Monday, July 26, 2010

Kursus ILPAS N9

Baru-baru ini PAS Kawasan Jelebu telah menghantar seramai 8 orang peserta untuk menyertai kursus ILPAS yang diadakan dari 23 Julai - 24 Julai 2010 iaitu selama 2 hari di Muasasah Darul Syarif, Batu Kikir, Jempol. Para peserta telah bermalam di Muasasah.

Sebahagian peserta muslimin yang hadir


Peserta muslimat juga bersemangat dan banyak bertanya soalan-soalan
yang panas

Selama mengikuti kursus yang padat tersebut para peserta telah dapat menimba ilmu-ilmu pilihanraya yang telah disampaikan oleh moderator yang didatangkan khusus dari PAS Pusat. Pada sessi soal jawab banyak juga soalan-soalan panas yang telah dikemukakan oleh peserta kursus. Walaubagaimanapun semua soalan telah dapat dijawab oleh moderator dengan tenang dan baik serta memuaskan hati para peserta.

Sunday, July 18, 2010

Muktamar Agong PAS Pusat Kali ke-56

PAS Kawasan Jelebu telah menghantar seramai 5 orang perwakilan termasuk YDP untuk menghadiri Muktamar Agong PAS Pusat kali ke-56 yang berlangsung di PUTIK, Kota Bharu, Kelantan pada 27-29 Jamadilakhir 1431H atau bersamaan 11-13 Jun 2010.
Perwakilan PAS Kawasan Jelebu adalah :-
  1. Hj Kateran Bin Marman (YDP)
  2. Hj Jamalus Bin Mansor (TYDP)
  3. Nor Anif Bin Selamat (NYDP)
  4. Saiful Bahri Bin Jaaman (Setiausaha)
  5. Ithnain Bin Salleh (AJK Kawasan)
Dari kiri saya, Hj Jamalus, Wak Ithnain & Anif selepas mendengar ucapan dasar
Presiden pada hari pertama Muktamar.

En Ithnain dipilih untuk menggantikan Ustaz Abdul Rahman Bin Sidek (Ketua Urusan Ulamak PAS Kawasan Jelebu) yang telah kembali ke rahmatullah 5 hari sebelum sempat menghadiri Muktamar Agong tersebut. Tuan Haji Jamalus telah dipilih oleh PAS N9 sebagai wakil N9 untuk membahaskan ucapan dasar Presiden dalam muktamar tersebut.

Hj Jamalus pada hari kedua sebagai wakil N9 membahaskan ucapan dasar Presiden


Saya bersama Wak Ithnain dihadapan pintu masuk PUTIK


Dari kiri Hj Kateran (YDP), Anif dan saya dalam dewan ketika muktamar berlangsung.
Serius betul Wak Kateran mendengar perbahasan dari wakil2 Negeri.

Mesyuarat Agong PAS KawasanJelebu Kali Ke-21

Mesyuarat Agong PAS Kawasan Jelebu Kali ke-21 telah diadakan pada 16 Jamadilawal 1431 Hijrah bersamaan 1 Mei 2010 iaitu hari Sabtu jam 8.00 pagi di Markaz PAS Cawangan Felda Pasoh 1. Mesyuarat Agong ini telah dirasmikan oleh Saudara Zulkefly Mohamad Bin Omar iaitu Pesuruhjaya PAS NS.

Sebahagian perwakilan yang hadir. Arwah Tuan Syed Alias juga turut hadir
program terakhir beliau bersama PAS Jelebu sebelum dijemput oleh ALLAH.

Dalam ucapan aluan YDP PAS Kawasan Jelebu Haji Kateran Marman telah menyeru seluruh ahli PAS di Kawasan Jelebu untuk meneruskan dakwah mengajak orang Melayu supaya mempelajari ajaran Islam yang sebenarnya dan seterusnya mentauhidkan ALLAH. Menurut Haji Kateran PAS adalah satu-satunya parti di Malaysia ini yang dasarnya Islam dan hakikat penubuhannya adalah untuk menegakkan hukum ALLAH di mukabumi ini.

Ucapan perasmian PJN9. Sebelah YDP kelihatan arwah Ustaz Abdul Rahman Sidek
(Ketua Ulamak) PAS Jelebu, beliau juga dijemput oleh ALLAH 5 hari sebelum beliau
sempat hadir sebagai Perwakilan Kawasan ke Muktamar PAS Pusat

Dalam ucapan beliau PJ telah mengucapkan tahniah kepada PAS Kawasan Jelebu kerana telah berjaya menarik seramai 12 orang ahli UMNO dari cawangan Kg Gelang Pertang untuk masuk dan menandatangani borang menjadi ahli PAS. Ini satu tamparan yang hebat kepada Dato' Rais Yatim yang merupakan seorang menteri kanan dan juga Ketua UMNO Bahagian Jelebu. Menurut Saudara Zulkefly, Dato' Rais yang satu ketika dahulu pernah menjadi orang nombor 2 dalam Parti Melayu Semangat 46 tetapi sekarang telah lupa akan kenyataan2 yang pernah beliau katakan dulu terutamanya dalam hal "Membakar Jambatan dengan UMNO". PJ juga menyeru supaya generasi kedua FELDA menyertai satu persatuan yang nama ringkasnya ANAK di bawah Saudara Mazlan Aliman untuk membela nasib peneroka FELDA dan membongkar penyelewengan dan penipuan yang dilakukan oleh FELDA.
Seramai lebih kurang 100 orang ahli PAS dari cawangan-cawangan dalam Kawasan Jelebu telah hadir sebagai perwakilan dan pemerhati untuk Mesyuarat Agong PAS Kawasan Jelebu pada kali ini.

MAAF LAMA TAK KEMASKINI

Assalamualaikum Wr. Wbt.
Maaf kepada semua sahabat PAS dan PR kerana lama aku tak update blog PAS Jelebu ni. Bukan tak ada aktiviti cuma aku je masalah tak ada lap top. Lap top lama dah rosak dan dah tak boleh nak baiki. Alhamdulillah dapat lak komputer lamo ni. Jadik..lah daripada tak ado. Bak kato orang tuo2 "kok tak ado rotan, akar pun boleh digunokan juo". Tapi komputer ni slow lah sikit RAM eh tu.
Apo-apo hal pun insyallah lopeh ni boleh lah update balik program di Jelebu dan di MTD Klawang. Kok ado duit lobih sok den boli komputer baru....