhamdulillah...

harap2 PAS jelebu terus istiqamah menentang konsep kerajaan perpaduan walaupun terpaksa mengorbankan TGHA,nasha n stopa ali.

nampaknya keADILan jelebu dah kembali hidup, ada blognya...mudahan lepas ni ada blog pakatan rakyat jelebu...amin

p/s : MJKK dalam kenangan 2004-2008