Tuesday, May 19, 2009

APO NAK DI KATO

Artikel asal dari blog orangklawang.blogspot.com.


Hari ini sah bahawa UMNO/BN tidak akan bertanding di DUN Penanti menentang calon PR/PKR Dr Mansor Othman. Pengumuman Najib itu memeranjatkan banyak pihak tetapi yang paling terperanjat adalah penyokong dan ahli-ahli UMNO akar umbi.Aku saja ambil cuti hari ini untuk pergi minum kat warung teh depan rumah nak dengar cerita kawan-kawan UMNO pasal perkara ni.Rata-rata orang-orang UMNO ini tak puas hati dengan keputusan ini walau apa pun alasan yang diberikan oleh Najib.


Apo Nak Di Kato apabila yang memegang tampuk UMNO adalah orang yang tak biasa susah atau kalah. Dari kecil dah biasa jadi anak PM maka dah tentu lah kaya dan sentiasa ada orang yang menjaga (pengawal peribadi). Maka siapa yang nak usik atau mengejek. Tak macam Presiden UMNO yang dulu-dulu semua nya berjuang dari bawah sebelum dapat menjadi Presiden parti.


Apo pun APO NAK DI KATO nasi dah jadi bubur.Tak kan Najib nak tarik balik pulak keputusan nya. Buat ahli UMNO kampong dan bawahan TOLAN AJO LAH. Kami Pakatan Rakyat tetap bertanding.


BUBAR KAN DUN PERAK.


http://orangklawang.blogspot.com/

http://pasjelebu.blogspot.com/

11 comments:

Minangz Boy said...

betul tu ngah....bukan semua pemimpin sanggup terimo kekalahan tapi ado masonya....kito keno pikir keutamaan rakyat....bila mikir-mikir balik dari buang duit macam tu ajo...apo kato kita guna buat pembangunan ado baiknyo

angahcipoi said...

Minang Boy bertanding pilihanrayo bukan sajo-sajo yo tapi untuk dapek mandat rakyat bagi merancang pembangunan dan merencanakan kesejahteraan rakyat.
Biaso eh pembangunan adalah modal yang biaso dicanangkan oleh UMNO/BN dalam mano2 pilihanrayo.BN bertanding untuk membangunkan kawasan atau tompek tersebut.
Mako dalam kes Penanti ni apobilo UMNO/BN tak nak bertanding adakah UMNO/BN tak nak membangunkan atau membawa pembangunan kepada rakyat Penanti???Atau UMNO/BN dah lupo dan tak nampak lai akan Penanti ni...

Anonymous said...

Melayu sekarang lebih berani bersaing dgn bangsa lain tanpa mengharapkan kerajaan kerana selama ini pun mereka berdiri atas kaki sendiri. Bukannya seperti LEMBU2 perliharaan UMNO yang senantiasa disuap dgn segala projek dan peruntukan yg tidak seberapa tu..

Melayu kini juga sudah tidak mengharapkan kepada rajanya lagi bagi membela mereka semua kerana melayu kini telah mengeri bahawa raja2 mereka juga telah dipasung dan dimandulkan kuasa pemerintahannya oleh anak didik penjajah British yg terdiri daripada pejuang2 kemerdekaan ciptaan pihak inggeris itu sendiri..

Sila Rujuk kpd sejarah negara2 islam yang pernah dijajah oleh puak kuffar ini.. baik penjajah British, belanda, sepanyol, dan italy.. bagaimana mereka ini telah memutarkan minda, pegangan serta akidah umat islam serta memciptakan pejuang2 kemerdekaan hasil didik serta jarum2 yahudi dan nasara agar terus diwariskan kpd umat islam di dalam negara2 yg mereka jajah..

Anonymous said...

Justeru tu ramai dari kalangan melayu terpelajar tak hormat dgn puak2 UMNO ni sebab BODOH serta malas belajar dan membuat kajian ada tu sampai malas berfikir sebab semuanya UMNO sumbat dalam tembolok mereka sampai mereka mati akal serta daya pemikiran..

Mintak maaf kpd penyokong UMNO..sebenarnya zaman melayu menjadi LEMBU telah berakhir..( cuma ada sebahagian daripadanya yg masih lagi kekal bodoh macam LEMBU mungkin berpegang kepada slogan dulu kini dan selamanya tetap sebagai LEMBU ) melayu kini lebih ke hadapan dalam menilai setiap peristiwa dan apa yg berlaku dihadapan mata, melayu sekarang ni lebih kritis memperjuangkan agama, nasib dan ekonomi bangsanya..

Anonymous said...

Belajarlah Sejarah Agama Islam serta sirah Rasulullah dan para sahabat serta syuhada`..bukan hanya belajar sejarah bangsa sendiri sahaja..

