Saturday, July 23, 2011

Ceramah Hj Mat Sabu di Simpang Pertang

Pada 6 hb Julai yang telah lalu Tuan Hj Mohamad Sabu telah mengadakan ceramah beliau di Simpang Pertang bersama dengan kepimpinan Pakatan Rakyat. Turut hadir sama dalam ceramah tersebut adalah YB Hj Taufek Ghani (Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan), Dato’ Kamarul Baharin (Pengerusi PKR NS), YB Teoh (ADUN Bahau) sebagai wakil DAP NS.

Hj Kateran (YDP Jelebu) bersama YB Hj Taufek (Pesuruhjaya) bersama

dengan Tuan Haji Mohamad Sabu

Dalam ceramah tersebut Hj Mohamad Sabu telah menegaskan tentang himpunan Bersih 2.0 dan mengharapkan seluruh rakyat Jelebu dan juga ahli-ahli PAS NS akan turun untuk sama-sama menyertai Bersih 2.0. Beliau menegaskan bahawa PAS akan menyokong himpunan Bersih 2.0 kerana Bersih menuntut supaya sistem pilihanraya di Malaysa ini di bersihkan dan di kemaskini. Sekarang ini menurut Hj Mohamad Sabu kita bertanding dalam satu pilihanraya yang tidak adil dan tidak telus. Terdapat ramai yang telah mati tetapi nama masih ada dalam daftar pengundi, kata Hj Mohamad Sabu.

Hj Mohamad Sabu sedang berceramah


Sebahagian daripada hadirin yang hadir mendengar ceramah

No comments: