Wednesday, May 14, 2008

Mesyuarat Agong PAS Kawasan Jelebu 2

Mesyuarat Agong PAS Kawasan Jelebu telah dapat diadakan dengan jayanya.Perasmian telah disempurnakan oleh En Zulkifli Mohamad Bin Omar Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan.Antara pemimpin-pemimpin PAS Negeri Sembilan yang hadir adalah Cikgu Hassan Bin Taha (Ketua Penerangan PAS N9) dan juga Saudara Suhairi (SUK PAS N9).

Dalam ucapan beliau En Zulkifli menyatakan pemimpin tugas nya adalah untuk memimpin orang yang dibawahnya serta menunjukkan jalan yang betul kepada orang yang dipimpin sementara orang yang dipimpin pula tugasnya adalah untuk menegur pemimpin jika pemimpin tersebut telah tersalah jalan atau terpesong dari jalan yang sebenarnya. Menurut beliau lagi ahli PAS tidak perlu takut untuk menegur pemimpin kerana PAS mengamalkan sikap terbuka dan sesiapapun boleh menegur sesiapapun dengan tujuan untuk membetulkannya.Tetapi cara menegur mestilah bijaksana iaitu dengan tidak menjatuhkan air muka pemimpin tersebut, kata beliau lagi.

Tuan Hj Kateran Marman (Pemangku YDP Jelebu) dalam ucapannya meminta semua ahli PAS terutamanya di Jelebu istiqamah dalam perjuangan.Ahli PAS mestilah bersatu padu baik dalam senang mahupun dalam kesusahan untuk perjuangan Islam, kata beliau.Pengerusi majlis dan juga pengerusi tetap mesyuarat adalah Tuan Hj Jamalus Bin Mansor yang merupakan Ketua Penerangan PAS Kawasan Jelebu.

Semua cawangan telah menghantar perwakilan masing-masing.Suasana meriah terutamanya selepas menghadapi pilihanraya dapat dirasakan.

Dari kiri PJ, Pemangku YDP dan Ketua Penerangan N9 sedang
berbincang sebelum mesyuarat agong sambil minum air kelapa
yang dihidangkan

Sebahagian perwakilan yang hadir. Depan sekali Tn Hj Hassan Bendahari PAS Jelebu

Perwakilan Muslimat yang hadir. Kak Pah Ketua Muslimat MTD Klawang kiri sekali kelihatan ceria.

Cikgu Hassan Ketua Penerangan PAS N9 tak puas hati minum air kelapa aje.
Makan pulak isi kelapa muda kat bawah pokok tu. Kat markaz MTD Klawang ni memang banyak pokok kelapa.

Kanan sekali Abdul Hafiz anggota Unit Amal jelebu sedang menjalankan tugas beliau .

6 comments:

Anonymous said...

Berkenaan isu kelemahan pengangkutan awam di Jelebu boleh tak dapatkan maklumat berikut :

1. Anggaran jumlah mereka yang menggunakan bas diantara Jelebu dan Seremban dalam sehari ?
2. Nama syarikat, alamat, no tel dan pengurus yang menjalankan operasi bas awam ini ?
3. Bilangan bas yang dimiliki oleh syarikat bas berkenaan dan umur bas mereka serta berapa jumlah yang berfungsi ?
4. Kekerapan masa menunggu bas ?
5. Tambang bas dari Jelebu ke Seremban ?
6. Bas terawal dan terakhir dari Jelebu- Seremban pukul berapa ?
7. Lain-lain maklumat yang perlu.

Apakah alasan yang diberikan oleh pemilik syarikat bas atas kelewatan perkhidmatan
1. Bas lama sentiasa rosak
2. Tiada pemandu, tiada mekanik, tiada konduktor
3. Tambang tidak dapat dinaikkan
4. Kos yang banyak untuk permit bas, pemeriksaan Puspakom dsbnya
5. Sukar dapat bekalan disel
6. Lain-lain

Apakah cadangan yang diberikan oleh pemilik syarikat bas untuk meningkatkan perkhidmatan mereka
1. Minta kerajaan beri kebenaran naik tambang bas
2. Minta kerajaan negeri bero subsidi disel, sepertimana perkhidmatan bas percuma dalam bandar Seremban
3. Minta kerajaan negeri tampung perbelanjaan permit bas, Puspakom dsbnya
4. Lain-lain

Anonymous said...

harap dapat listingkan saf kepimpinan PAS jelebu dan kepimpinan BR jelebu

keadilan jelebu apaciter?
DAP jelebu?

copek jang...apo dok tomonong laie...kang kok abih milah dikobeh orang...

Anonymous said...

Blog PAS Jelebu mesti ada keunikan. Cuba elakkan gambar yang kutuk pemimpin UMNO dan BN. Lebih kurang macam perangai UMNO je yang kutuk pemimpin mereka belakang-belakang. Orang atas pagar, golongan professional tak suka gambar-gambar macam ni. Banyakkan gambar aktiviti Jelebu, masalah rakyat Jelebu dan sebagainya. Rakyat dah semakin bijak menilai sekarang, orang PAS kena lebih bijak memikat pula.

angahcipoi said...

Untuk bakal MB N9 insyallah nanti ana buat sedikit soal selidik tentang pengangkutan bas di Jelebu.
Tahniah lah kalau enta jadi MB selamat anak Nogori dari bencana kerajaan BN

angahcipoi said...

Listing saf kepimpinan PAS Jelebu insyallah nanti kita buat, bukan apa pemimpin PAS Jelebu ni malu2 kuching sikit.Ramai yang bujang dan anak dara lagi.Tengah ranum lah di katokan.
For anti kutuk gambar2 tu bukan apa untuk menyatakan dan merealisasikan perasaan manusia sejagat sebenarnya atas kezaliman BN.
Aku pun malas gak nak kutuk BN ni tapi kok dah topakso den kutuk habih2 jang.Nak buek camno lai!!!Kah...3x
Ekau tak pueh hati ko? Kah...3X

Anonymous said...

mogo pasjelebu terus maju dan bojayo jadikan jolobu kawasan Pakatan Rakyat dalam PRU akan datang....:-)