Monday, July 11, 2011

Kenyataan PAS Kawasan Jelebu

Kami dengan ini Parti Islam SeMalaysia (PAS) Kawasan Jelebu MENGUTUK DENGAN SEKERAS-KERASNYA perbuatan KASAR, GANAS, ZALIM, KEJAM DAN TIDAK BERPERIKEMANUSIAAN pasukan Polis Di Raja Malaysia ke atas peserta-peserta dan pemimpin-pemimpin NGO serta parti-parti politik yang menyertai himpunan aman BERSIH 2.0 di Kuala Lumpur pada 9 Julai 2011 bersamaan hari sabtu yang lepas.

Tindakanpasukan polis mengejar, memukul, menangkap, menggari, menembak gas pemedih mata serta menembak air beracun terhadap peserta himpunan aman BERSIH 2.0 adalah satu perbuatan yang tidak bertanggung jawab dan diluar batas-batas kemanusiaan. Sepatutnya pasukan polis membenarkan BERSIH 2.0 mengadakan perhimpunan di Stadium Merdeka sepertimana TITAH Yang Di Pertuan Agong yang meminta BERSIH 2.0 diadakan di Stadium.

Oleh kerana pintu Stadium Merdeka dan jalan ke Stadium Merdeka semuanya telah ditutup oeh pasukan polis maka peserta dan pemimpin BERSIH 2.0 terpaksa berarak di jalanan walaupun itu bukanlah niat sebenar penganjur BERSIH 2.0 Pihak pemimpin BERSIH 2.0 ingin menjunjung TITAH DULI TUANKU tetapi apakan daya pasukan polis dan penguasa kerajaan UMNO dan Barisan Nasional tidak menghormati dan telah MENDERHAKA kepada TITAH Duli Tuanku.

Kematian Pak Baharudin Ahmad dari Keramat AU3 adalah kerana sesak nafas akibat dari di kejar dan kumpulannya telah ditembak dengan gas pemedih mata oleh pasukan polis. Jika perhimpunan di Stadium Merdeka di benarkan adakah perkara seperti ini akan berlaku. Pihak pasukan polis dan kerajaan UMNO/BN adalah bertanggung jawab sepenuhnya atas kematian Pak Baharuddin Ahmad. Kami PAS Kawasan Jelebu menuntut Pasukan Polis dan Kerajaan BN memohon maaf secara terbuka kepada keluarga dan sahabat handai Pak Baharudin Ahmad atas kejadian yang telah menimpa kepada Arwah.

Sekian. Wasalam.

Yang benar,

SAIFUL BAHRI BIN HJ JAAMAN

NAIB YDP PAS

KAWASAN JELEBU

http://pasjelebu.blogspot.com

http://orangklawang.blogspot.com

1 comment:

Anak Solomak Pahang said...

cipoi,
bilo pulak abah ekau Jaaman tu nuntut ilmu agama hingga layak jadi ketua dewan ulama pas.. haha.. ngarut amek2. lopeh tu bilo tak pueh hati lalu keluar pas... bawak lari wkaf dan duit jihad ahli pas. berdosa bosa larikan duit wakaf orang tu. it bukan mak bapak kau punya duit.
elok bona ekau padamkan blog pas yg kau huek ni.. ekau pun dah keluar pas. buek malu jo bilo orang luar tengok blog ni. keluargo tak istiqomah... pulangkan balik duit wakaf tu!!