Monday, August 1, 2011

Ceramah Dr Hatta Ramli Di Kg Gagu (Kg Rais Yatim)

Kuala Klawang 27 Julai 2011 – PAS Kawasan Jelebu telah mengadakan satu ceramah Dr Hatta Ramli di Kg Gagu, Kuala Klawang sempena perasmian penubuhan PAS Cawangan Kg Gagu. Kg Gagu adalah kampong Rais Yatim dan rumah Rais Yatim terletak tidak berapa jauh dari tempat ceramah. Penubuhan PAS Cawangan Kg Gagu ini juga telah diusahakan oleh anak buah Rais Yatim sendiri iaitu Saudara Bakri Bin Sawil yang menjadi Ketua Cawangan. Dalam ucapan alu-aluan beliau, Saudara Bakri menyatakan bahawa telah lama beliau berhasrat melahirkan satu Cawangan PAS di kampong beliau sendiri tetapi sekarang lah baru dapat hasil dari sokongan dan bantuan penduduk kampong Gagu juga. Pada malam ini juga kita dapat lihat ramai penduduk kampong ini yang telah datang mendengar ceramah ini, terutama kita alu-alukan kehadiran ramai anak-anak muda kampong ini, ujar beliau dalam ucapan pembukaan.

Dr Hatta menyampaikan ucapan

Turut hadir sama berceramah pada malam tersebut adalah Hj Kateran Marman (YDP PAS Jelebu), En Thin Din (Pengerusi DAP Jelebu), Hj Abdul Rahman Ramli (TPJ 2 PAS NS) dan juga Saudara Nazri Yunus (Ketua AMK NS).Saudara Nazri menyatakan bahawa usaha SPR membawa sistem biometrik untuk menangani masalah undi bertindih akan gagal kerana sistem itu terlalu lambat sepertimana yang berlaku dalam projek pemutihan PATI sekarang ini.

Sdra Nazri Yunus (Ketua AMK NS) menyampaikan ucapan

Dr Hatta Ramli dalam ceramah beliau mengatakan sistem biometrik adalah satu sistem yang tidak pernah digunakan oleh mana-mana negara pun didunia ini untuk menjalankan pilihanraya. Dr Hatta menekankan bahawa SPR mestilah menunaikan tuntutan Bersih 2.0 untuk menggunakan celup dakwat kekal kerana ia sistem paling murah dan berkesan malah cara ini digunakan diseluruh dunia tanpa mengira negara maju atau mundur, ujar beliau lagi. Dr Hatta juga menyelar polis kerana menurut beliau, cara polis menangani dan menyuraikan peserta aman Bersih 2.0 adalah biadap dan tidak bertamaddun.

Dari kiri Sdra Nazri (AMK), En Thin Din (DAP), Hj Kateran (YDP PAS Jelebu) & Dr Hatta

Menurut Dr Hatta lagi, Bersih 2.0 mahu mengadakan demonstrasi di dalam Stadium Merdeka seperti yang dititahkan oleh Yang Dipertuan Agong, supaya himpunan Bersih 2.0 diadakan di dalam stadium. Tetapi apabila kerajaan UMNO/BN mengarahkan ditutup pintu stadium dan semua jalan ke stadium telah disekat dan ditutup oleh polis, maka Bersih 2.0 tidak ada pilihan lain kecuali berarak di jalan raya. Walaupun begitu, perarakan di jalanraya tersebut adalah satu perarakan yang aman, ujar beliau lagi. Tidak ada satu orang pun peserta Bersih 2.0 yang ingin mencetuskan huru-hara mahu pun pergaduhan. Sebaliknya Bersih 2.0 menunjukkan bahawa semua kaum di Malaysia ini boleh hidup bersama, rukun aman dan damai kerana semua bangsa ada dalam perarakan tersebut. Malah mereka semua saling bantu membantu apabila polis menembak gas pemedih mata dan air kepada para peserta Bersih 2.0. Ini lah Malaysia yang unik.Ini lah yang mahu dibina oleh Pakatan Rakyat iaitu satu Negara yang harmoni, rakyat hidup bersama dalam satu sistem demokrasi yang adil,ujar beliau lagi. Akhir sekali Dr Hatta Ramli telah merasmikan penubuhan PAS Cawangan Kg Gagu dan Mukim Ulu Teriang dengan lafaz ucapan ‘Bismillah’.

Dr Hatta memperkatakan sesuatu kepada Hj Annuar Hashim (Mantan Pembantu

khas kepada Yunus Rahmat Exco Kerajaan NS) semasa minum


Sebahagian pemuda kampong Gagu yang hadir sama2 menikmati jamuan

minum yang disediakan oleh tuan rumah selepas ceramah


http://pasjelebu.blogspot.com

http://orangklawang.blogspot.com