Adakah diri dan jasad manusia tanpa mengenal agama tidak perlu dihormati ? Tidakkah Al-Quran menyatakan “ Sesungguhnya kami memuliakan Bani Adam” ?

Bukankah Syaidina Umar r.a pernah menegur dengan keras dan bengis terhadap Gabenor Mesir Amru Al’As apabila anaknya Muhammad memukul seorang rakyat qibti dengan kata-kata berikut “ Sejak bila kamu diberi ( Hak ) lesen/permit memperhambakan sesama manusia sedangkan manusia itu dilahirkan oleh ibu-ibu mereka dalam keadaan bebas ”

Anonymous said...

Sabda Rasulullah s.a.w ;

قال الرسول(ص): لَيْسَ مِنَّا مَنْ دَعَا إِلَى عَصَبِيَّةٍ ولَيْسَ مِنَّا مَنْ قَاتَلَ على عَصَبِيَّةٍ و لَيْسَ مِنَّا مَنْ مَاتَ على عَصَبِيَّةٍ

Bukan dari kalangan ku org yg menyeru ke arah assobiyyah/ Kebangsaan, bukan dari kalangan ku org yg berperang di atas dasar assobiyyah dan bukan dari kalangan ku org yg mati di atas dasar assobiyyah ( Kebangsaan ).

RASULULLAH TIDAK MENGAKU UMAT SERTA MELAKNAT KEPADA SESIAPA YANG BERJUANG ATAS DASAR BANGSA..

Kalau Rasulullah sendiri dah tak mengaku umat kat padang Mahsyar nanti korang nak mintak syafaat dgn sape..??
Dengan Hang Tuah kerr sbb korang selalu sebut kata2 yg kononnya keramat bagi korang " Tak kan melayu hilang di dunia ' atau pun korang akan mintak syafaat dari anak didik British Tunku A BEDOL Raman yg mmg terkenal dgn kaki pompuan. kaki minum, kaki judi dan stable lumba kuda..

Anonymous said...

Sedangkan DAP rata2nya bangsa cina yg beragama budha dan ada yg tidak berpegang kepada agama..

Sejarah telah membuktikan penganut agama budha tidak pernah menjajah mana2 negara umat islam berbanding dgn Yahudi dan nasara ( kristian ) dan lupa ker dgn Perang salib atau mmg tak tahu tentang sejarah agama islam dan tak minat dgn agama islam..

UMNO menuduh DAP sebagai kaffir harbi... bila pulak para ulamak UMNO memfatwakan DAP sebagai kaffir Harbi..

kalau benar DAP kaffir harbi sila desak mufti UMNO keluarkan fatwa tersebut secepat mungkin..

Sabda Rasulullah s.a.w

"Janganlah kebencian kamu kepada satu kaum menyebabkan kamu berlaku tidak adil, berlaku adillah kerana dengannya ( melakukan keadilan ) akan mendekatkan kepada taqwa.”

Anonymous said...

KHAS BUAT pejuang2 semua para pejuang UMNO di selatan tanah air..!!

Betapa Jahilnya manusia bila hati telah hitam dari cahaya agama kerana banyak sangat makan dan bergelumangan dgn hasil serta pencarian yang haram dan menganut fahaman kebangsaan .

Dibawah ini aku titipkan antara natijahnya hasil yang haram jika telah menjadi sebati dgn darah daging kita dan berakidahkan semangat kebangsaan ( Assobiyah ).

Semua tu alasan org2 yang berfahaman serta berakidahkan semangat Assobyiah..Kononnya tak nak masuk PAS sebab PAS bergabung dgn DAP..

Selama ni UMNO bergabung dgn Komponen2 dari sabah yg terang2 bukan islam dan UMNO melantik Jafry Ketingan sbg ketua menteri tak pe pulak.. Sedangkan Jafri ketingan itu adalah Ketua gerakan Kristian Asia tenggara..

Beliaulah yg merancang dan telah memurtadkan beribu umat islam diseluruh nusantara.. beliau di iktiraf sebagai wakil misioneries oleh ketua padri dari vertican city malah berjuta2 dollar disalurkan kepada beliau bagi membeli akidah umat islam nusantara termasuk malaysia..

Anonymous said...

angah...war-warkan lah tabung derma bangunan pas jelebu tu...

laju skit...kito dah nak monang dah nih....

kalawangi said...

saya setuju bab war-warkan tabung bangunan pas jelebu tu...eloklah diwar-warkan segera...

angahcipoi said...

Insyalallah kepada sesiapa yang nak membantu PAS Jelebu tu jangan lah malu2 dan segan masuk kan aje RM tu ke dalam akaun bank Tabung Bangunan PAS Jelebu tu. Bayar zakat atau sedekah kat Tabung PAS Jelebu tu pun lebih baik.SONYAP2 YO MASUK KAN. HANYA ALLAH JUA YANG MENGETAHUI. lEBIH AFDHAL & IKHLAS KAN !!!