Sunday, April 19, 2009

AJK PAS Jelebu sessi 2009-2011

AJK PAS Kawasan Jelebu sessi 2009 hingga 2011 yang baru adalah seperti berikut :-

  1. Yang Dipertua - Haji Kateran Bin Marman
  2. Timbalan Yang Dipertua - Haji Jamalus Bin Mansor
  3. Naib Yang Dipertua - Sdra Nor Anif Bin Hj Selamat
  4. Ketua Urusan Ulamak - Haji Shamsudin Bin Borhan
  5. Ketua Penerangan - Haji Zainuddin Bin Hassan
  6. Setiausaha - Sdra Saiful Bahri Bin Jaaman
  7. Penolong Setiausaha - Sdra Mohd Yusri Bin Mohamad
  8. Bendahari - En Jawa Bin Mohd Yusuf
  9. Ketua Pemuda - Sdra Khairul Azidi
  10. Setiausaha Pemuda - Sdra Mohd Yusri
  11. Ketua Muslimat - Puan Osnidah Bt Othman
  12. Setiausaha Muslimat - Puan Ruzita Tumeran
  13. AJK - Haji Abu Bakar Bin Muhd Yusoff
  14. AJK - Haji Abdul Razak Bin Hassan
  15. AJK - Haji Ismail Bin Akup
  16. AJK - En Zulkifli Bin Zainuddin
  17. AJK - Sdra Shamsul Baharin Bin Ismail
  18. AJK - En Mohd Bashar Bin Jarmani
  19. AJK - En Mohd Barr Ujang
  20. AJK - Tuan Syed Alias Bin Syed Samara
  21. AJK - Puan Syarifah Aini Bt Syed Hamid
  22. AJK - En Samsudin Bin Mohamad
Diharap semua AJK yang telah di pilih dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan penuh dedikasi untuk menggerakkan PAS Kawasan Jelebu.

Saturday, April 18, 2009

Mesyuarat Agong PAS KawasanJelebu Kali Ke-20

PAS Kawasan Jelebu telah berjaya mengadakan Mesyuarat Agong Kali Ke- 20 pada 12hb April 2009 (Ahad) baru-baru ini di Markaz PAS Cawangan Kg Jerang, Simpang Durian. Mesyuarat Agong tersebut telah dirasmikan oleh Ybhg Ustaz Hj Abdul Ghani Bin Abdul Rahman, AJK PAS Pusat yang juga merupakan Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka. Seramai 60 orang perwakilan dari cawangan-cawangan PAS di seluruh Kawasan Jelebu telah hadir.

Hj Kateran (YDP PAS Jelebu) sedang memberikan ucapan alu-aluan

Dalam ucapan perasmian beliau Ustaz Ghani menyeru ahli dan AJK PAS memberikan contoh tauladan yang baik kepada isteri dan anak-anak. Beliau juga menyeru ahli-ahi PAS supaya mendaftarkan anak-anak dan isteri sebagai ahli PAS dan juga mendaftar menjadi pemilih jika anak-anak tersebut telah pun cukup umur untuk mengundi. Selain itu beliau menasihati semua ahli PAS agar banyak kan bersedekah kepada jemaah demi untuk membantu perjuangan menegakkan hukum-hukum Islam di bumi ALLAH ini. Ahli PAS Kawasan Jelebu perlu memenuhkan tabung kewangan PAS Kawasan Jelebu untuk membantu menggerakkan aktiviti PAS Kawasan, ujar beliau lagi.

Ybhg Ustaz Abdul Ghani sedang menyampaikan ucapan perasmian

Selain itu beliau turut menegur markaz PAS Cawangan Kg Jerang yang telah pun uzur dan sepatutnya di baik pulih. Ustaz Ghani juga menyeru kepada Ahli PAS Kawaan Jelebu yang mempunyai banyak harta supaya menginfakkan tanah atau pun bangunan kepada PAS Kawasan untuk di jadikan markaz cawangan ataupun markas tarbiah kawasan.
Mesyuarat Agong PAS Kawasan Jelebu kali ke-20 telah dirasmikan oleh Ybhg Ustaz Abdul Ghani dengan bacaan Ummul Kitab - Al Fatihah.

