Saturday, April 18, 2009

Mesyuarat Agong PAS KawasanJelebu Kali Ke-20

PAS Kawasan Jelebu telah berjaya mengadakan Mesyuarat Agong Kali Ke- 20 pada 12hb April 2009 (Ahad) baru-baru ini di Markaz PAS Cawangan Kg Jerang, Simpang Durian. Mesyuarat Agong tersebut telah dirasmikan oleh Ybhg Ustaz Hj Abdul Ghani Bin Abdul Rahman, AJK PAS Pusat yang juga merupakan Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka. Seramai 60 orang perwakilan dari cawangan-cawangan PAS di seluruh Kawasan Jelebu telah hadir.

Hj Kateran (YDP PAS Jelebu) sedang memberikan ucapan alu-aluan

Dalam ucapan perasmian beliau Ustaz Ghani menyeru ahli dan AJK PAS memberikan contoh tauladan yang baik kepada isteri dan anak-anak. Beliau juga menyeru ahli-ahi PAS supaya mendaftarkan anak-anak dan isteri sebagai ahli PAS dan juga mendaftar menjadi pemilih jika anak-anak tersebut telah pun cukup umur untuk mengundi. Selain itu beliau menasihati semua ahli PAS agar banyak kan bersedekah kepada jemaah demi untuk membantu perjuangan menegakkan hukum-hukum Islam di bumi ALLAH ini. Ahli PAS Kawasan Jelebu perlu memenuhkan tabung kewangan PAS Kawasan Jelebu untuk membantu menggerakkan aktiviti PAS Kawasan, ujar beliau lagi.

Ybhg Ustaz Abdul Ghani sedang menyampaikan ucapan perasmian

Selain itu beliau turut menegur markaz PAS Cawangan Kg Jerang yang telah pun uzur dan sepatutnya di baik pulih. Ustaz Ghani juga menyeru kepada Ahli PAS Kawaan Jelebu yang mempunyai banyak harta supaya menginfakkan tanah atau pun bangunan kepada PAS Kawasan untuk di jadikan markaz cawangan ataupun markas tarbiah kawasan.
Mesyuarat Agong PAS Kawasan Jelebu kali ke-20 telah dirasmikan oleh Ybhg Ustaz Abdul Ghani dengan bacaan Ummul Kitab - Al Fatihah.

Sebahagian perwakilan cawangan-cawangan yang hadir


Semua perwakilan termasuk dari Muslimat tekun mendengar ucapan Ustaz Ghani

Perwakilan menjamu selera (maka tengahari) selepas mesyuarat selesai

6 comments:

Anonymous said...

PAS Jelebu di harap akan terus bergerak aktif demi untuk menawan sekurang-kurang nya 1 DUN pada PRU 13 nanti. Sebaik-baiknya tawan terus kerusi Parlimen Jelebu dari Rais

ALI MAIDIN said...

Pul,kuatkan dan tingkatkan sokongan China kepada Pas. Buat lawatan ke Kelantan dan kedah.

Anonymous said...

kerapkan ceramah...klu blh skali skalo jemput yg power2...mat sabu,hassan ali...husam musa...klu ada modal...hj hadi,nik aziz.team power pkatan...anwar,lim guan eng...

jemput sham rais pun ok.nampak sosialis tapi byk rahsia jelebu dlm kocek dia, satu lagi dia bleh tarik anak2 muda...

Anonymous said...

orang seremban,org jelobu kono bori 3 sebab nak undi mat sabu jadi timbalan president....pasal, ketidakjayaan dio menguruskan masalah kawasan seremban jadi masalah bosa sekarang

kalawangi said...

assalamualaikum...

teguran Ustaz Ghani perlu diambik kira oleh semua aktivis PAS/PR kawasan Jelebu...berbanding kawasan lain, nampaknya PAS kawasan Jelebu tak buat persiapan rapi untuk mengadakan mesyuarat agong kawasan...takkan banner mesyuarat agong kawasan pun tak mampu nak dibuat...markas PAS kg jerang pun nampak tak sesuai sebagai tempat mesyuarat agong.

saya rasalah eloklah PAS jelebu memikirkan satu tempat untuk dijadikan markas tarbiyah PAS kawasan jelebu, mungkin Balai Islam Kg Kuala Pah adalah pilihan paling sesuai.

sekian. terima kasih.

angahcipoi said...

Insyallah PAS Jelebu akan terus bergerak aktif.
Buat Saudara ku Abang Ali Maidin lama tul tak dongar kabar berita.Alhamdulillah harap sihat walafiat adanya.Selalu2 lah lawat blog ni.Insyallah jika ada apa2 komen terhadap kami PAS Jelebu jangan lah simpan2 taburkan aje insyallah diharap dapat menjadi petunjuk berguna. Salam...
Jawapan Buat bro/sis anonymous 4 - PAS Jelebu calonkan Hj Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden kerana:-
1)Hj Mat Sabu adalah pejuang PAS yang tulen,beliau pernah duduk dibawah dan juga di atas dalam saf kepimpinan PAS Pusat,namun beliau tak kira semua tu dan perjuangan tetap di teruskan.
2)Beliau seorang yang berani ke depan dalam apa jua demonstrasi jalanan dan menjadi ketua dalam banyak tunjuk perasaan.PAS perlukan pemimpin sebegini selain dari ulamak yang menjadi tonggak/tiang PAS.Kerana apabila kita berani,orang akan takut.Sudah jadi lumrah alam ada 2 lawan sahaja di dunia ini - Berani lawan takut,lelaki lawannya perempuan,benar lawannya salah,siang lawannya malam.
3)Kerana Hj Mat Sabu 6 tahun bersama kami PAS Jelebu mengharung mahkamah Jelebu dalam kes tangkapan ceramah di Kg Chenor, Kuala Klawang.Selama 6 tahun tersebut beliau berulang alik ke Jelebu dengan Saudara Hanipa Maidin untuk hadir ke perbicaraan mahkamah tersebut tanpa gagal sekali pun.Tak kan itu AJK PAS Jelebu nak lupakan pula.Antara yang ditangkap adalah Hj Mat Sabu,Sdra Cikgu Bad,Ayahanda Hj Jaaman,Hj Jamalus,Sdra Nor Anif dan Dr Rosli Yaakop.