Sebahagian perwakilan cawangan-cawangan yang hadir


Semua perwakilan termasuk dari Muslimat tekun mendengar ucapan Ustaz Ghani

Perwakilan menjamu selera (maka tengahari) selepas mesyuarat selesai

Saturday, April 11, 2009

Gambar Bukit Gantang

Beberapa gambar ahli dan petugas PAS N9 yang bertugas di Parlimen Bukit Gantang yang sempat di rakamkan sewaktu saya menjalankan rondaan di pondok-pondok panas di mana terdapat ahli-ahli PAS N9 bertugas.

Norwani, Pn Osnidah dan Sdra Faizal di depan SK Laksamana


Sdra Abu aktivis DUN Paroi sedang memayungkan seorang pengundi Cina
di SK Matang di UPU Manggala


Pondok panas PAS di Kuala Sepetang sangat cantik (ada 2 naga), siap dengan muzik lagu
"Wo Ai Ni" dan dikendalikan sepenuhnya oleh kaum Tionghua.


Ayahanda Hj Jaaman bersama petugas PAS Kaum Tiongua di pekan Kuala Sepetang


Saya bergambar bersama Tan Sri Koh Tsu Koon semasa di Kuala Sepetang


Abg Ali orang kuat MTD Lenggeng bertugas di Kg Jaha


Petugas PAS N9 dari Kawasan Jempol dan Tampin berkubu di Kg Jaha


Abu lagi! Kojo eh memayungkan orang yo! Ok gak Syabas & Tahniah pada Sdra Abu.


Hj Jamalus, Hj MK Ibrahim & Hj Kateran di Pusat Penjumlahan undi di Majlis
Perbandaran Taiping.


Dari kiri Mantan TPJ PAS N9, Hj Kateran, Hj Subky Latif, Hj Jamalus & LOBO di pusat
penjumlahan undi di Majlis Perbandaran Taiping


Petugas PAS N9 dari Kawasan Teluk Kemang dan Seremban bersiap sedia di Matang
Estet untuk membawa pengundi


Ustaz Zakaria Khalim di UPU Manggala, SK Matang begitu ceria. Mungkin dia dah
tahu PAS akan menang di Parlimen Bukit Gantang.

YDP Jempol yang baru Sdra Abdul Rahman bertugas di SJK Cina Khea Wah


Hj Kateran & Anif saja je lepak sebelah petugas Wanita BN. Nak kempen APO NI?


Muslimat PAS N9 (Pn Osnidah & Norwani) begitu bersemangat merayu undi.

Wednesday, April 8, 2009

Bukit Gantang

Duduk dari kiri Hj Kateran (YDP Jelebu), Tuan Guru Hj Mohamad (Timbalan Mudir
Pondok Pasir Tumboh), Ayahanda Hj Jaaman, Tuan Rumah ketika di Kg Jaha.

PAS Kawasan Jelebu telah menghantar seramai lebih kurang 30 orang petugas pilihanraya di Bukit Gantang.Terdapat petugas dari Cawangan Lui Muda, Cawangan Kg Gelang, Pasoh 2, Pasoh 1 dan juga petugas dari MTD Klawang (Cawangan Bandar Klawang dan Cawangan Batu Serambai).Saya, Hj Kateran (YDP) dan Sdra Haris sampai di Bukit Gantang pada 6 April (Isnin) jam 6 pagi. Kami bergerak dari Jelebu setelah selesai mesyuarat AJK PAS Kawasan di rumah Hj Kateran pada malam tersebut.
Di Tol Changkat Jering telah kelihatan poster YB Nizar dan berbagai banner yang bergantungan. Kami sampai di Markas Gerakan PAS Negeri Sembilan jam 7.30 pagi selepas bersarapan di Pekan Taiping bersama petugas dari Jelebu Saudara Aibun, Raniman dan abangnya yang kebetulan kami jumpa di Masjid semasa solat subuh.

Sdra Zulkefly (PJN9) mendahului program merayu undi di Kg Jaha

Antara tugasan yang sempat kami lakukan bersama dengan kontigen N9 di sana pada hari Isnin tersebut adalah antaranya merayu undi di Kg. Jaha dan juga di Kg. Perak. Keesokan harinya iaitu hari mengundi 7 April kami bertugas di UPU Manggala iaitu di SK Matang bersama dengan Ustaz Zakaria Khalim dari Kawasan Tampin. Selain itu saya juga di tugaskan mengangkut pengundi dan menjadi pemerhati untuk mengambil gambar2 di pondok2 panas dan kawasan tempat mengundi.


Petugas N9 berehat sementara di Kg Jaha



Harris (LOBO) tekun mendengar taklimat di Markaz Kontigen PAS N9


Hari mengundi Hj Kateran (YDP Jelebu) & Raniman (AJK Caw Kg Gelang, Pertang)
di UPU Manggala (SK Matang)


Saya bersama En Ramal (AJK PKR Bkt Gantang) berada di depan kuil Hindu di
Matang Estet sedang menunggu pengundi untuk di angkut


Ust Wan Azhar, Hj Jamalus, Sahabat dari Permatang Pauh & Anif di depan Markas
PAS N9

Sunday, April 5, 2009

Assalamualaikum

Assalamualaiku Wr. Wbt.
Jumpa semula kita setelah dah lama aku tak dapat nak blogging atas sebab-sebab persendirian. Insyallah lepas ni tiada halangan lagi.Itu hari aku tak ada laptop dan tak dapat nak akses internet.Insyallah lepas ni semua dah setel dan aku dapat menyampaikan maklumat PAS Jelebu semula kepada sahabat2 yang ternanti2 maklumat atau berita2 PAS di Daerah Jelebu.
Dato' Rais pun dah tak dapat nak jadi Naib Presiden UMNO maka PAS Jelebu pun ingin mengucapkan takziah kepada Dato Rais atas usaha beliau untuk jadi orang no 3 dalam UMNO Malaysia.
Aku dengar dari Siak Masjid Jamek Jelebu baru-baru ini ada buat solat hajat di Kg Gagu nak mohon kemenangan Dato' Rais dalam pertandingan tersebut. Tapi ALLAH SWT maha besar lagi maha berkuasa, kalau dah macam2 usaha di lakukan tapi ALLAH tak nak bagi monang nak buek camno kan Dato'.Maka redho aje lah.
Ok lah hari ni 5/4 lepas mesyuarat AJK PAS Kawasan Jelebu nanti Insyallah aku akan turun ke Parlimen Bukit Gantang dengan Hj Kateran dan Tuan Syed Alias untuk membantu kempen pilihanraya dan calon kita PAS Dato' Sri Nizar.
Kami semua di PAS Kawasan Jelebu mendoakan Dato' Sri Nizar akan menang dan sekali gus mengajar BN supaya lebih beradab sopan dan jangan main rampas2 aje.Kita ni semua sama makhluk manusia ciptaan ALLAH SWT yang Maha Besar.Kalau kita mati semua nya akan dimakan ulat,cacing dan segala yang ada dalam tanah tersebut. Malah yang lebih teruk lagi kita akan ditanya akan perbuatan-perbuatan kita selama hidup di dunia. Maka tak ada siapa yang lebih besar kuasa nya didunia ini. Hanya ALLAH yang Maha Berkuasa. UMNO dan BN di Bukit Gantang mesti di ajar tata susila dan adab budaya timur. Maka dengan itu kita turun ramai2 membantu jentera PAS dan kita akan LAWAN HABIS-HABISAN UNTUK MEMENANGKAN PAS DAN DATO' SRI NIZAR DI PARLIMEN BUKIT GANTANG. INSYALLAH....